Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Monday, June 6, 2011

Rahsia disebalik tulisan...

by: http://www.esempoi.com/artikel/tips-kehidupan/rahsia-melalui-tulisan-dr-fadzilah-kamsah/

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana


Sunday, November 1, 2009

PERKEMBANGAN OTAK BAYI...

Ketika bayi baru dilahirkan berat bayi adalah 25% daripada otak orang dewasa dan meningkat 75% pada tahun kedua. Bayi dilahirkan dengan otak dan sistem saraf yang merupakan neurochips yang jumlahnya 100 billion sel saraf. Sel saraf ini mempunyai banyak sinapsis iaitu sambungan antara neuron. Semakin banyak sinapsis, semakin banyak neuron yang menyambung membentuk unit-unit. Neuron adalah sel yang menghantar maklumat yang diproses pada peringkat selular. Maklumat bergantung pada jumlah neuron yang membentuk. Bagaimanapun, kematangan otak bayi tidak berlaku secara seragam. Sebahagian kawasan motor utama berkembang lebih awal daripada yang lain seperti kawasan sensori.


Pada dua tahun pertama, perubahan dramatik pada otak melibatkan percambahan hubungan antara dendrit. Myelin sheath adalah sejenis lapisan lemak yang meliputi axon membantu impuls saraf dihantar dengan cepat. Myelination ialah suatu proses penyelaputan sel lemak di sekeliling axon. Proses ini bermula semasa tempoh pranatal dan berkembang secara pesat setelah bayi dilahirkan sehingga bayi berusia 6 bulan. Auditory myelination terus berlaku sehingga usia 4-5 tahun dan adakalanya sehingga meningkat remaja. Tahap celular adalah peningkatan dramatik dalam hubungan anatara neuron, juluran saraf akan tumbuh dan berkembang dan saling membentuk hubungan. Synapsis adalah jurang kecil antara neuron apabila hubungan antara axon dan dendrit berlaku. Ketika bayi membesar, hubungan sinaptik antara axon dan dendrit berkembang pesat ( Baudry, 2003).
Menurut kajian Nelson (1999) otak bayi berupaya mengingati item dan peristiwa tertentu. Ketika tidur bayi boleh membezakan suara ibunya berbanding dengan orang lain. Selain itu juga bayi dapat membezakan permainan yang biasa mereka lihat dengan permainan yang tidak pernah mereka lihat.


Bahagian utama otak ialah forebrain. Ia mengandungi beberapa struktur termasuklah celebrak cortex yang meliputi 80% daripada saiz otak dan merangkumi bahagian bawah otak. Celebral cortex memainkan pelbagai fungsi penting manusia seperti persepsi, pertuturan dan pemikiran. Cortex mempunyai 4 bahagian terbesar yang dipanggil lobus (lobe) iaitu frontal lobe ( pergerakan dan pemikiran), occipital lobe ( penglibatan), temporal lobe (pendengaran), dan parietal lobe ( pemprosesan maklumat berkenaan sensasi tubuh).
Frontal lobe ( pergerakan dan pemikiran) bertanggungjawab ke atas pergerakan badan. Setiap bahagian pergerakan bersesuaian dengan bahagian khas di dalam tubuh badan. Kawasan motor pada cortex memberi panduan sehingga ke tahap yang rumit dan kepentingan kemampuan motor pada bahagian tertentu tubuh.
Sistem pendengaran dan penglihatan mewakili kawasan khusus celebral cortex. Bahagian auditory terletak di temporal lobe yang bertanggungjawab kepada deria pendengaran. Jika bahagian auditory dirangsang oleh tenaga elektrik, bayi akan mendengar bunyi seperti bunyi kertik atau bunyi dengung.


