Tuesday, November 24, 2009

Baby with Transport Contest...


Assalamualaikum... cuti sekolah nio banyak pula masa ummi joinkan afifah contest mama-mama yg sgt rajin buat contest... Ummi suka join contest untuk tambahkan kenalan.. Contest ini dianjurkan oleh Ummi Nabilah di blog KEHIDUPAN SEORANG IBU...

Contest ni terbuka untuk baby boy and girl 3 tahun ke bawah... kalau nak tahu syarat2 yg lebih detail terjah ke sini ye: BABY WITH TRANSPORT CONTEST.

Ini adalah gambar afifah yg ummi pertandingkan...


NAMA: NURAFIFAH BINTI MOHD RIDZUAN
UMUR : 1 TAHUN 9 BULAN

Gambar yg kat atas tu afifah naik skuter... sempat poss kat ummi... Skuter ni sebenarnya motor 4 tayar yg boleh dibuka jadi skuter.. Afifah belum pandai naik skuter ni sebab tu lah dia berdiri je kat atas skuter tu... Skuter@ motor ni lah yg selalu digunakan bukan sahaj bermain tetapi sbg tapak untuk afifah memanjat untuk dapatkan sesuatu yg lebih tinggi daripadanya.. Gambar kat bawah ni rupa asal motor afifah...


ok dah siap... semoga ummi nabilah berpuas hati ye.. jom kawan2 kite join contest ni... simple je kan...

Contest ini akan berakhir tepat pada pukul 12 tghari 15 Dis 09.


Sunday, November 22, 2009

AFIFAH TERSANGKUT....

Al-kisahnya... suatu petang , time-time nak maghrib... ummi terdengar satu suara yg amat2 dikenali... "na-nak, na-nak"... maksudnya, taknak, taknak... ingatkan ape... mencari2 lah sang ummi anaknya yang hilang... rupa-rupanya anaknya itu tersangkut di meja makan...
Sebenarnya meja makan tu dah tak berkerusi gara-gara si tuan puteri yg sgt aktif tu la.. nak elakkan daripada tuan puteri afifah panjat dan bersila atas meja, ummi alihkan semua kerusi. Yang tinggal cuma meja jepun kat bawah tu.. Tapi itu bukan penghalang tuan puteri utk memanjat... hasilnya, tuan puteri afifah tergantung atas meja macam kat atas tu... minta tolong untuk diselamatkan...
Ni wajah tuan puteri afifah yg masih dalam keadaan terkejut akibat tersangkut. ingatkan dah serik... takde maknanya... setiap hari asyik tersangkut kat situ sehinggalah ummi alihkan meja jepun tu... salam rindu buat anak ummi yg sangat aktif ni...


Saturday, November 21, 2009

Contest Si Manja Berkaca Mata...





Anda mempunyai anak-anak berusia 1 hari - 4 tahun??

  • Jom para ibu... kita join pula contest yang dianjurkan oleh Ibu Mithali, UmmuMishkah...
  • Contest ini sangat menarik sebab semua baby2 yang join ni berkaca mata... sakit perut menengok aksi2 baby yg comel dan sangat natural... kalau tak caya jom tengok gambar baby2 comel ni ataupun kalau nak join jomlah terjah blog ummu mishkah.. klik kat bawah ni ye...
  • Langkahnya mudah saja... ni gambar Afifah yang ummi pertandingkan...
  • NAMA : NURAFIFAH BINTI MOHD RIDZUAN
  • UMUR : 1 TAHUN 9 BULAN
Contest ini akan ditutup dengan rasminya pada 10 Disember jam 11.59 malam.

Friday, November 13, 2009

Tertunai jua hasrat ummi...

Dah lama hasrat ummi yang ini tertangguh... tertangguh mungkin sebab takde masa... ataupuin sebab malas... dah berbulan beli kain nak buat cadar lembek afifah... Afifah suka baring2 depan TV.. kekadang tidur pun depan TV, so lembek afifah dah jadi lunyai... Ummi berhajat nak cantikkan lembek tu dengan buatkan cadar baru siap dgn teddy bear yg besar2 lagi... Setelah bebulan akhirnya hari Ahad lepas siap juga cadar baru Afifah... Alhamdulillah...

Afifah so excited... melompat2 atas cadar baru.. siap guling2 lagi.. sempat juga poss atas lembek tu.. sorry ye afifah ummi ambil masa yang lama nak siapkan cadar afifah tu... tapi ummi buat sarung bantal special.. besar punye... sebabnye Afifah tersangat aktif time tidur.. bantal kecil, sure tak mampu menampung kepala afifah... Lepas ni, boleh le pusing sesuka hati ye afifah..

Afifah dengan cadar barunye...

Saturday, November 7, 2009

Mummy_Ayu Giveaway @ 1st Birthday Moment

Sedang ummi jalan2 terjah blog member ummi, terjumpa lak dgn contest ni... dah lama afifah tak join contest... untuk menambah kenlan ummi join gak.. manatau ada rezeki lak...

Contest ni diadakan oleh Mummy Ayu, yang first time adakan contest... hebat ni, ummi belum try buat contest.. join ada lah...

1st Birthday Moment Give Away
Ni gambar afifah time 1 st birthday... belum diberi kepercayaan memotong kek sendiri...

