Showing posts with label afifah. Show all posts
Showing posts with label afifah. Show all posts

Friday, June 18, 2010

Dah besar, Afifah ummi....

Dah lama benor tak update blog... mungkin sibuk ber-fb je... pejam-celik pejam celik, tak terasa masa berlalu... kesibukan dengan dunia sendiri tersentak oleh salam dari seorang bekas pelajar di fb... suatu masa dulu dialah punca kerungsingan hati ini... bagaimana nak bantu pelajar yg benar2 bermasalah ini sedangkan dia tidak mahu berkongsikan masalahnya... akibatnya dia malas belajar dan kurang berjaya dlm SPM nya...

Namun kata-kata nasihat sbg guru sempat juga dilontarkan... "kalau awak malas belajar takpe... tapi pergilah ternak lembu ke kambing ke... untung2 boleh jadi tauke..." Ikhlas dlm hatiku berdoa agar dia akan berjaya jua suatu hari nanti... tup-tup selepas je 3 tahun... pelajar itu mengutus khabar yg dia sudah berubah... mmg jelas sekali, dalam tulisannya di fb menggambarkan dirinya ala-ala motivator!! Dia bukan sahaja menjadi pembantu motivator yg keluar masuk IPT utk membimbing rakan sebayanya kembali ke jalan Allah malahan dia sudah memiliki beberapa ekor kambing dan lembu.... Subhanallah...

Kata-kata itu mungkin akan menjadi doa...jika atas keizinan Allah SWT... harap2 sebagai guru aku mampu menjaga lisanku agar ia menjadi ibadatku... bukan penghukumku di akhirat kelak...
Sebagai ummi, sedaya upayaku mnengawal lidah ini agar sentiasa memuji serta membimbing puteriku tersayang.... walaupun kekadang amarah itu sukar dikawal...

Puteri Ummi ini sedang giat membesar... Alhamdulillah... sedang sibuk meneroka dunianya... dengan gaya bahasa dan lenggoknya yang selalu menghiburkan ummi dan daddy juga sesiapa jua disekelilingnya... Afifah dah pandai menghafal... 123, ABC, Aa Ba Ta...
Harap2 jiwanya diisi dengan rasa kasih dan sayang, mindanya diisi ilmu yang bermanfaat dan rohaninya sentiasa takutkan Allah SWT... Harapan Ummi agar ummi tak terlepas sedetik masa pun dalam mendidikmu wahai puteriku tersayang dalam menjadi Hamba Allah yang diredhaiNya juga umat Muhammad yang disayangi Baginda... Semoga Allah permudahkan urusan ummi... amin..


Sunday, January 24, 2010

SARAPAN PENTING UNTUK ANAK...

Seperti yg semua sedia maklum, sarapan adalah diet seharian yg amat penting dan tidak boleh diabaikan... Sejak kecil kita perlu melatih anak supaya suka bersarapan... Sarapan yg berkhasiat membolehkan anak2 kita memberi tumpuan terhadap aktiviti sepanjang harinya.

Ummi nak kongsi info daripada majalah Saji... yang bertajuk: Menu sarapan untuk anak.

1. MAKANAN BERKANJI

Khasiat: Membekalkan tenaga
Sumber: Nasi dan roti

Pelbagaikan menu sarapan si manja anda dengan menyediakan menu yang menarik. Sediakan sama ada roti bakar, sandwich, bubur nasi ataupun nasi goreng untuk mereka.

2. BIJIRIN SARAPAN PAGI

Khasiat: Mengandungi tenaga, vitamin dan mineral

Bijirin sarapan pagi merupakan menu yang mudah disediakan. Namun, anda harus peka terhadap kandungan pemakanannya. Pastikan ia tidak mengandungi terlalu banyak gula dan garam. Sekiranya anda kreatif, anda boleh campurkan bijirin ini bersama kismis dan hirisan buah-buahan. Pasti ianya akan lebih menarik.

3. SUSU DAN HASIL TENUSU

Khasiat: Kaya dengan kalsium
Sumber: Susu, dadih dan keju

Hasil tenusu penting untuk si manja anda dalam membentuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

4. BUAH-BUAHAN

Khasiat: Kaya dengan vitamin

Pengambilan buah-buahan untuk sarapan pagi adalah baik untuk si manja anda. Seeloknya, anda sediakan jus buah-buahan segar untuk menarik perhatian mereka.