Bahagian penglihatan di dalam cortex,terletak di dalam occipital lobe yang menjalankan tugas yang sama dengan bahagian sensory yang lain. Rangsangan oleh elektrokod yang dihasilkan oleh eksperimen pancaran cahaya atau warna, mata akan menerima input gambaran dan ke bahagian otak serta akan berubah kepada rangsangan yang berguna.
Parietal lobe ialah pemprosesan maklumat berkenaan sensasi tubuh, pertalian kawasan dianggap sebagai satu tapak untuk aktiviti mental yang tinggi seperti pemikiran, bahasa, ingatan dan perbualan. Bahagian ini mengambil bahagian yang besar dalam celebral cortex.
Celebral cortex juga boleh dibahagikan kepada dua hemisfera. Lateralization adalah pengkhususan fungsi bagi setiap hemisfera. Ianya akan mempengauhi aspek pemikiran, perasaan dan tingkah laku.

RUJUKAN: http://tumbesaranbayi.blogspot.com/


Tempoh dua tahun pertama usia anak2 kita adalah yang paling kritikal... proses pembelajaran anak kita dalam keadaan yang paling optimum... Jadi bagaimana hendak mengoptimumkan proses pembelajaran anak2 kita? Harap2 ada ibu2 yang sudi berkongsi tips dan ilmu ye...


Sunday, August 23, 2009

SELAMAT BERPUASA...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


SELAMAT BERPUASA ummi ucapkan kepada semua teman-teman serta pengunjung blog UMMI AFIFAH.. sedikit tazkirah untuk renungan kita semua..

HIKMAH PUASA RAMADHAN

Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas

"Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (S.al-Baqarah:183)

PUASA menurut syariat ialah menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa (seperti makan, minum, hubungan kelamin, dan sebagainya) semenjak terbit fajar sampai terbenamnya matahari,dengan disertai niat ibadah kepada Allah,karena mengharapkan redho-Nya dan menyiapkan diri guna meningkatkan Taqwa kepada-Nya.

RAMAHDAH bulan yang banyak mengandung Hikmah didalamnya.Alangkah gembiranya hati mereka yang beriman dengan kedatangan bulan Ramadhan. Bukan sahaja telah diarahkan menunaikan Ibadah selama sebulan penuh dengan balasan pahala yang berlipat ganda,malah dibulan Ramadhan Allah telah menurunkan kitab suci al-Quranulkarim,yang menjadi petunjuk bagi seluruh manusia dan untuk membedakan yang benar dengan yang salah.

Puasa Ramadhan akan membersihkan rohani kita dengan menanamkan perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terthindar dari sifat tamak dan rakus, percaya pada diri sendiri, dsb.

Meskipun makanan dan minuman itu halal, kita mengawal diri kita untuk tidak makan dan minum dari semenjak fajar hingga terbenamnya matahari,karena mematuhi perintah Allah.Walaupun isteri kita sendiri, kita tidak mencampurinya diketika masa berpuasa demi mematuhi perintah Allah s.w.t.

Ayat puasa itu dimulai dengan firman Allah:"Wahai orang-orang yang beriman" dan disudahi dengan:" Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa."Jadi jelaslah bagi kita puasa Ramadhan berdasarkan keimanan dan ketaqwaan.Untuk menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah kita diberi kesempatan selama sebulan Ramadhan,melatih diri kita,menahan hawa nafsu kita dari makan dan minum,mencampuri isteri,menahan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia,seperti berkata bohong, membuat fitnah dan tipu daya, merasa dengki dan khianat, memecah belah persatuan ummat, dan berbagai perbuatan jahat lainnya.Rasullah s.a.w.bersabda:

"Bukanlah puasa itu hanya sekedar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor."
(H.R.Ibnu Khuzaimah)

Beruntunglah mereka yang dapat berpuasa selama bulan Ramadhan, karena puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita senantiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh kerana itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.

