Wednesday, December 31, 2008

DEMI MASA...

Telah berfirman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian, kecuali orang - orang yang beriman dan beramal salih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran". ( S. Al-Asr:ayat 1-3 )
Azam Maal Hijrah 1430 dan Tahun Baru 2009 ni byk yg perlu dimurnikan... salah satu yg utama dari aspek pengurusan masa... betul la cakap bos time meeting semalam. InsyaAllah tahun ni kena jaga tul 'puntuality'...
Renungi pesanan Rasulullah s.w.t sepertima maksud hadisnya:
" Rebutlah lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain iaitu:
- Masa hidup sebelum mati
- Masa sihat sebelum sakit
- Masa lapang sebelum sibuk
- Masa muda sebelum tua
- Masa kaya sebelum fakir."
Semoga masa tidak berlalu pergi meninggalkan kita, yg masih terpinga-pinga.. Pesanan untuk diri sendiri terutamanya...

Sunday, December 28, 2008

SLEEPING BEUTY...

A CARD FROM CIKGU MAR..



Terima kasih cikgu mar... kad di atad dan bunga di bawah ni...


MEMURNIKAN HOBI LAMA...

Rindu rasanya dengan hobi yg dah lama ditinggalkan.. takde la tinggal sbb as long as bergelar teacher mestilah best friendnya buku.. tapi mengumpul dan membaca 'motivated book' ni mmg pernah jadi hobi sy dulu.. bila kak lin post buku dia sy pun teringin gak ... mmg membaca amalan yg mulia..

'This is one of my favourite books'.. tulisan Dr. HM Tuah.. penulisannye best.. seronok untuk dibaca dan mudah difahami.. nanti ada masa sy postkn skit isi dia...




Ni pula buku 'favourite' Afifah... Buat masa ni baru baca 1st page je.. sebabnye, tiap kali umi baca dia pun sibuk nak pegang, gigit n koyak... so tunggu dah tak menggigit baru ummi bagi pegang dan baca 'until the end of the story'..

Friday, December 26, 2008

Peringatan dari Yang Maha Esa...


Detik 26 disember saban tahun dikenang sebagai hari yg penuh tragis....





Bukti yang Maha Esa, Maha Mengetahui, Maha Berkuasa.. Menjadikan suatu peristiwa yang tak tercapai oleh fikiran manusia yg lemah...

Peristiwa ini juga sebagai peringatan kepada yg masih menumpang di bumi Allah SWT ini agar tidak lalai mengejar duniawi...
Cukuplah sekali peringatan itu semoga menjadi panduan seumur hidup.



"Ya,Allah..Ya Tuhamku..
Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini yg lalu...
Dosa-dosa yg sedang hamba lakukan...
Dosa-dosa yg bakal hamba lakukan...
Semoga hamba sentiasa di dalam pengawasanMu, Ya Allah... AMIN"

Wednesday, December 24, 2008

Alhamdulliah...

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Orang yang paling berbahagia di hari kiamat kelak kerana mendapat
syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah
Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari lubuk hatinya atau dari dalam jiwanya"
(Riwayat Bukhari)
Laa ilaaha illallah... Muhammad yaa Rasulullah...
Alhamdulillah.. dengan nikmat yg dikurniakan Allah SWT masih dapat lagi hidup ini diteruskan... dah lama tak update ni..rasa rindu sgt... tapi kena selesaikan amanah negara dulu.. Alhamdulillah selesai sudah tanggungjawab.. boleh la mulakan aktiviti lain lak..
Hidup ni penuh dengan ujian dan dugaan.. setiap ujian tu tanda peringatan dari Allah supaya kita dekatkan diri kepadanya.. Maka rugilah sesiapa yg tidak diujinya... Takut-takut terleka dengan nikmat dunia...
Semoga kita semua sentiasa dalam golongan yg mengharapkan keredhaan Allah SWT dalam hidup kita setiap detik...InsyaAllah...

Sunday, December 21, 2008

YANG JARANG DITEMUI...



kalau gambar mata bulat ni.. biasa dah.. selalu jumpa..




tapi... kalau yang ni...


ha... yang ni jarang jumpa... mata layu je... bukan ngantok tu... tapi belum ready ambil gambar...

Sunday, December 14, 2008

Kampungku Nan Indah...

















Balik Kampung...oo..Balik Kampung...



