Wednesday, May 13, 2009

A glass of water....

Kisah kat bawah ni adalah kisah benar dan sekadar utk bercerita... takde apa2 niat tersembunyi...

Di suatu tengah hari sewaktu tengah bersantai kat bilik guru... melepaskan lelah seharian mengawas pelajar2 exam...


"Cikgu, saya nak bagi tau satu benda.." kata seorang pelajarku.

"Ha.. ape?"jawabku dengan nada yg bengis... ceewah.. mcm bengis je aku ni..

Bebudak ni mana boleh nak dimanja2.. dah besor2...


"Takde... saya nak bagi tau cikgu saya nak keluar jap.."

"Ha.. buat apa lak?"jawabku dengan buat2 terkejut... maklumla bdk ni tinggal asrama.. nak fly ke dia ni?

"Tak.. adik saya kat hospital.. accident.. saya nak pi melawat dia.. Tapi saya bagi tau cikgu dulu." Maklumla aku ni guru kelas dia.. aku dah pesan ke bdk2 kelas.. kalau nak buat jahat bagi tau aku dulu...


"Dah minta kebenaran warden?" aku terus menyoal.. dia geleng kepala..

"Dah minta kebenaran HEM?" aku tanya lagi... dia geleng lagi..

"Ok lah.. saya call PK HEM jap... minta bawa awak keluar" aku pun terus je telepon PK HEM dan OK je jawapan dia... as long as cikgu bawa masuk balik...

Aku terus je capai handbag dan terus bawa bdk kelas aku dan seorang lagi kawan dia ke hospital...

Sebelum sampai dia siap bagi tau kat aku..


"Cikgu, jgn cerita yg buruk2 ttg saya kat mak sy tau.."

"Hem.. yelah.."

Sampai kat hospital, aku pun beborak la dgn mak dia... Cukup time (setgh jam je..) aku pun bawa diaorg balik... On the way nak balik, ada satu ayat yg menarik terkeluar dari mulut pelajar ku ni..

"Cikgu, terima kasih.. nanti saya belajar rajin2.. pas tu saya kerja besar.. saya beli kereta besar.. saya akan bawa cikgu ronda2..." tersentuh juga hati aku... sama ada kereta ku tu mmg kecil ataupun dia ikhlas nak balas jasa aku..(kononla berjasa)..

Sebenarnya, aku tak kisah pun nak bawa dia ke hospital tu... kalau aku sendiri pun mesti tak sedap hati nak exam bila teringat adik kat hospital.. lagipun dia budak baik.. ketua kelas aku .. so, mmg tak kisah pun...

Dekat nak sampai gate sekolah, kwn dia yg meneman tu lak yg minta aku stop jap nak beli ais blandded kat tepi jalan... Haa.. ok jelah.. Anak muridku tu beriya nak belanja aku rojak tapi tak tergamak lak..

"Tak payah lah..." aku beriya menolak.

"Tak kira, saya nak belanja juga cikgu."

Itu yg dapat title kat atas tu..

A glass of water... air limau masin... ni perli suruh aku kurus ke ni?... bagi air limau... (lawak je..).. mungkin ini boleh jadi bukti kemenjadian murid kot...
apa2 pun yang menariknya, hubungan guru dengan murid ni macam hubungan mak dgn anak atau hubungan kakak dgn adik.. mcm2 peristiwa yg menyakitkan hati... ada juga yg menyejukkan hati... tetiba teringatkan adik2 yg sedang berjuang menuntut ilmu di bidang masing2... Semoga mereka berjaya mencapai cita2 masing2... INSYAALLAH..

Monday, May 11, 2009

HAPPY MOTHERS DAY...

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua rakan2 yg mengnali secara realiti mahupun rakan2 maya... Semoga hari2 yg mendatang dimurahkan rezeki oleh Allah SWT, sentiasa bersyukur didalam nikmat Islam dan Iman...
Ibu Mithali, Ibu yg sejati...
Kasih sayangmu, kasih yang suci,
Pengorbananmu disanjung tinggi,
Jasamu tetap disanubari...

Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU... MAK TOK TERSAYANG...

SELAMAT HARI IBU...
teristimewa buat mak... dan mama...
semoga kedua2 nya diRahmati Allah SWT selalu..
Buat mak tersayang, maklah tokoh ibu mithali..
Teringin sangat nak calonkan mak ibu mithali peringkat kebangsaan..
tapi, tiap2 tahun mmg mak akan sentiasa menjadi tokoh dihati Kak in...
Ya Allah, Ya Tuhanku.. Engkau Rahmatilah mak dan ayah ku..
Engkau sayangilah mereka, sebagaimana mereka menyayanyiku semasa kecil...
doakan kak in dapat jadi ummi kepada Afifah yg mithali
sebagaimana mak menjadi mak kepada kak in...

Thursday, May 7, 2009

Bertudung juga anak ummi...

baru2 ni saje try pujuk afifah pakai tudung time keluar berjalan.. bukan apa, selalu tgk budak kecik pakai tudung ni, comel sangat... macam sofea baby mama adura tu...cheewah..
bila ummi cakap, "afifah, kalau nak naik car, kena pakai tudung dulu.." terus je afifah capai tudung dan minta ummi pakaikan.. cepat2 ummi pakaikan... afifah hulur tangan minta ummi dukung... nak keluar le tu... apa lagi, kejutkan daddy yg tgh tidur selepas zohor n pergi jalan2...

Jalan2 sampaila pulak kat kedai mamak... afifah menunggu ummi suapkan makanan dengan penuh kesabaran...
sedap betul sehingga menjilat jari...
Ni lah wajah comel afifah yg tiap kali nak keluar dah boleh pakai tudung... so, balik2 tudung ni je la... nanti ummi belikan yg lain lak..




Sunday, May 3, 2009

JALAN2.. MAIN AIR..

Sempena cuti hari pekerja Jumaat lepas, saje la bawa Afifah pergi main air.. maklumla Taman Tema Air kat Lumut ni mmg dekat sgt dgn rmh.. dalam 3 KM je..sampai situ dlm kul 10 am... tak de org langsung.. cuma satu family je yg tgh bersuka ria.. ok le tu.. kalau ramai2 pun mcm tak best je.. bknnye apa, takut la byk org, byk lak virusnya.. sesampi je afifah check dulu daddy beli apa buat bekal...
Mula2 masuk dlm air mcm takut2 gak.. maklumla, afifah tak biasa, first time ni nak main air...

Lepas 5 minit je... dah pandai bergerak sendiri.. berani lak tu...

Seronok bukan main bila ummi percikkan air kat dia.. maklumla afifah mmg suka sgt main air time mandi dlm blk air..
tapi 10 minit kemudian afifah dah bosan naik pelampung.. ummi lak kena pegang sbb dia nak buat kuak lentang... berkocak sakan air tu.. lagi syok bermain..
Pas tu ummi bagi dia bermain dgn pasir.. hampir je nak dimasukkan dlm mulut... tak cukup rasa dgn tangan nak juga rasa sedap tak pasir tu..
main air 20 minit je pas tu ummi naik dan keringkan afifah... lama2 bahayakan peparu nanti.. tgk tu masih menjeling kat kolam tu...
Dahaganya bukan main... sroot..sroot.. diisapnya air kosong tu.. saje ummi bg afifah minum byk air kosong utk elakkan suhu bdn dia naik..
Lapar sungguh tu.. 2 ketul roti habis dimakan...
Ni la antara panorama taman air ni...

Dlm kul 11.00 am kami pun bertolak balik.. sbb daddy nak prepare gi solat jumaat.. tak leh le lama2.. lama2 pun tak de ape nak buat... 5 minit kemudian sampaile balik ke rumah...

Friday, May 1, 2009

JALAN2... CARI BARANG...

Dua hari lepas ummi n daddy bawa afifah gi shopping barang dapur... setakat ni senang juga la bawa afifah kat pasaraya ni sbb bila letak je atas troli tu, mmg duduk diam la dia.. belum pandai minta itu dan ini.. sementara nunggu daddy belek2 barang, ummi sempat snap gambar afifah..
Dah balik rumah, ada la 'gift' utk afifah sbb jd good girl... solivite... sblm ni bagi vitagen, sebotol je abis. tu pun afifah buat mcm tak sedap je...
tapi kali ni lain.. sedap pula... bagi sebotol, senafas je disedutnya... afifah minta lagi satu botol, ummi pun bagi la.. habis 2 botol sekaligus! sama ada mmg sgt sedap ataupun penat pergi bershopping tadi... bila afifah minta utk botol yg ke tiga, no..no..no.. afifah kena mamam nasi lak...
Lastly, tinggal 2 botol ni selepas 2 hari, walaupun ummi angkut 2 set solivite ni.. seingat ummi, ada 10 botol.. nasib baik tak sakit perut, afifah..


Mengalir jua air mata ini...

Dah masuk hari yang ke dua mata ini bergenang dgn air mata... betapa perasaan paling sedih sebagai seorang insan bernama ibu, ummi, mak, mama, dapatku fahami dan rasai... Hari Rabu 29 April, sewaktu hari hampir melabuhkan tirainya, dalam menanti lembaran hari yg baru, rakan setugasku telah kehilangan puteri tunggal kesayangannya... Puteri yg bakal menjengah usia 2 tahun Julai depan, telah pergi meninggalkan ibu dan ayah yg amat menyayanginya.. dan pastinya syurgalah tempat kembalinya disisi yg Maha Menyayangi, Allah SWT.. sesungguhnya Allah Maha menyayangi apa yg kita amat sayangi...
Cuma ummi tak boleh nak letakkan diri yg lemah ini ditempat sahabat ummi ni... betapa terseksanya jiwa bila memori2 indah sentiasa terbayang di minda... betapa diri ini merindukan gelak tawanya... hanya insan yg benar2 kuat imannya shj yg akan mampu berdepan dgn ujian yg maha hebat ini...
Kesedihan ini ummi berkongsi dikongsi dgn daddy... daddy pun tak dpt nak melindungi air mata lelakinya... Sesungguhnya, dunia ini hanya sementara.. kebahagiaan ini hanya pinjaman... anak yg amat kita sayangi ini bknlah hak milik kekal kita... semuanya pinjaman dari Allah SWT yg maha Esa... Entah bila pinjaman ini akan diambil balik...
Hanya satu sahaja yg kekal abadi.. Allah SWT.. hanya padaNya kita menghambakan diri... Mengagungkan dengan sepenuh jiwa dan raga.. dengan keyakinan teguh terhadap Allah SWT, segala ujian di dunia ini pasti mampu ditanggung oleh kita..
yang pastinya bayi kecil kesayangan semua insan yg melihatnya, milik sementara sahabat seperjuanganku, akan menghiasi Syurga nan Indah... semoga beliau dikuatkan iman, dalam menghadapi kehidupan mendatang...
Kepada yg masih dipinjamkan Allah SWT segala nikmatNya didunia ini, bersama-samalah kita tingkatkan taqwa dan iman kita kepada Yg Kekaal abadi, Allah SWT...
AL-FATIHAH buat Batrisya..