Wednesday, August 12, 2009

Al kisah H1N1..7-3-7....

hari ni ummi start CUTI KHAS... kerana wabak INFLUENZA A H1N1 dah menular ke sekolah ummi... beratus2 pelajar ada simptom, berpuluh lagi suspek, dan 2,3 orang dah POSITIF H1N1.. Jadi pihak pengurusan telah mengambil langkah drastik dengan pemantauan daripada kementerian Kesihatan memutuskan untuk menutup sekolah. Semua pelajar asrama telah pulang ke kampung masing2... Ummi nak ambil peluang ni untuk melakukan banyak kerja2 yg tertangguh... Ummi akan mulakan dgn langkah2 menangani wabak H1N1 dan jangan dilupakan demam denggi... so, ummi nak jadi inspektor kesihatan dulu pagi ni... Ummi pun nak share beberapa langkah2 wajar yg perlu diambil sebagai 'prevention' antaranya:

AMALAN KEBERSIHAN DIRI:
  • TUTUP MULUT DAN HIDUNG SEMASA BERSIN ATAU BATUK..BUANG TISU YG DIGUNAKAN.
  • BASUH TANGAN SELEPAS BATUK ATAU BERSIN.
  • ELAK BERKONGSI TANDAS (nasib baik ada 3 tandas..hee..hee) atau peralatan peribadi.
  • PASTIKAN PENGUDARAAN RUMAH BAIK.
Selain itu sebagai ibu bapa sentiasalah memantau tahap kesihatan anak kita. Suhu badan anak perlu sentiasa direkodkan.
Elakkan keluar rumah, kalau terpaksa keluar, gunakan penutup hidung dan mulut.
Sebaik-baiknya kurangkan bertemu dengan rakan atau saudara mara. So, bertemu dalam alam maya sangat digalakkan!!He..he..

Ok sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT melindungi kita daripada sebarang wabak penyakit agar kita boleh terus beribadat kepada-Nya... InsyaAllah...

"MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT"

Tentang angka 7-3-7 tu ramai rakan sesekolah ummi arif... Langkah menangani wabak H1N1 peringkat sekolah.. cuti 7 hari, sekolah 3 hari, cuti sekolah lak 7 hari...

Sunday, April 19, 2009

THE POWER OF +VE MIND..

Hujung minggu mcm ni best kalau dapat explore alam maya ni dan cari beberapa bahan yang boleh memotivasikan diri sendiri.. tgh2 round terjumpa artikel ni.. sgt menarik.. ummi selalu baca penulisan shueqry kat blog i-motivasi dia tu.... ni sekadar nak share penulisannya..

Fikiran positif akan lebih power bila Anda ada matlamat. Matlamat tu samalah dengan target, sasaran, cita-cita, azam atau kemahuan. Semua perkataan berlainan, tapi maknanya sama.
Matlamat adalah sesuatu yang kita mahu capai. Target tu sama jugak meaning dia, sesuatu yang kita mahu capai. Bila fikiran kita negatif, ia akan membuat kita jauh dari apa yang menjadi target kita. Mengapa? Fikiran negatif kerja dia memusnahkan apa yang nak kita bina. Kita nak bina kecemerlangan, kehebatan, kejayaan.
Ada tak orang yang berfikiran negatif berjaya dalam hidup? Tak ada. Dalam sejarah, tak pernah ada.
Bila fikiran kita positif, ia akan membuat kita dekat dengan apa yang menjadi target kita. Fikiran ada kuasa tarikan.
Bila kita berfikir tentang sesuatu, ibarat kita berdoa pada Allah supaya ia dimunculkan dalam hidup kita.

Doa bukan setakat melalui perkataan sambil menadah tangan, apa yang kita fikir selalu itu pun boleh dikira sebagai satu doa. Apa yang kita cakap selalu dalam hati, itu juga dah jadi macam satu doa. Bila kita fikir yang positf, macam kita minta pada Allah supaya apa yang positif tu datang pada kita, maka akan bertambah cemerlanglah kita.
Sebab itulah saya kata fikiran positif kerja dia membina. Bila kita berfikiran positif, susah cemanapun matlamat kita tu nak dicapai, kita akan terdorong untuk jadi rajin berusaha. Makin kita ransang diri kita dengan kata-kata positif, makin naik semangat kita dibuatnya. Itulah power fikiran positif.

Fikiran negatif membuat kita jadi malas berusaha. Kekadang rasa macam usaha kita tak berhasil, sebab dalam fikiran kita anggap yang negatif. Makin kita ransang diri kita dengan kata-kata positif, makin turun semangat dibuatnya. Kesan dari itu, matlamat kita hanya sekadar matlamat tanpa ada usaha nak merealisasikannya di alam sebenar.

