Wednesday, September 24, 2008

Tuesday, September 16, 2008


Brokoli atau kobis yang berbunga jenis hijau, dapat membantu mengatasi masalah penyakit paru-paru. Bahan yang ditemui dalam brokoli iaitu Sulforapane boleh membataskan kemusnahan yang boleh menyebabkan penyakit paru-paru yang serius. Kajian ini telah dilakukan oleh Johns Hopkins School of Medicine . Sulforapane dapat menambah aktiviti gen NRF2 dalam sel paru2 manusia yang mana dapat melindungi sel dari musnah disebabkan oleh toksik.
Sayur2an Brassica seperti brokoli ini juga dihubung kaitkan dalam merawat penyakit jantung dan strok. Kajian terus akan dilakukan untuk menambah perlindungan antioksidan terhadap paru2.
Jika anda perhatikan pun, bentuk brokoli itu sendiri sudah hampir menyamai bentuk paru2 manusia. Dan sudah ditemui kelebihannya iaitu untuk merawat dan melindungi paru2 dari musnah oleh toksik. Dan sudah banyak kajian sains menjumpai sedemikian iaitu bahan untuk merawat anggota tubuh manusia adalah sama dengan bentuk anggota tubuh itu sendiri. Beberapa contoh lain seperti
- sejenis kacang yang berbentuk seperti buah pinggang adalah baik untuk merawat buah pinggang,
- kacang walnut yang isinya berbentuk seperti otak adalah bagus untuk kecerdasan otak
- Buah anggur yang tergantung sekelompok membentuk seperti jantung, adalah baik untuk kesihatan jantung.
- Hirisan karot yang kelihatan seperti mata manusia, adalah baik untuk mata.
- Dan sebagainya rahsia2 yang menjadi misteri tentang kebesaran Allah S.w.t.

Tokoh Wanita Teladan...


YB Haniza Mohamed Talha
Ibu Moden Yang MenjadiWakil Rakyat


Hari ini, menyandang status sebagai seorang ibu bukan alasan untuk wanita terus-terusan terperuk di dapur, terasing dari arus kemodenan yang memutarkan dunia. Ruang untuk wanita menempati kedudukan penting dalam organisasi terbuka luas. Suara wanita sudah didengari dalam penggubalan keputusan dan polisi. Kebangkitan kaum wanita adalah gelombang yang sukar dibendung.
YB Haniza Mohamed Talha telah membuktikan gambaran di atas dalam Pilihan raya Umum ke-12 (PRU 12) baru-baru ini. Walaupun baru pertama kali bertanding di atas tiket Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), para pengundi meyakini kredibiliti beliau lalu terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) di kawasan Taman Medan, Petaling Jaya.

Penglibatan wanita kelahiran Batu Gajah, Perak ini dalam arena politik bukanlah perkara baru. Alah bisa tegal biasa, menerajui kehidupan sebagai ahli politik merupakan kelangsungan daripada gaya hidup aktifnya sebelum ini.

Pernah menyandang jawatan setiausaha kehormat NGO Jamaah Islah Ma-laysia (JIM) dan cergas menyumbang tenaga dalam sayap wanita parti Keadilan semenjak tahun 2000 lagi, Haniza merupakan antara model ibu moden yang boleh dicontohi.

Malah Haniza banyak menghabiskan masa di luar rumah meladeni keperluan masyarakat yang ditadbirnya, hal ehwal rumah tangga tidak terlepas pengetahuan beliau. Tugas sebagai suri rumah tangga masih ditunaikan seperti biasa. Cuma baru- baru ini saja Haniza mengambil pembantu rumah.
“Terpaksa ambil seorang sebab tidak berkesempatan nak berkemas,” kata beliau sambil tersenyum mengakui kesibukan yang turut dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Selangor.

Haniza yang pernah menetap di Kuala Kangsar ini telah mendidik ketujuh- tujuh anaknya supaya membiasakan diri dengan kerja-kerja rumah. Aktiviti di dapur mahupun membersihkan rumah,tidak terbatas kepada gender lelaki atau perempuan.

“Saya mengajar mereka ilmu mengurus rumah sejak dari usia enam tahun lagi. Anak perempuan atau lelaki tidak ada beza, mesti pandai menguruskan diri dan kerja-kerja di rumah. Saya tekankan kepada mereka, sebagai sebuah keluarga yang harmoni, mesti ada rasa tanggungjawabdan tidak ada sikap berkira.

Dari segi pemilihan pembantu rumah, saya tetapkan beberapa syarat. Dia mestilah tidak tinggal solat, kalau boleh yang boleh membaca al-Quran dan yang tahu batas-batas aurat sebagai Muslimah. Alhamdulillah saya dapat seorang pembantu yang diingini,” tutur beliau sambil menambah mereka sekeluarga menjadikan aktiviti berkelah sebagai perkara ‘mesti’ dalam diari keluarga setiap bulan.

Ikuti kisah selanjutnya di dalam Majalah i keluaran Karangkraf edisi September 2008.

Reference: http://www.karangkraf.com/e-majalah/i/default.asp

Monday, September 15, 2008



Nurafifah waktu 2 bulan.. asyik muka dia la dalam blog ni sebab dia belum ada kawan. So far, anak tunggal la ni...

Wednesday, September 10, 2008

Ramadhan...titik tolak perubahan hidup

Dlm bln yg mulia ini amalan yg baik & ibadah kita dilipatgandakan pahalanya berbanding bln-bln yg lain. Kita pun berusaha buat segala amalan termasuklah amalan sunat yg jarang kita buat pada bulan ini.

Tapi jgn lak lepas je Ramadhan, amalan wajib pun kita sambil lewa (ingatan untuk diri sendiri terutamanya). Pesan Rasulullah SAW:

"Amalan yg sedikit tetapi dikerjakan secara berterusan lebih baik daripada amalan
yg banyak tetapi hanya dikerjakan sekali-sekala."

Tidak syak lg Ramadhan adalah madrasah tarbiyah bg setiap Muslim yg bijak ambil peluang untuk membaiki diri.

Firman Allah SWT:

"Apabila hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal,
Aku akan mendekatinya sehasta.
Dan apabila hamba-Ku mendekatkan diri sehasta,
Aku akan mendekatinya sedepa.
Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan kaki,
Aku akan mendatanginya dengan berlari..."

Semoga kata-kata ini merangsang semangatku untuk menjadikan Ramadhan ini sebagai titik permulaan perubahan hidup ini.. InsyaAllah.

Tuesday, September 9, 2008

Nurafifah sebelum 2 bulan...



Ni gambar Afifah waktu 1 bln lebih... dia dah start senyum waktu dalam pantang lagi... sampai sekarang, Alhamdulillah masih tersenyum... Benda pertama dia buat lepas bangun tidur... senyum... dah jadi hobi la..

Ini puteri tunggal saya... Nama dia Nurafifah binti Mohd. Ridzuan.. Dia budak baik... Tak banyak songel lagi sebab dia kecik lagi... Ummi sayang Afifah... Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah... dan sopan santun, lemah lembut, macam maksud Afifah.. Cepat-cepatla jalan.. ummi tak larat dukung... dah 'hantap'...
Hobi dia senyum dan 'kemas rumah'... tapi yang afifah paling suka buat baca buku.... sampai terkoyak buku yang dapat kat tangan dia...

WELCOME...

Ummi Afifah baru nak start blogging... Sapa pun boleh bagi guidens and comments to make my blog interesting... Tujuan utama bukan apa, cuma setakat try hobi baru dan tambah kenalan. Selamat Berkenalan... Thanks