NAMA PENUH: NURAFIFAH BINTI MOHD RIDZUAN TARIKH LAHIR: 25 FEBRUARI 2008

First birthday afifah celebrate kat rumah je... ummi dan daddy beli kek sebiji je dgn...
yang pastinya kek tu favourite afifah... MOIST CHOCOLATE CAKE...

JANGAN LUPE TERJAH BLOG2 NI (MOMMY AYU N KAWAN DIE) YE TUK JOIN CONTEST ATAU TAMBAH KENALAN...
http://www.youtube.com/watch?v=ZGhdKu8r8ig

Sunday, November 1, 2009

PERKEMBANGAN OTAK BAYI...

Ketika bayi baru dilahirkan berat bayi adalah 25% daripada otak orang dewasa dan meningkat 75% pada tahun kedua. Bayi dilahirkan dengan otak dan sistem saraf yang merupakan neurochips yang jumlahnya 100 billion sel saraf. Sel saraf ini mempunyai banyak sinapsis iaitu sambungan antara neuron. Semakin banyak sinapsis, semakin banyak neuron yang menyambung membentuk unit-unit. Neuron adalah sel yang menghantar maklumat yang diproses pada peringkat selular. Maklumat bergantung pada jumlah neuron yang membentuk. Bagaimanapun, kematangan otak bayi tidak berlaku secara seragam. Sebahagian kawasan motor utama berkembang lebih awal daripada yang lain seperti kawasan sensori.


Pada dua tahun pertama, perubahan dramatik pada otak melibatkan percambahan hubungan antara dendrit. Myelin sheath adalah sejenis lapisan lemak yang meliputi axon membantu impuls saraf dihantar dengan cepat. Myelination ialah suatu proses penyelaputan sel lemak di sekeliling axon. Proses ini bermula semasa tempoh pranatal dan berkembang secara pesat setelah bayi dilahirkan sehingga bayi berusia 6 bulan. Auditory myelination terus berlaku sehingga usia 4-5 tahun dan adakalanya sehingga meningkat remaja. Tahap celular adalah peningkatan dramatik dalam hubungan anatara neuron, juluran saraf akan tumbuh dan berkembang dan saling membentuk hubungan. Synapsis adalah jurang kecil antara neuron apabila hubungan antara axon dan dendrit berlaku. Ketika bayi membesar, hubungan sinaptik antara axon dan dendrit berkembang pesat ( Baudry, 2003).
Menurut kajian Nelson (1999) otak bayi berupaya mengingati item dan peristiwa tertentu. Ketika tidur bayi boleh membezakan suara ibunya berbanding dengan orang lain. Selain itu juga bayi dapat membezakan permainan yang biasa mereka lihat dengan permainan yang tidak pernah mereka lihat.


Bahagian utama otak ialah forebrain. Ia mengandungi beberapa struktur termasuklah celebrak cortex yang meliputi 80% daripada saiz otak dan merangkumi bahagian bawah otak. Celebral cortex memainkan pelbagai fungsi penting manusia seperti persepsi, pertuturan dan pemikiran. Cortex mempunyai 4 bahagian terbesar yang dipanggil lobus (lobe) iaitu frontal lobe ( pergerakan dan pemikiran), occipital lobe ( penglibatan), temporal lobe (pendengaran), dan parietal lobe ( pemprosesan maklumat berkenaan sensasi tubuh).
Frontal lobe ( pergerakan dan pemikiran) bertanggungjawab ke atas pergerakan badan. Setiap bahagian pergerakan bersesuaian dengan bahagian khas di dalam tubuh badan. Kawasan motor pada cortex memberi panduan sehingga ke tahap yang rumit dan kepentingan kemampuan motor pada bahagian tertentu tubuh.
Sistem pendengaran dan penglihatan mewakili kawasan khusus celebral cortex. Bahagian auditory terletak di temporal lobe yang bertanggungjawab kepada deria pendengaran. Jika bahagian auditory dirangsang oleh tenaga elektrik, bayi akan mendengar bunyi seperti bunyi kertik atau bunyi dengung.


Bahagian penglihatan di dalam cortex,terletak di dalam occipital lobe yang menjalankan tugas yang sama dengan bahagian sensory yang lain. Rangsangan oleh elektrokod yang dihasilkan oleh eksperimen pancaran cahaya atau warna, mata akan menerima input gambaran dan ke bahagian otak serta akan berubah kepada rangsangan yang berguna.
Parietal lobe ialah pemprosesan maklumat berkenaan sensasi tubuh, pertalian kawasan dianggap sebagai satu tapak untuk aktiviti mental yang tinggi seperti pemikiran, bahasa, ingatan dan perbualan. Bahagian ini mengambil bahagian yang besar dalam celebral cortex.
Celebral cortex juga boleh dibahagikan kepada dua hemisfera. Lateralization adalah pengkhususan fungsi bagi setiap hemisfera. Ianya akan mempengauhi aspek pemikiran, perasaan dan tingkah laku.

RUJUKAN: http://tumbesaranbayi.blogspot.com/


Tempoh dua tahun pertama usia anak2 kita adalah yang paling kritikal... proses pembelajaran anak kita dalam keadaan yang paling optimum... Jadi bagaimana hendak mengoptimumkan proses pembelajaran anak2 kita? Harap2 ada ibu2 yang sudi berkongsi tips dan ilmu ye...