Nak jadi pekerja cemerlang di tempat kerja atau di dalam organisasi kita, fikiran mesti dibentuk jadi positif. Anda boleh melatih fikiran supaya menjadi positif dengan melatih diri sentiasa bersangka baik.
Bersangka baiklah pada sesiapa saja, pada apa jua situasi, apa jua perkara dan apa jua benda. Ubah diri, bina peribadi. Siapa tahu, mungkin kejayaan berpotensi besar untuk menjadi hak milik Anda.

Berfikiran positif adalah satu pernyataan yang kerap kali kita dengar.... sbg guru, selalu je nasihatkan murid agar berfikiran dalam menetapkan matlamat dan berusaha mencapai matlamat tersebut... kadang2, matlamat dalam diri sebagai seorang pendidik anak2, anak bangsa, terlupa dengan kesibukan dunia...

Sunday, February 15, 2009

INFO PEMAKANAN BAYI...

Pada usia satu tahun, anak kecil sudah boleh memakan makanan yang sama dimakan oleh ahli keluarga yang lain. Semasa memasak, sebahagian kecil makanan yang sama boleh diasingkan untuk anak sebelum anda memasukkan cili dan rempah ratus yang lain. Semasa waktu makan, anak kecil juga sudah boleh duduk di kerusi dan makan di meja bersama-sama anggota keluarga yang lain.
Tempoh perpindahan ke meja ialah tempoh yang mengelirukan bagi anak kecil. Pada waktu ini, usia mereka dalam lingkungan satu tahun. Pada usia ini, biasanya selera makan anak-anak akan menurun. Kekurangan selera makan ini kerap kali merisaukan ibu bapa.


PANDUAN PEMAKANAN ANAK KECIL
Usia antara 1 hingga 4 tahun amat kritikal kerana pada waktu inilah kanak-kanak membentuk sikap terhadap makanan dan menjadi asas pada tabiat makan sepanjang hayat mereka. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan supaya :-
1.
Memberikan makanan yang seimbang daripada kumpulan makanan asas, iaitu susu, bijiran, daging dan sayur-sayuran. Tidak semua hidangan memerlukan makanan daripada semua kumpulan berkenaan. Bagaimanapun, perlu ada keseimbangan antara makanan itu dalam tempoh sehari.

2.
Memulakan jadual pemakanan anak anda dengan menyediakan tiga hidangan berat sehari dan hidangan ringan di antara hidangan berat itu. Bagi hidangan ringan, ibu mungkin sekadar ingin memberikan susu ibu atau susu segar sahaja.
3.
Selepas usia setahun, kuantiti pemakanan bayi lazimnya berkurangan, termasuk pengambilan susu hariannya. Perkara ini adalah normal. Ibu bapa tidak perlu terlalu risau sekiranya ia berlaku. Keadaan ini tidak membahayakan bayi selagi dia membersar dengan baik dan mendapat makanan yang mencukupi.
4.
Sewaktu anak-anak mula memakan makanan lain, pengambilan susu (sama ada susu ibu atau susu segar) semakin berkurangan. Bagi menambah selera makan anak-anak terhadap makanan lain, ibu bapa dinasihatkan supaya memberi susu ibu atau susu segar selepas waktu makan, BUKAN SEBELUM waktu makan.



BERAPA BANYAK YANG PERLU DIMAKAN ?
Keperluan pemakanan yang berkhasiat dan khusus untuk anak kecil boleh di andaikan seperti yang berikut :-
-2 atau 3 cawan susu : selain susu, ibu bapa boleh menggantikan makanan lain yang sama khasiat dengan susu. Contohnya yogurt, keju, puding dan sebagainya.
-4 hidangan sayur atau buah-buahan : sebagai panduan, satu sudu kecil untuk kanak-kanak setahun bersamaan dengan satu hidangan. Setiap satu hidangan perlu mempunyai kandungan vitamin C dan vitamin A yang tinggi.
-4 hidangan roti dan bijirin : kanak-kanak mungkin banyak memakan makanan daripada kumpulan ini. Ia tidak memudaratkan selagi kanak-kanak turut memakan makanan dari kumpulan lain, walaupun dalam kuantiti yang paling minimum. Setiap hari, berikan bijirin yang diperkuat dengan zat besi.
-2 hidangan daging, kacang, telur atau mentega kacang. Hidangan yang mengandungi khasiat protein yang baik perlu ada setiap kali waktu makan.
PENTING
Setiap hidangan perlu mempunyai protein, roti atau bijiran, sayur atau buah-buahan dan susu.



