Apa itu penyakit kaki, tangan dan mulut?
HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus. Penyakit ini terdapat diseluruh dunia. Di negara yang beriklim 4 musim, penyakit ini sering terjadi pada musim panas. Di negara tropika, kejadian penyakit ini berlaku sepanjung tahun. Penyakit ini sering menyerang bayi dan kanak-kanak kecil. Penyakit ini biasanya tidak teruk dan akan sembuh dalam masa 5 – 7 hari. Namun kadangkala penyakit ini boleh menyebabkan penyakit serius jika menjejaskan jantung atau otak yang memungkinkan kematian.
Hand, Foot, and Mouth Disease (HFMD) atau penyakit Kaki, Tangan dan Mulut ( KTM ).. Sama ke kedua-dua penyakit ni?
Walaupun namanya hampir sama tetapi penyakit Kuku dan Mulut adalah sama sekali penyakit yang lain dan disebabkan oleh virus yang berbeza, tiada kaitan dengan HFMD. Penyakit Kuku dan Mulut adalah penyakit yang menyerang lembu, kambing dan khinzir.
Apa tanda-tandanya?
HFMD ditandai oleh:
- Demam – dimulai dengan demam ringan,
- rasa tidak sihat dan hilang selera makan
- Ruam dan blister (melepoh) di tapak tangan, tapak kaki dan kadang-kadang di punggung (nappy area), lutut dan siku; selepas 1-2 hari demam bermula.
- Melepoh (blister) di bahagian dalam pipi/mulut; selepas 1 – 2 hari demam bermula.
- Ulcer mulut yang sakit
Rjukan & Sebarang pertanyaan sila ke: Jabatan Kesihatan Perak
1 comment:
good info ni. Thnx.
Post a Comment