Indahnya kampungku...Alhamdulillah..syukur nikmat pada Allah yg maha Esa.. kepulangan ke desa nan indah seminggu lamanya amat-amat mengubat kerinduan.. rindu pada mak dan ayah.. kakak, adik-adik tersayang, anak saudara yg comel dan semakin nakal... juga pada ketenangan..kedamaian..keindahan lukisan yg Maha Pencipta..Hari ni baru balik ke Lumut.. Dah rindu rasanya pada kampung halaman... tak tau la yg duduk jauh dari kampung halaman.. macam rakan blogger kat Dubai sana nun...tak terbayang.. tapi ada pepatah yg mengatakan, ala bisa tegal biasa... kalau terpaksa..ok nye.. hari ni nak penuhkan blog ni dengan gambar-gambar area rumah kat kampung... rindunye...

Saturday, November 29, 2008

A gift for the 4th anniversary...



Ehm..ehm...gambar ni tak sempat nak post kan pada waktunya... ni hadiah sempena 4th anniversary tahun ni... hadiah yg 2 pihak dapat keuntungan... ummi memang nak beli lama dah.. tapi mcn sayang duit... daddy beli ni bukan apa, nak suruh buat pizza and cake... thank you hubby..

Wednesday, November 26, 2008

yea...yea..pak teh mai...


minggu lepas pak teh afifah datang ziarah.. bestnye ummi sebab ada yg rajin mengasuh.. afifah pula best la ada org dok layan dia main... sampai buat tak heran kat ummi... pak teh ni memang pandai layan budak...tapi kejap je.. 2 malam pas tu balik shah alam semula.. jumpa lagi raya haji ni...

Tuesday, November 25, 2008

Kalau bagi Peluang...


Ni lah hobi afifah.. kalau diberi kebebasan dan peluang ini yang dibuatnya... semua barang akan dicapainya dan teraburkan merata tempat... kalau diberi peluang menyambar surat khabar atau kertas ape-ape pun.. ginilah jadinye... time ummi cuti ni bolehla tunjukkan kekreativitian... 5 minit je tahan.. pas tu mula la masuk mulut... 'semua benda masuk mulut'...daddy dah membebel... 'Ya Allah.. bersepah habis..awat yg ummi dok biaq tu..' he..he.. bagi can la sat kat afifah.. nak tengok apa yg dia nak buat dengan objek disekeliling... jawapannya.. semua masuk mulut.. sebab dia tengah menggunakan semua deria dia termasuklah lidah untuk mengenali objek disekeliling... dah afifah ...dah..pas ni ummi tak kasi can lagi...

Sunday, November 23, 2008

Dapat Award..

thanks to Atcha...mbak dari negara jiran.. selamat berteman maya... saya bagi award ni kat nurul la...

Saturday, November 22, 2008

Tag "workstation" dari Kak lin:


rules:
* snap work station anda
* then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...
* iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..
* tengok contoh yang dibuat nih...
* begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...
* sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...
* kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...
* tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..






Cuti sekolah ni banyak la workstation saya..cikgu..surirumah...ummi....taukeh kerepek.. discription skit ye..


first, meja guru..second kabinet dapur (surirumah).. then kerepek-kerepek yg dah siap packing.. lastly.. buaian afifah...




@LiYaNNuar / azza / Tirana /kak lin/ ummiafifah/
waris tag ini ialah:
1. kak yam

2. Ela

3. Atcha

Thursday, November 20, 2008

Wednesday, November 19, 2008

SAYANGI DAKU...PELUKLAH DAKU...


Indahnya bergelar seorang ibu...

sentuhan dua jiwa yang tidak terungkap dengan kata-kata...


PESANAN RASULULLAH SAW:

  • Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

  • Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

  • Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
rambut dia lurus dan nipis... selalu orang cakap dia boy.. so, ummi selalu try ikat tapi blm boleh buat pokok kelapa.. tapi sekarang dah boleh... dah boleh buat tocang.. barulah nampak mcm girl girl!!!

Tuesday, November 18, 2008

My First Award...

Lama gak offline.. ni baru start blk.. ada award.. hee..hee.. ela yg bagi... nun jauh di Qatar.. Thanks. Cute sangat..