Rujukan: http://www.geocities.com/ibudanbayi/pemakanan_bayi.htm

Thursday, February 5, 2009

Renungan buat insan bergelar isteri...

Layan jap lagu dari kumpulan Kopratasa ni.. tajuknye.. PERMATA BUAT ISTERI.. Seni kata yg puitis dan penuh peringatan buat semua insan yg bergelar isteri.. luahan hati seorang insan bergelar suami...

Telah ku siapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini
tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteri ku..

Juga buat renungan kita bersama terutamanya diri ku sendiri... Semoga sentiasa diberi ruang dan peluang oleh Allah SWT dlm usaha menjadi isteri yg solehah...
Keperibadian Isteri Yang Solehah
- Taat dan Berbakti Kepada Suaminya
- Berbakti Kepada Ibu Mertuanya dan Memuliakan Keluarganya
- Mesra dengan Suami dan Sentiasa Berusaha Mencari Keredhaannya
- Tidak Memecahkan Rahsianya
- Berdiri disisinya dan Berkongsi Pandangan Dengannya.
- Membantu Suami Mentaati ALlah
- Menguasai Jiwa Suaminya
- Berhias Untuk Suami
- Menemui Suami didalam kegembiraan dan Bersyukur
- Berkongsi Kesedihan dan Kegembiraan Suami
- Menundukkan Pandangan Selain Untuk Suami
- Tidak Menceritakan Keadaan Wanita Lain Kepada Suami.
- Mewujudkan Ketenangan, Kerehatan dan Kedamaian Dalam Rumahtangga
- Bertoleransi dan Memaafkan
- Keperibadian Yang Kuat dan Bijaksana

semoga hati ini ikhlas dalam berbakti kepadanya demi Yang Esa... InsyaAllah..

Saturday, January 31, 2009

MOTIVASI UNTUK HARI INI...

Saya amat tertarik dengan artikel yg di tulis di blog iMOTIVASI ni, tentang 3 tanda kekotoran hati. Hati yang bersih terpancar pada sinar cahaya wajah dan dapat dikenalpasti dari tutur kata, perbuatan, perilaku dan pemikiran yang bersangka baik setiap masa.
3 tanda kekotoran hati…
1. Dengki
Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini bijak bersandiwara.
2. Tamak
Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang di sekelilingnya.
Orang yang tamak tak pernah bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara sekalipun, tak kira dengan walau caranya haram.
3. Banyak Bercakap Seolah-olah Dia Tahu Semua Perkara.
Biasanya orang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting.
Oleh itu, dia akan banyak bercakap, sangat banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak perkara dan mahu memberitahu minda orang bahawa dia boleh bercerita pasal apa saja.
Tapi, dia tak pernah ambil tahu sama ada apa yang dia ceritakan itu bohong, khabar angin atau fakta.
Kita perlu berhati-hati dengan orang sebegini, kerana mereka bijak membuat fitnah dan pandai berlakon. Dia pandai membuat fakta dan biasanya, lebih banyak bercakap daripada bertindak melakukan apa-apa.
Muhasabah diri kita. Andai sikap sebegini ada pada kita, ubah segera hari ini juga!.
Pilih untuk menjadi orang yang cemerlang.
Cemerlang dari segi sikap, perangai, tutur kata dan fikiran.

Cemerlang dunia dan akhirat..INSYAALLAH...

Saturday, January 24, 2009

HIDUP SENTIASA DIDUGA...

Hidup kita ni tak akan pernah serik dari diduga, dicuba dan diuji dengan pelbagai permasalahan.

