Wednesday, January 14, 2009

A DAY WITH DADDY....















Hari Sabtu lepas, ummi sibuk gi rombongan sekolah ke Taiping utk 'benchmark programme'.. tinggallah afifah dgn daddy kat rmh.. mcm ni le jadinya..














Dalam pkl 6 ptg ummi sampai la rumah... terus ke 'Lumut Waterfront'.. makan angin jap...

Afifah and daddy...


Afifah and ummi...

Dan sebagai menghargai jasa daddy bantu ummi jaga afifah dan sebab afifah jadi 'good girl' tinggal dengan daddy, ummi pun belanja la pizza malam tu...
Buat suamiku tercinta.. terima kasih daun keladi... sabtu minggu depan jaga lagi..

Tuesday, January 13, 2009

KEKEJAMAN ISRAEL..

"RAKYAT PALESTIN TERUS DIANCAM
OLEH INSAN YG BENGIS,
PELBAGAI RAGAM TINDAKAN KEJAM,
YAHUDI & PALESTIN...
PALESTIN DIBUAT SEPERTI,
BINATANG SEMBELIHAN,
DIBUNUH DISAKITI,
TANPA BELAS KASIHAN..."
Ada satu masa dahulu, lagu ini sentiasa berkumandang di TV.. sebab tu masih ingat sampai skrg walaupun lirik tak berapa sure.. Kekejaman itu semakin menjadi-jadi skrg ni.. takut, sedih semua perasaan tu dtg bila tgk gambar kekejaman Israel.. ingat nak cari gambar nak post kat sini.. tapi tak sanggup nak tengok pun gambar kekejaman tu.. sakit hati dan memilukan..
Semoga rakyat Palestin diteguhkan iman olehNya.. walau apa ujian dari yg Maha Hebat lagi Maha Mengetahui..Allah SWT.. Al-Fatihah buat yg terkorban.. Semoga episod duka ini akan ada penghujungnya..

Sunday, January 11, 2009

A TAG FROM UMMU MISHKAH

Do you think that you are hot..??
VERY..VERY THE...at school, specially.. hot temper skit je...
Upload a pic of you






Why do u you like this picture?
sebab ada daddy.. ummi.. and afifah..
When was the last time you eat pizza?
semalam.. sebab blanja daddy yg sudi jaga afifah for the whole day... Thanks daddy..
The last song you listen to?
The Red River Valley.. lagu nursery afifah..
What name you prefer besides yours?
Nurafifah binti Mohd Ridzuan... of course..

Tag ni untuk:
1. Kak nina KL
2. Cikgu Mar
3. Atca

Wednesday, January 7, 2009

AFIFAH PERGI KLINIK...

hari ni 7 hb Januari afifah ada appoitment gi timbang berat... disebabkan ummi habis work pkl 235 ptg, so pukul 3 baru pi klinik.. biasanya tak ramai.. tapi tadi ramai lak pulok... jenuhla tunggu..bosannye afifah... jenuhla ummi mengendong dia... kalau tak gendong mahu dia sapu bersih lantai klinik tu..ummi tak sempat nak click gambar afifah kat klinik td, maklumla sibuk dgn dia.

mula2 timbang berat afifah tanpa pampers... Alhamdulillah naik sikit.. Ummi dah risau sebab afifah dah semakin lasak. Makan pun memilih juga... bubur nasi ja makan. Nestum tak nak langsung. Nanti Ummi bekalkan afifah dgn bubur nasi yaa.. baru cepat besar. Pas timbang, tunggu turn jumpa nurse dlm bilik check-up.. Nurse tu mcm biasa la sibuk bersembang sesama diaorg.. ummi buat tak dengar je, yg nak tergelak tu, afifah pula yg tegur diaorg.. erkh..erkh.. maa..maa..maa.. volume max dia bg! afifah pun dah tak larat nak tunggu kot sebab dah dekat 1 jam lebih dia terikat kat ummi... tak leh bebas.. apa-apapun, Alhamdulillah, Afifah sedang membesar dengan sihat dan bertambah cerdas...

Friday, January 2, 2009

7 PERKARA YG BUAT KITA BERMOTIVASI DI WAKTU PAGI:

Perkara terbaik yang Anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.Bila Anda start punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga Anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata Anda seorang pelajar, start nak masuk kelas, duduk di kerusi Anda dan start nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang Anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk aje kelas, pasang niat Anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, Anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri SendiriIni juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap Anda. Set target apa yang Anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai Anda seorang pelajar, set target berapa bab yang Anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang Anda nak baca dalam minggu ni, berapa soklan Anda nak tanya dengan lecturer Anda nanti.
Andai Anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang Anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang Anda nak dapat hasil dari bisnes Anda. Set juga apa yang Anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes Anda.
Andai Anda seorang pekerja, set berapa tugas yang Anda nak siapkan dan set limit masa untuk Anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna CerahWarna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood Anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan KemaafanLepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, Anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, Anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup!

**sEBAGAI PANDUAN UNTUK KITA SEMUA TERUTAMANYA YG MENULIS INI..
Rujukan : http://iMotivasi.com

Thursday, January 1, 2009

Kenangan terindah 2008




Kelahiran Nurafifah binti Mohd Ridzuan pada tanggal 25 Februari 2008 terlalu istimewa buat hidup kami suami isteri.... Semoga Afifah akan terus jadi anak yg paling baik yg sentiasa menyayangi ummi dan daddy serta hamba Allah yg solehah...

Peristiwa Penting 2008...



Mei 2008 menyaksikan adik perempuan tunggalku disunting orang... Pertunangan yg meriah... Ni Mak Ndak Afifah... Jodohnya org jauh... KL.. Semoga jodoh berkekalan...







12 Disember 2008... Penutup lembaran 2008.. Pertunangan adik lelaki sulongku... anak yg ketiga.. Pak Lang Afifah ni.. Tunangnye org Sik, Kedah... semoga bertemu jodohnya..