Assalamualaikum... hari ni ummi nak masukkan gambar afifah sewaktu 4 tahun (2012). Waktu ni afifah baru masuk Tadika Anak Harapanku... Alhamdulillah pilihan ummi rasanya tepat dan terbaik untuk puteri ummi Nurafifah... Habis kelas 4 tahun, afifah dah dapat bukan sahaja mngenal huruf tetapi juga dapat mengenal perkataan.. Alhamdulillah...
Wajah pemalu afifah dgn uniform Tadika Anak Harapanku...
Afifah dalam kelas 4 tahun... bersemangat ke sekolah... cikgu Huda cakap afifah disukai oleh rakan-rakan sekelas... semua berebut2 nak duduk sebelah dia dalam kelas... afifah pendiam... susah nak dengar suara dia bercakap tapi tak susah dengar suara dia gelak besaq...
Afifah suka sangat tadika ni.. sebab tu naik umur 5 tahun (2013) dia tak nak tukaq sekolah lain. Walaupun jauh dari rumah dan sekolah ummi (SMK Pangkor)... nasib baik daddy rela nak hantar dan ambil...
Apapun, puteri ummi ni sedih meninggalkan Tadika Anak harapanku diusia 6 tahun... Namun begitu afifah cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran... 6 tahun (2014) masuk ke Pra Sekolah... balik ke kg halaman daddy... kg ummi pun dekat ja... Alhamdulillah, bermula sesi pengajaran yang sebenar untuk nurafifah... semoga puteri ummi akan jadi anak yang solehah, yg selalu mendoakan kedua ibu bapanya...
Amin...