Bagi orang berfikiran positif, dia akan menganggap masalah sebagai cabaran buat diri. Tetapi, bagi orang yang berfikiran negatif, masalah menambahkan lagi kesesakan pelbagai masalah yang sedia bersarang di fikirannya.

Hidup punya cara tertentu untuk membentuk kita menjadi insan cemerlang. Caranya amat misteri, namun senang dikenal pasti jika kita rajin berfikir.

Respon setiap orang ketika menghadapi masalah adalah berbeza. Perbezaan itu terjadi kerana kita dibentuk oleh suasana berbeza, citarasa berbeza, cara berfikir yang berbeza dan cara bertindak yang berbeza.

Oleh kerana itu, untuk mendapat hasil yang baik, yang cemerlang, yang OK, kita kena respon positif kepada setiap masalah. Tak kiralah sama ada masalah itu kecil atau besar, hadapi dengan hati yang lapang dan fikiran yang positif..

Setiap masalah didatangkan oleh Yang Maha Esa untuk membentuk kita menjadi kuat menghadapi apa saja kemungkinan yang akan datang selepas itu. Kita takkan tahu apa yang ada di sebalik masalah, tapi paling pasti, mentaliti kita akan berubah setiap kali mendepani masalah.

Kita akan jadi lebih berani, lebih tekad, jadi optimis. Pemikiran berubah, percakapan berubah dan tindakan juga berubah. Syaratnya, kita perlu positifkan fikiran, percakapan dan perangai kita ketika mendepani masalah.

Kita akan tetap berada dalam masalah selagi kita masih berfikiran negatif. Negatif yang cemana ya?

Memandang negatif pada setiap orang, benda, situasi dan perkara bahkan memandang negatif pada sebab mengapa Yang Maha Esa menurunkan musibah ke atas kita.

Untuk cemerlang dalam hidup, pandai-pandailah kita dekatkan diri pada Yang Maha Esa, pencipta kita dan alam semesta. Dari situ akan datang ketenangan.

Bila sudah ada ketenangan, mudah untuk kita mencetuskan kecemerlangan dalam apa jua yang kita lakukan.

Sebaliknya, jika kita tak tenang (iaitu tertekan, bercelaru, bingung, keliru, marah, geram) susah untuk kita nak jadi sukses dalam apa yang kita usahakan.

Jika Anda lihat pada orang yang asyik tertekan, yang asyik menahan geram, marah dan sakit hati pada satu-satu situasi, dia tak akan cemerlang dalam apa yang dibuat olehnya. Maksud saya, apa yang dibuatnya akan kurang berhasil.


Kerja lebih masa pun suatu ujian... READ MORE




Wednesday, January 21, 2009

KENALI MUSUH BAYI KITA...

Tengah bawa kereta selalu dengar pesanan kat radio sinar FM.. antaranya pesanan ttg penyakit HFMD... so apa lagi, serve cari info utk lebih memahami penyakit ni.. kira mcm hobila.. Saja nak tambah pengetahuan skit.. dan boleh share dgn semua..

Apa itu penyakit kaki, tangan dan mulut?
HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus. Penyakit ini terdapat diseluruh dunia. Di negara yang beriklim 4 musim, penyakit ini sering terjadi pada musim panas. Di negara tropika, kejadian penyakit ini berlaku sepanjung tahun. Penyakit ini sering menyerang bayi dan kanak-kanak kecil. Penyakit ini biasanya tidak teruk dan akan sembuh dalam masa 5 – 7 hari. Namun kadangkala penyakit ini boleh menyebabkan penyakit serius jika menjejaskan jantung atau otak yang memungkinkan kematian.
Hand, Foot, and Mouth Disease (HFMD) atau penyakit Kaki, Tangan dan Mulut ( KTM ).. Sama ke kedua-dua penyakit ni?
Walaupun namanya hampir sama tetapi penyakit Kuku dan Mulut adalah sama sekali penyakit yang lain dan disebabkan oleh virus yang berbeza, tiada kaitan dengan HFMD. Penyakit Kuku dan Mulut adalah penyakit yang menyerang lembu, kambing dan khinzir.
Apa tanda-tandanya?
HFMD ditandai oleh:
  • Demam – dimulai dengan demam ringan,
  • rasa tidak sihat dan hilang selera makan
  • Ruam dan blister (melepoh) di tapak tangan, tapak kaki dan kadang-kadang di punggung (nappy area), lutut dan siku; selepas 1-2 hari demam bermula.
  • Melepoh (blister) di bahagian dalam pipi/mulut; selepas 1 – 2 hari demam bermula.
  • Ulcer mulut yang sakit

Rjukan & Sebarang pertanyaan sila ke: Jabatan Kesihatan Perak

Friday, January 2, 2009

7 PERKARA YG BUAT KITA BERMOTIVASI DI WAKTU PAGI:

Perkara terbaik yang Anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.Bila Anda start punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga Anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata Anda seorang pelajar, start nak masuk kelas, duduk di kerusi Anda dan start nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang Anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk aje kelas, pasang niat Anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, Anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri SendiriIni juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap Anda. Set target apa yang Anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai Anda seorang pelajar, set target berapa bab yang Anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang Anda nak baca dalam minggu ni, berapa soklan Anda nak tanya dengan lecturer Anda nanti.
Andai Anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang Anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang Anda nak dapat hasil dari bisnes Anda. Set juga apa yang Anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes Anda.
Andai Anda seorang pekerja, set berapa tugas yang Anda nak siapkan dan set limit masa untuk Anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna CerahWarna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood Anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan KemaafanLepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, Anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, Anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup!

**sEBAGAI PANDUAN UNTUK KITA SEMUA TERUTAMANYA YG MENULIS INI..
Rujukan : http://iMotivasi.com

Friday, December 26, 2008

Peringatan dari Yang Maha Esa...


Detik 26 disember saban tahun dikenang sebagai hari yg penuh tragis....





Bukti yang Maha Esa, Maha Mengetahui, Maha Berkuasa.. Menjadikan suatu peristiwa yang tak tercapai oleh fikiran manusia yg lemah...

Peristiwa ini juga sebagai peringatan kepada yg masih menumpang di bumi Allah SWT ini agar tidak lalai mengejar duniawi...
Cukuplah sekali peringatan itu semoga menjadi panduan seumur hidup.



"Ya,Allah..Ya Tuhamku..
Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini yg lalu...
Dosa-dosa yg sedang hamba lakukan...
Dosa-dosa yg bakal hamba lakukan...
Semoga hamba sentiasa di dalam pengawasanMu, Ya Allah... AMIN"

Wednesday, November 19, 2008

SAYANGI DAKU...PELUKLAH DAKU...


Indahnya bergelar seorang ibu...

sentuhan dua jiwa yang tidak terungkap dengan kata-kata...


PESANAN RASULULLAH SAW:

  • Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

  • Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

  • Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Thursday, November 13, 2008

Renungan buat setiap insan yg berstatus isteri.. t"utama aku le..

perkara2 berikut mungkin memasukkan kita kedlm golongan isteri derhaka:

  • isteri yg tak bersyukur dgn kebaikan suami: walaupun suami kita tolong kita buat keja rumah atau beli barang2 dapur, kita tidak berterima kasih kerna dia buat kerja tak sekemas / seelok kita.- isteri yg suka menyakiti hati suami: membandingkan diri suami dgn org lain (walaupun dengan pelakon)
  • isteri yg kluar rumah tanpa izin suami: wanita itu akan di laknat oleh malaikat serta makhluk2 yg ada di muka bumi ini
  • isteri yg meminta cerai tanpa sebab: wanita skrang kalau bertengkar suka mencabar suami utk menceraikannya. wanita ini tak akan dpt bau syurga pun
  • isteri yg tak melayan kehendak suaminya: tangungjawab seorg isteri adalah memenuhi kehendak suaminya (selagi tak langgar perintah Allah)