Thursday, November 13, 2008

Renungan buat setiap insan yg berstatus isteri.. t"utama aku le..

perkara2 berikut mungkin memasukkan kita kedlm golongan isteri derhaka:

  • isteri yg tak bersyukur dgn kebaikan suami: walaupun suami kita tolong kita buat keja rumah atau beli barang2 dapur, kita tidak berterima kasih kerna dia buat kerja tak sekemas / seelok kita.- isteri yg suka menyakiti hati suami: membandingkan diri suami dgn org lain (walaupun dengan pelakon)
  • isteri yg kluar rumah tanpa izin suami: wanita itu akan di laknat oleh malaikat serta makhluk2 yg ada di muka bumi ini
  • isteri yg meminta cerai tanpa sebab: wanita skrang kalau bertengkar suka mencabar suami utk menceraikannya. wanita ini tak akan dpt bau syurga pun
  • isteri yg tak melayan kehendak suaminya: tangungjawab seorg isteri adalah memenuhi kehendak suaminya (selagi tak langgar perintah Allah)

8C yg memungkinkan suami beralih arah…

  • cabar: lelaki pantang dicabar. thus, jgn jadi wanita yg suka mencabar org. (eg. bila gaduh je ckp mcm, "kalau berani, cubalah" or "kalau dah gatal sangat, kahwin lagi lah"
  • cabul: bila ckp sesuatu, sedap mulut saje i.e. mulut laser
  • cemburu: walaupun cemburu itu tandanya sayang, tapi kalau cemburu yg berlebihan amat merimaskan.
  • cerewet: suami dah belikan baju/barang/makanan tapi kita tak suka n start to belittle his gift. tak syukur dgn pemberian suami.
  • celupar: kerana mulut, badan binasa. wanita yg mulutnya celupar, akan membuat suami jauh hati.
  • comot: as opposed to cantik. dulu bila waktu dating atau baru2 nikah, jaga wajah n pakaian. skrang di rumah pakai asal boleh je (eg. hari2 pakai baju klawar la…)
  • cincai: buat kerja rumah asal boleh je. cara didik anak pun tak sempurna.
  • cuai: lupa akan routine yg dilakukan waktu baru nikah/waktu anak2 masih kecil (eg. makan mlm sama2, salam suami bila dia nak kluar berkerja)

SEDUT DARI; http://yangakutahu.blogdrive.com/ THANK YOU SO MUCH...

Wednesday, November 12, 2008

Indahnya kejadian wanita...







Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).










Pesanan rasulullah SAW...

Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang salib).
Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Tuesday, November 11, 2008

PERSONALITY AFIFAH.. LAHIR BLN FEBRUARI..

FEBRUARI

  • Berfikiran abstarak
    Sukakanbenda yang reality dan abstarak
    Inteligent, bijak dan genius
    berpersonality yang mudah berubah
    mudah menawan orang lain
    agak pendiam, pemalu dan rendah diri
    jujur dan setia pada segalanya
    keras hati untuk mencapai matlamat
    tidak suka dikongkong
    mudah memberontak jika dikongkong
    suka kegiatan lasak
    emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
    mudah mempamirkan marahnya
    tidak suka kepada benda remeh temeh
    suka berkawan tapi kurang mempamerkanya
    sangat berani dan suka memberontak
    bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
    pemerhatian yang tajam
    suka hiburan dan sukan
    suka benda yang bersifat seni
    sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
    berkecenderungan kepada benda yang tahyul
    amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
    belajar untuk mempamirkan emosi

SEDUT DARI: http://aidacutes.com/?p=19

PERSONALITI DADDY... LAHIR BLN OKTOBER..

OKTOBER

  • suka sembang
    suka orang sayang padanya
    suka ambil jalan tengah
    sangata menawan dan sopan santun
    kecantikan luar dan dalam
    tidak pandai berbohong dan berpura-pura
    mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
    sentiasa berkawan
    hati mudah terusik, tetapi meraju tak lama
    cepat marah
    macam pentingkan diri sendiri
    tidak menolong orang jika tidak diminta
    suka melihat dari perspektif sendiri
    tidak suka terima pandangan orang lain
    emosi mudah terusik
    suka berangan-angan dan pandai bercakap
    emosi yang kelam kabut
    daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )
    suka melancong, bidang sastera dan seni
    pengasih, penyayang dan lemah lembut
    romantik dalam percintaan
    mudah terusik hati dan cemburu
    ambil berat tentang orang lain
    suka kegiatan luar
    orang yang adil
    boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
    mudah patah semangat

SEDUT DARI:http://aidacutes.com/?p=19

PERSONALITI UMMI...LAHIR BLN JUN...

