Dlm bln yg mulia ini amalan yg baik & ibadah kita dilipatgandakan pahalanya berbanding bln-bln yg lain. Kita pun berusaha buat segala amalan termasuklah amalan sunat yg jarang kita buat pada bulan ini.
Tapi jgn lak lepas je Ramadhan, amalan wajib pun kita sambil lewa (ingatan untuk diri sendiri terutamanya). Pesan Rasulullah SAW:
"Amalan yg sedikit tetapi dikerjakan secara berterusan lebih baik daripada amalan
yg banyak tetapi hanya dikerjakan sekali-sekala."
Tidak syak lg Ramadhan adalah madrasah tarbiyah bg setiap Muslim yg bijak ambil peluang untuk membaiki diri.
Firman Allah SWT:
"Apabila hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal,
Aku akan mendekatinya sehasta.
Dan apabila hamba-Ku mendekatkan diri sehasta,
Aku akan mendekatinya sedepa.
Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan kaki,
Aku akan mendatanginya dengan berlari..."
Semoga kata-kata ini merangsang semangatku untuk menjadikan Ramadhan ini sebagai titik permulaan perubahan hidup ini.. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment