Monday, June 6, 2011

Rahsia disebalik tulisan...

by: http://www.esempoi.com/artikel/tips-kehidupan/rahsia-melalui-tulisan-dr-fadzilah-kamsah/

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana


Wednesday, March 30, 2011

AFIFAH vs BELON BUIH.....

Lama benor ummi tak update blog... sibuk sgt dak juga... malas yg lebih.... Sedar tak sedar afifah dah pun 3 tahun... cepat membesar dah puteri ummi ni... Alhamdulillah, semakin aktif, ceria dan macam2 ragam... kadang-kadang nak tergelak pun ada tengok telatah afifah... kekadang rasa cam nak mengamuk... lebih2 lagi bila afifah terbalikkan bakul mainannya... satu rumah diaturnya... kalau atur elok2 takpe, ini siap baling lagi...huh...

Ummi memang kena banyak bersabar dalam melayan karenah afifah ni...Nak kena tunjuk mana yang betul, mana yang salah.... Tapi yang menyejukkan hati tu, setiap kali afifah buat salah, afifah sure cakap "sorry ummi..."... Tiap kali ummi buat-buat merajuk, afifah sure pujuk, "Nape ummi, sorry ye..." Itu la antara dialog2 afifah, tapi bila time afifah jerit, tolonglah tutup telinga... kalau tak sure boleh pecah gegendang....

Afifah suka sangat main belon buih.. pantang jumpa org jual... pernah time 2 tahun dulu dia terminum sabun tu... gabra tul ummi.... nasib baik takde ape2... tiap kali dia nak main ummi tak leh lepas pandang... sekarang dah pandai tiup, kalau tak ummi la tukang tiup..."Ummi, kate fuhhhh..." kata afifah bila minta ummi tiupkan belon tu...

Sekarang ni afifah dah tunjuk minat dgn buku...pergi kedai runcit pun minta nak beli buku... tapi buku yang ummi belikan tak pandai nak jaga... Apapun, ummi doakan afifah terus sihat, ceria dan cerdik ye sayang.... Semoga Allah merahmati kita bersama....

Tuesday, November 30, 2010

PERTANDINGAN MEWARNA 2010....

Walaupun afifah belum dapat membezakan dengan jelas antara muka dengan baju org yg nak diwarnakannya, ummi seronok2 je masukkan afifah ke pertandingan melukis (sebenarnya utk pra sekolah)....

Seronok bukan main dapat pakai nombor tu walaupun tak tahu tujuan nombor itu dipakai... Cam bilangan kromosome manusia lak nom tu...

Dah mula dah... penuh khusyuk...

Dengan abg haikal...(anak kak pah)

Sempat jeling ummi... aduh.. tajamnye...

Dengan bangganya...selepas 10 minit... dah tak kuasa nak mewarna...

Inilah hasilnya...gambar mewarna utk 1st time in competition....

Tak rugi masuk walaupun tak warna habis... sbb dapat juga hadiah...ceewah...ni la hadiahnye....

Sunday, September 26, 2010

AFIFAH DI PAGI RAYA....2010...

Dah selalu bangun lambat... kul 11.00 am... jam kul 8.30 ummi jenuh kejutkan afifah, tapi.....
Jam 9.00...still tak bangun2 lagi...org dah start sembahyang raya.....kena amik air basuh muka baru nak angun... siap2 macam ni lah rupe afifah...
Nak pakai tudung kejap je....
Berhari rara di rumah tok mama dulu baru balik rumah mak tok n tok ayah....
nanti sambung lagi...