JUN

  • berfikiran jauh dan berwawasan
    mudah ditawan kerana sikap baik
    perangai lemah lembut
    mudah berubah sikap, sangat banyak idea
    bersikap sensitif
    otak sentiasa aktif berfikir
    sukar melakukan sesuatu dengan segera alias suka menanguh-nangguh
    sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet
    cepat marah dan cepat sejuk
    suka bercakap dan berdebat
    suka buat lawak dan bergurau
    otak cerdas dan berangan-rangan
    mudah dan pandai berkawan
    orangnya sangat tertib
    pandai mempamerkan sikap
    mudah kecil hati
    mudah terkena selesema
    suka berkemas
    cepat rasa bosan
    kurang pamerkan perasaan
    lamabt sembuh bila terluka hati
    suka barangan berjenama
    mudah jadi eksekutif
    kedegilan yang tidak terkawal
    siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya

SEDUT DARI: http://aidacutes.com/?p=19

Monday, November 10, 2008

JOM MAKAN!!!

Ni bab kering idea la ni sampai nasi goreng simple pun masuk blog...



tapi yang specialnya nasi goreng ni ialah ramuan utamanya ialah kasih dan sayang setulus hati ummi... tercekik lak klu takde ayor...











Lengkap sekali dengan jus apple... lagi specialnya, jus ni buatan daddy, setulus murni, cinta sejati... wah.. mengarut daa...

Lengkapla dinner malam ni...kul 7 tadi le... selengkap adanya afifah dlm hidup kami...

Sunday, November 9, 2008

Bertuah lagi...


hari Sabtu hari tu ada jamuan akhir tahun sekolah; bertempat di Teluk Batik Resort... Alhamdulillah..setelah sekian lama menanti, dapat juga hadiah cabutan bertuah ..paper beg besar lagi... jgn mare.. ingatkan dapat kain lansir..sekali ini da.... bukan katil tau... cadar je... thanks KGKT... Next year pimpinan baru lagi gempak kot.. Gandingan pasangan paling bertuah jamuan hari tu ok gak...

SAYANG UMMI & DADDY...



Slideshow


2008...TAHUN BERTUAH



Tahun 2008 ni tahun bertuah..Alhamdulillah. banyak dpt rezeki.. Awal tahun (februari) dapat nurafifah yang comel..hujung tahun pula dapat byk hadiah.. sebenarnya tak la banyak tapi dalam sepuluh tahun ni tak pernah pun dapat cabutan bertuah.. tu yang very exited gak bila dapat hamper kat bawah ni....cabutan bertuah sewaktu jamuan akhir tahun bidang Sains & Matematik..
sebelah dia tu hadiah wajib...semua orang dapat.. macam pernah lihat da... sama dengan sape tah hadiah tu??? anyway... thanks to Pn Rasilah Ahmad (ketua bidang) and others teacher...yg telah menjayakan majlis tersebut...tahun depan buat la lagi....

Friday, November 7, 2008

nurafifah binti mohd ridzuan waktu 2,3 bln...

MAK & AYAH TERSAYANG...



tengah-tengah malam mcm ni rasa rindu pula kat mak dan ayah...
"ayah dan ibu..ayah dan ibu..itulah permulaan kami..
dapat melihat bulan dan matahari..yang dikurniakan dari Illahi..."
Gambar mak dan ayah tersayang... terima kasih diatas segala pengorbanan. Melahirkan, membesarkan dan mendidik kak In hingga sekarang.. Mak dan ayah tiada tandingan didunia ini.. Kasih sayang yg dicurahkan tak pernah berbelah bahagi...
Gambar sebelah kanan inilah semua anak-anak mak dan ayah yg membuktikan keunggulan didikan dan asuhan kalian berdua.. Kak Zue (mak long)dan Kak In (mak ngah) dah bergelar pendidik... saiful(pak lang) dah jd pembantu pegawai tanah... nana (mak ndak) jg pendidik tp bdk besar... lecturer... chik (pak teh) belajar kat KUTPM.. cita-cita nak jd doktor..smg berjaya!!Amin.. Jiji (pak cik) belajar kat UPM.. cita-cita nak jd lecturer Math.. Amin... dan yg paling manja Dek Mon (pak su) belajar kat Alam Shah...
Mak dan Ayah tinggal berdua ja kat kampung... harap-harap sentiasa sihat dan berbahagi selalu disamping semua anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu... sayang semua..