Setiap hari ummi akan bekalkan afifah dgn sarapan.. kalau hujung minggu waktu yg sgt best bila dapat bersama2 sarapan dgn afifah n daddy...

Saturday, January 9, 2010

AFIFAH DI TAHUN 2010....

ALHAMDULILLAH... dapat juga menulis di blog ini untuk tahun 2010... risau2 je kesibukan membataskan segala aktiviti... Ummi masukkan gambar2 afifah di awal tahun 2010... nanti bulan februari genaplah afifah 2 tahun.. dah besar anak ummi ye...
Makin besar makin menghiburkan ummmi n daddy... sampaikan rasa tak boleh duduk kalau terpaksa berpisah sekejap dgn afifah... Dalam cuti sekolah hari tu ummi terpaksa tinggalkan afifah dlm tempoh 3 hari sahaja, tapi perasaan tu susahnya nak cerita... buat apa pun serba tak kena... rasa kekosongan sangat... uhh..
Tengok gelagat anak2 ni mmg menghiburkan kan... ada je idea si comel ni setiap hari yg selalu buat kita tersenyum, walaupun kekadang menaikkan darah juga...
Tapi yg pastinya, tiada tandingan lain seronoknya perasaan, selain seronok melihat si kecil kita tersenyum riang... Semoga tahun 2010 ini akan membawa sinar yg kebih bermakna dlm hidup ummiafifah sekeluarga... INSYAALLAH..

Wednesday, October 21, 2009

AFIFAH AND CAT....

Afifah suka sangat dengan 'cat'... pantang nampak... cat, cat, cat....
Tengok tu... diusap-usapnye cat tu.... cat ni adalah comel mak tok... so time balik kampung je ada peluang afifah main dgn cat...

Best betul terkangkang atas lantai tu... yang si cat tu pun satu... layan je cik adik afifah....

Thursday, October 15, 2009

WAJAH-WAJAH AFIFAH LAGI....RAYE HARI TU...

Ummi cuma nak masukkan gambar2 afifah yg ada dalam simpanan....
sejak dua menjak line streamyx tak ok ni tak sempat nak membebel panjang....

Muka bangun tidur... siang2 raye pun tidur...

Sakit perut ke sayang?...

WAJAH-WAJAH AFIFAH....

Sesaje nak masukkan wajah-wajah kesayangan ummi ni.... nurafifah... dah lama tak masukkan entry cause streamyx problem yg belum settle2.... macam2 ragam afifah ni...
Seronok betuk afifah time balik kampung... maklumlah boleh bebas.... setiap perosok halaman mak tok di explore....

Dah belajar senyum2 manis.... senyuman afifah untuk semua kekawan ummi....

Thursday, September 3, 2009

GELAGAT AFIFAH TIME DEMAM..

Lepas balik dari kampung, 31 ogos, Afifah demam lak... sibuk la sikit ummi kena layan afifah lebih2 sikit.. nak berkepit dgn ummi je... tidur pun tak lena... sebab tu tak nyempat melawat kawan2 lain... sorry ye semua.. InsyaAllah lepas ni ummi akan buat kunjungan... gambar kat atas tu afifah buat muka herot... sempat ak ummi catch... time tengah demam ni afifah tak nak makan nasi.. tu yg bungkus roti kat atas riba.. asalkan dia mau makan ummi biarkan je afifah sepah.. bersepah takpe pas tu boleh kemas...
Merah bibir afifah sebab demam... hari selasa hari tu la yang demamnya... tgh hari ummi cepat2 pergi ambil ubat... doktor cakap biasa le lepas jalan jauh... afifah dapat ubat demam n vitamin sebab afifah tak selera makan... hari ni Khamis, Alhamdulillah dah baik demam afifah...
Afifah dah boleh tersengih semalam, so ummi sangat2 lah lega terasa... Alhamdulillah... tapi afifah tak nak minum susu dalam botol susu.. dia nak pakai cawan n straw... alamak macam2 lak perangai afifah bila dah semakin cerdik ni... yg ummi perasan tengah deman n lepas demam ni afifah dah dapat sebut banyak perkataan... susu, cuci, cicak, kakak, bukak, dll... harapan ummi agar afifah akan terus sihat dan cepat belajar ye sayang...

pss.. cepat besar tau sbb mak ndak ana dah nak masuk line lak pas ni....