Friday, January 30, 2009

Penangan NASI GORENG UDANG LIPAN..

Dalam perjalanan balik ke kampung hjg minggu lepas sempat juga singgah kat Restoran 3R (Razak, Restoran, Rasaria) yg terletak di Pantai Remis.. Actually, kak yam yg perkenalkan kat dalam blog dia tempoh hari... Cari punya cari berpandukan petua yg kak yam bagi...
"lepas petronas Pantai Remis, ada lorong ke kiri, masuk dalam skit.. jgn risau, ada signboard..."
dah jumpa tu, teringat lagi kata-kata kak yam..
"try nasi goreng udang lipan dia, best betul la..."
Apa lagi, terus je kami order 2 nasi goreng udang lipan... belek2 air, tokey dia cadangkan jus jambu batu asam boi... ok..order 2 gelas...
Memang sedap betul la... dah la tengah lapar, apa lagi cukup puas hati makan kat sini... nasi goreng sedap, air pun sama... harga pun berpatutan... afifah tengok je kay... rasa buah tomato ja...
Lepas 4 hari kat kampung kami pun balik ke lumut... on the way, skali lagi perkena nasi goreng udang lipan... tapi yg frustnya, jus jambu batu tak dak.. sebabnya, cina raya, buah jambu pun takdak... boleh buka kebun jambu la mcm ni...
Anyway, thanks to kak yam, perkenalkan tempat ni... so, sape2 yg lalu jln Pantai Remis boleh la cuba...

Wednesday, January 28, 2009

ADAM AND AFIFAH..

Sewaktu balik kampung cuti thn baru cina hari tu sempatlah afifah bertemu dgn cousinnye.. Adam Zafri namanye... budak comel yg takut sgt makan ubat... adam baru 5 bln, afifah dah 11 bulan.. tahun depan dah sama besar la.. nanti pi school skali juga.. ada sorang lagi cousin afifah yg sebaya dia tahun depan... sebab mereka bertiga lahir sama tahun 2008.. afifah bln 2, adam bln 8 (anak merdeka) dan batrisya bulan 12... afifah jadi kakak yg paling tua tapi paling kecik molek..

Ni gambar batrisya.. baru umur 30 hari...

Kalau diberi peluang afifah suka sgt sayang diorang ni tapi dalam diam-diam tangan dia tu kena pegang.. kalau tidak kena puk la adik-adik comel ni dgn kakak afifah... semoga semuanya akan membesar dengan sihat dan saling menyayangi satu sama lain...

Saturday, January 24, 2009

HIDUP SENTIASA DIDUGA...

Hidup kita ni tak akan pernah serik dari diduga, dicuba dan diuji dengan pelbagai permasalahan.

Bagi orang berfikiran positif, dia akan menganggap masalah sebagai cabaran buat diri. Tetapi, bagi orang yang berfikiran negatif, masalah menambahkan lagi kesesakan pelbagai masalah yang sedia bersarang di fikirannya.

Hidup punya cara tertentu untuk membentuk kita menjadi insan cemerlang. Caranya amat misteri, namun senang dikenal pasti jika kita rajin berfikir.

Respon setiap orang ketika menghadapi masalah adalah berbeza. Perbezaan itu terjadi kerana kita dibentuk oleh suasana berbeza, citarasa berbeza, cara berfikir yang berbeza dan cara bertindak yang berbeza.

Oleh kerana itu, untuk mendapat hasil yang baik, yang cemerlang, yang OK, kita kena respon positif kepada setiap masalah. Tak kiralah sama ada masalah itu kecil atau besar, hadapi dengan hati yang lapang dan fikiran yang positif..

Setiap masalah didatangkan oleh Yang Maha Esa untuk membentuk kita menjadi kuat menghadapi apa saja kemungkinan yang akan datang selepas itu. Kita takkan tahu apa yang ada di sebalik masalah, tapi paling pasti, mentaliti kita akan berubah setiap kali mendepani masalah.

Kita akan jadi lebih berani, lebih tekad, jadi optimis. Pemikiran berubah, percakapan berubah dan tindakan juga berubah. Syaratnya, kita perlu positifkan fikiran, percakapan dan perangai kita ketika mendepani masalah.

Kita akan tetap berada dalam masalah selagi kita masih berfikiran negatif. Negatif yang cemana ya?

Memandang negatif pada setiap orang, benda, situasi dan perkara bahkan memandang negatif pada sebab mengapa Yang Maha Esa menurunkan musibah ke atas kita.

Untuk cemerlang dalam hidup, pandai-pandailah kita dekatkan diri pada Yang Maha Esa, pencipta kita dan alam semesta. Dari situ akan datang ketenangan.

Bila sudah ada ketenangan, mudah untuk kita mencetuskan kecemerlangan dalam apa jua yang kita lakukan.

Sebaliknya, jika kita tak tenang (iaitu tertekan, bercelaru, bingung, keliru, marah, geram) susah untuk kita nak jadi sukses dalam apa yang kita usahakan.

Jika Anda lihat pada orang yang asyik tertekan, yang asyik menahan geram, marah dan sakit hati pada satu-satu situasi, dia tak akan cemerlang dalam apa yang dibuat olehnya. Maksud saya, apa yang dibuatnya akan kurang berhasil.


Kerja lebih masa pun suatu ujian... READ MORE




Thursday, January 22, 2009

AFIFAH DEMAM...

Jarang-jarang sekali afifah demam... tapi pagi smlm kul 130 am afifah start meragam... ummi bagi susu dia muntahkan... kelam kabut jdnya ummi n daddy... suara merengek afifah yg plg tak tahan tu...kesian tul.. tgh2 mlm klinik baby mana lak yg buka... ubat demam pun tak de stok.. ummi lap bdn afifah, kuat lg meraungnye.. tak sampai hati tul... pas tu tertido gak afifah tp every 1 hour tersedar dan merengek.. 230 am, 330 am, 430 am... bila dah siang kurang skit panas dia.. pagi tadi dlm kul 9 gi ambil ubat, tinggi gak temperature, 40.. pas mkn ubat demam terus tido.. bila bangun Alhamdulillah, semakin beransur..ptg td mcm biasa, terus ligat merangkak.. panjat sana,sini.. walaupun demam masih bersisa.. semoga afifah sihat totally esok hari... InsyaAllah..

Wednesday, January 21, 2009

AFIFAH DAH NAK BERJALAN...

Bunyinya mcm dah betul-betul berjalan... tapi belum.. afifah baru beranikan diri lepas tgn sambil berdiri.. tahan la dalam 5 saat.. tapi gayanya kat gambar tu mcm dah nak buka pintu nak jalan kat luar.. tu la hobi terbaru afifah setiap ptg.. intai ke luar.. kalau dibawa keluar seronok bkn main.. maklumla selalunya terkurung... ummi mls jln2.. cian dia.. esok dah bleh jln baru best bawa afifah jalan kan.. sabar ye afifah..

KENALI MUSUH BAYI KITA...

Tengah bawa kereta selalu dengar pesanan kat radio sinar FM.. antaranya pesanan ttg penyakit HFMD... so apa lagi, serve cari info utk lebih memahami penyakit ni.. kira mcm hobila.. Saja nak tambah pengetahuan skit.. dan boleh share dgn semua..

Apa itu penyakit kaki, tangan dan mulut?
HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus. Penyakit ini terdapat diseluruh dunia. Di negara yang beriklim 4 musim, penyakit ini sering terjadi pada musim panas. Di negara tropika, kejadian penyakit ini berlaku sepanjung tahun. Penyakit ini sering menyerang bayi dan kanak-kanak kecil. Penyakit ini biasanya tidak teruk dan akan sembuh dalam masa 5 – 7 hari. Namun kadangkala penyakit ini boleh menyebabkan penyakit serius jika menjejaskan jantung atau otak yang memungkinkan kematian.
Hand, Foot, and Mouth Disease (HFMD) atau penyakit Kaki, Tangan dan Mulut ( KTM ).. Sama ke kedua-dua penyakit ni?
Walaupun namanya hampir sama tetapi penyakit Kuku dan Mulut adalah sama sekali penyakit yang lain dan disebabkan oleh virus yang berbeza, tiada kaitan dengan HFMD. Penyakit Kuku dan Mulut adalah penyakit yang menyerang lembu, kambing dan khinzir.
Apa tanda-tandanya?
HFMD ditandai oleh:
  • Demam – dimulai dengan demam ringan,
  • rasa tidak sihat dan hilang selera makan
  • Ruam dan blister (melepoh) di tapak tangan, tapak kaki dan kadang-kadang di punggung (nappy area), lutut dan siku; selepas 1-2 hari demam bermula.
  • Melepoh (blister) di bahagian dalam pipi/mulut; selepas 1 – 2 hari demam bermula.
  • Ulcer mulut yang sakit

Rjukan & Sebarang pertanyaan sila ke: Jabatan Kesihatan Perak