8C yg memungkinkan suami beralih arah…

  • cabar: lelaki pantang dicabar. thus, jgn jadi wanita yg suka mencabar org. (eg. bila gaduh je ckp mcm, "kalau berani, cubalah" or "kalau dah gatal sangat, kahwin lagi lah"
  • cabul: bila ckp sesuatu, sedap mulut saje i.e. mulut laser
  • cemburu: walaupun cemburu itu tandanya sayang, tapi kalau cemburu yg berlebihan amat merimaskan.
  • cerewet: suami dah belikan baju/barang/makanan tapi kita tak suka n start to belittle his gift. tak syukur dgn pemberian suami.
  • celupar: kerana mulut, badan binasa. wanita yg mulutnya celupar, akan membuat suami jauh hati.
  • comot: as opposed to cantik. dulu bila waktu dating atau baru2 nikah, jaga wajah n pakaian. skrang di rumah pakai asal boleh je (eg. hari2 pakai baju klawar la…)
  • cincai: buat kerja rumah asal boleh je. cara didik anak pun tak sempurna.
  • cuai: lupa akan routine yg dilakukan waktu baru nikah/waktu anak2 masih kecil (eg. makan mlm sama2, salam suami bila dia nak kluar berkerja)

SEDUT DARI; http://yangakutahu.blogdrive.com/ THANK YOU SO MUCH...

Wednesday, November 12, 2008

Indahnya kejadian wanita...







Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).










Pesanan rasulullah SAW...

Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang salib).
Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Tuesday, November 11, 2008

PERSONALITY AFIFAH.. LAHIR BLN FEBRUARI..

FEBRUARI

  • Berfikiran abstarak
    Sukakanbenda yang reality dan abstarak
    Inteligent, bijak dan genius
    berpersonality yang mudah berubah
    mudah menawan orang lain
    agak pendiam, pemalu dan rendah diri
    jujur dan setia pada segalanya
    keras hati untuk mencapai matlamat
    tidak suka dikongkong
    mudah memberontak jika dikongkong
    suka kegiatan lasak
    emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
    mudah mempamirkan marahnya
    tidak suka kepada benda remeh temeh
    suka berkawan tapi kurang mempamerkanya
    sangat berani dan suka memberontak
    bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
    pemerhatian yang tajam
    suka hiburan dan sukan
    suka benda yang bersifat seni
    sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
    berkecenderungan kepada benda yang tahyul
    amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
    belajar untuk mempamirkan emosi

SEDUT DARI: http://aidacutes.com/?p=19

Tuesday, September 16, 2008


Brokoli atau kobis yang berbunga jenis hijau, dapat membantu mengatasi masalah penyakit paru-paru. Bahan yang ditemui dalam brokoli iaitu Sulforapane boleh membataskan kemusnahan yang boleh menyebabkan penyakit paru-paru yang serius. Kajian ini telah dilakukan oleh Johns Hopkins School of Medicine . Sulforapane dapat menambah aktiviti gen NRF2 dalam sel paru2 manusia yang mana dapat melindungi sel dari musnah disebabkan oleh toksik.
Sayur2an Brassica seperti brokoli ini juga dihubung kaitkan dalam merawat penyakit jantung dan strok. Kajian terus akan dilakukan untuk menambah perlindungan antioksidan terhadap paru2.
Jika anda perhatikan pun, bentuk brokoli itu sendiri sudah hampir menyamai bentuk paru2 manusia. Dan sudah ditemui kelebihannya iaitu untuk merawat dan melindungi paru2 dari musnah oleh toksik. Dan sudah banyak kajian sains menjumpai sedemikian iaitu bahan untuk merawat anggota tubuh manusia adalah sama dengan bentuk anggota tubuh itu sendiri. Beberapa contoh lain seperti
- sejenis kacang yang berbentuk seperti buah pinggang adalah baik untuk merawat buah pinggang,
- kacang walnut yang isinya berbentuk seperti otak adalah bagus untuk kecerdasan otak
- Buah anggur yang tergantung sekelompok membentuk seperti jantung, adalah baik untuk kesihatan jantung.
- Hirisan karot yang kelihatan seperti mata manusia, adalah baik untuk mata.
- Dan sebagainya rahsia2 yang menjadi misteri tentang kebesaran Allah S.w.t.