CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 7, 2009

Mummy_Ayu Giveaway @ 1st Birthday Moment

Sedang ummi jalan2 terjah blog member ummi, terjumpa lak dgn contest ni... dah lama afifah tak join contest... untuk menambah kenlan ummi join gak.. manatau ada rezeki lak...

Contest ni diadakan oleh Mummy Ayu, yang first time adakan contest... hebat ni, ummi belum try buat contest.. join ada lah...


1st Birthday Moment Give Away
Ni gambar afifah time 1 st birthday... belum diberi kepercayaan memotong kek sendiri...

NAMA PENUH: NURAFIFAH BINTI MOHD RIDZUAN TARIKH LAHIR: 25 FEBRUARI 2008

First birthday afifah celebrate kat rumah je... ummi dan daddy beli kek sebiji je dgn...
yang pastinya kek tu favourite afifah... MOIST CHOCOLATE CAKE...

JANGAN LUPE TERJAH BLOG2 NI (MOMMY AYU N KAWAN DIE) YE TUK JOIN CONTEST ATAU TAMBAH KENALAN...

http://www.youtube.com/watch?v=ZGhdKu8r8ig

Sunday, November 1, 2009

PERKEMBANGAN OTAK BAYI...

Ketika bayi baru dilahirkan berat bayi adalah 25% daripada otak orang dewasa dan meningkat 75% pada tahun kedua. Bayi dilahirkan dengan otak dan sistem saraf yang merupakan neurochips yang jumlahnya 100 billion sel saraf. Sel saraf ini mempunyai banyak sinapsis iaitu sambungan antara neuron. Semakin banyak sinapsis, semakin banyak neuron yang menyambung membentuk unit-unit. Neuron adalah sel yang menghantar maklumat yang diproses pada peringkat selular. Maklumat bergantung pada jumlah neuron yang membentuk. Bagaimanapun, kematangan otak bayi tidak berlaku secara seragam. Sebahagian kawasan motor utama berkembang lebih awal daripada yang lain seperti kawasan sensori.


Pada dua tahun pertama, perubahan dramatik pada otak melibatkan percambahan hubungan antara dendrit. Myelin sheath adalah sejenis lapisan lemak yang meliputi axon membantu impuls saraf dihantar dengan cepat. Myelination ialah suatu proses penyelaputan sel lemak di sekeliling axon. Proses ini bermula semasa tempoh pranatal dan berkembang secara pesat setelah bayi dilahirkan sehingga bayi berusia 6 bulan. Auditory myelination terus berlaku sehingga usia 4-5 tahun dan adakalanya sehingga meningkat remaja. Tahap celular adalah peningkatan dramatik dalam hubungan anatara neuron, juluran saraf akan tumbuh dan berkembang dan saling membentuk hubungan. Synapsis adalah jurang kecil antara neuron apabila hubungan antara axon dan dendrit berlaku. Ketika bayi membesar, hubungan sinaptik antara axon dan dendrit berkembang pesat ( Baudry, 2003).
Menurut kajian Nelson (1999) otak bayi berupaya mengingati item dan peristiwa tertentu. Ketika tidur bayi boleh membezakan suara ibunya berbanding dengan orang lain. Selain itu juga bayi dapat membezakan permainan yang biasa mereka lihat dengan permainan yang tidak pernah mereka lihat.


Bahagian utama otak ialah forebrain. Ia mengandungi beberapa struktur termasuklah celebrak cortex yang meliputi 80% daripada saiz otak dan merangkumi bahagian bawah otak. Celebral cortex memainkan pelbagai fungsi penting manusia seperti persepsi, pertuturan dan pemikiran. Cortex mempunyai 4 bahagian terbesar yang dipanggil lobus (lobe) iaitu frontal lobe ( pergerakan dan pemikiran), occipital lobe ( penglibatan), temporal lobe (pendengaran), dan parietal lobe ( pemprosesan maklumat berkenaan sensasi tubuh).
Frontal lobe ( pergerakan dan pemikiran) bertanggungjawab ke atas pergerakan badan. Setiap bahagian pergerakan bersesuaian dengan bahagian khas di dalam tubuh badan. Kawasan motor pada cortex memberi panduan sehingga ke tahap yang rumit dan kepentingan kemampuan motor pada bahagian tertentu tubuh.
Sistem pendengaran dan penglihatan mewakili kawasan khusus celebral cortex. Bahagian auditory terletak di temporal lobe yang bertanggungjawab kepada deria pendengaran. Jika bahagian auditory dirangsang oleh tenaga elektrik, bayi akan mendengar bunyi seperti bunyi kertik atau bunyi dengung.


Bahagian penglihatan di dalam cortex,terletak di dalam occipital lobe yang menjalankan tugas yang sama dengan bahagian sensory yang lain. Rangsangan oleh elektrokod yang dihasilkan oleh eksperimen pancaran cahaya atau warna, mata akan menerima input gambaran dan ke bahagian otak serta akan berubah kepada rangsangan yang berguna.
Parietal lobe ialah pemprosesan maklumat berkenaan sensasi tubuh, pertalian kawasan dianggap sebagai satu tapak untuk aktiviti mental yang tinggi seperti pemikiran, bahasa, ingatan dan perbualan. Bahagian ini mengambil bahagian yang besar dalam celebral cortex.
Celebral cortex juga boleh dibahagikan kepada dua hemisfera. Lateralization adalah pengkhususan fungsi bagi setiap hemisfera. Ianya akan mempengauhi aspek pemikiran, perasaan dan tingkah laku.

RUJUKAN: http://tumbesaranbayi.blogspot.com/


Tempoh dua tahun pertama usia anak2 kita adalah yang paling kritikal... proses pembelajaran anak kita dalam keadaan yang paling optimum... Jadi bagaimana hendak mengoptimumkan proses pembelajaran anak2 kita? Harap2 ada ibu2 yang sudi berkongsi tips dan ilmu ye...


Wednesday, October 21, 2009

AFIFAH AND CAT....

Afifah suka sangat dengan 'cat'... pantang nampak... cat, cat, cat....

Tengok tu... diusap-usapnye cat tu.... cat ni adalah comel mak tok... so time balik kampung je ada peluang afifah main dgn cat...

Best betul terkangkang atas lantai tu... yang si cat tu pun satu... layan je cik adik afifah....

Thursday, October 15, 2009

WAJAH-WAJAH AFIFAH LAGI....RAYE HARI TU...

Ummi cuma nak masukkan gambar2 afifah yg ada dalam simpanan....

sejak dua menjak line streamyx tak ok ni tak sempat nak membebel panjang....

Muka bangun tidur... siang2 raye pun tidur...

Sakit perut ke sayang?...

WAJAH-WAJAH AFIFAH....

Sesaje nak masukkan wajah-wajah kesayangan ummi ni.... nurafifah... dah lama tak masukkan entry cause streamyx problem yg belum settle2.... macam2 ragam afifah ni...

Seronok betuk afifah time balik kampung... maklumlah boleh bebas.... setiap perosok halaman mak tok di explore....

Dah belajar senyum2 manis.... senyuman afifah untuk semua kekawan ummi....

Thursday, October 1, 2009

AFIFAH DITINGGALKAN....

KEPADA SEMUA RAKAN2 UMMI YANG BEST, TERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN KAD SELAMAT HARI RAYA...
Ummi nak mohon maaf sebab tak sempat untuk melawat blog kekawan dan mengambil kad2 yang diberikan... sebabnya ummi tersangat tak sempat buka blog ni.. sekarang ni pun ummi tgh curi masa untuk update blog.. ditengah2 mesyuarat... ada line terus je update sikit..
Ummi tengah mesyuarat di Maytower Hotel, Kuala Lumpur... tengah2 masjid India yg sedang rancak salenye... geram betul tgk tudung2 yang pelbagai corak, warna dan harga... tapi ummi bkn dtg shopping, kena siapkan modul tuk anak2 didik...
Ummi rindu sangat pada Afifah.. Afifah dah kena tinggal dengan daddy... sehari lepas ummi dtg meeting, badan dia naik ruam.. daddy bawa ke klinik cepat2 sebab ingatkan demam campak.. nasib baik bukan.. Alhamdulillah... mungkin elergi sikit kot... terima kasih daddy sebab menjaga Afifah dgn penuh kesabaran...
Tiap kali ummi call mesti tanya afifah dok cari ummi tak.. rasa macam dia tercari2 kat dapur.. Tetapi rupa2nya dia tak teringat pun kat ummi... daddy cakap cam tu.. kecik hati tul.. Tp Alhamdulillah... afifah tak meragam langsung... senang la daddy mengasuh.. terima kasih daddy...
Esok ummi habis meeting..tak sabar nak jumpa afifah and daddy... semoga ummi selamat sampai ke rumah..
ps... baru teringat streamyx kat rumah problem... argh..tidak tak dpt berblog lagi la nampak gayanya...