Thursday, September 17, 2009

KAD RAYA UNTUK SEMUA RAKAN UMMIAFIFAH...

Sempena Syawal yang mulia ini, ummiafifah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, kepada semua rakan2, yang nyata mahupun maya...
Semoga berbahagia di Aidilfitri disamping orang2 tersayang... Ampun dan maaf seandainya ada tersalah kata, terkecil hati...
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN..

**kad raya ni untuk semua rakan yang ummi sayang...

Wednesday, September 16, 2009

2009 Cute Baby In Stroller/Pram Contest


Contest ni dianjurkan oleh mummyameer yang baru ummi kenal... Salam perkenalan mummyameer... Ummi pun tengah dalam mood join contest so trylah join... Mummyameer ni minat sangat dengan stroller (agaknye la..sebab banyak gambar2 stroller yang cute kat blognye.. kalau tak caya jom terjah...klik sini juga...

Afifah suka sangat bab jalan2 naik stroller ni.. selalunya ronda2 depan rumah n taman mainan je... kat pasaraya tak bawa sebab afifah suka naik trolley... Stoller ni memudahkan ummi n daddy sebab tak de la sakit pinggang daddy mendukung afifah... kekadang sambil ummi masak pun afifah dalam stroller.. Stroller memang memudahkan segala urusan parents and baby...

So, jom join contest ni lak kawan2.. ni syarat2nye...

Syarat-syarat for all mummies to join this contest :

1. Of course u must be the follower of mummyameer...(done)
2. Sila add dan link kan banner di sebelah pada sidebar...(done)
3. Buat special entry utk contest ini dan sertakan sekali sekeping gambar baby/toddler di dalam prams ataupun stroller anda...(done)
4. Link kn blog mummyameer...(done)

Sunday, September 6, 2009

"CUTE SLEEPING BABY CONTEST"


NAMA BABY: NURAFIFAH BINTI MOHD RIDZUAN
BIRTH DATE: 25 FEBRUARY 2008
PLACE OF BIRTH: HOSPITAL SERI MANJUNG, MANJUNG, PERAK

NAMA IBU: NOOR AZREEN BINTI ARIDI

(Gambar ni masa afifah 3 bulan lebih... Sejak lahir afifah tidur mengiring.. dalam wad lepas bersalin pun dah mengiring.. sehinggalah sekarang tidurnye mesti mengiring dan hisap botol bucuk..)

Contest ni dianjurkan oleh LOVE MY NEW LIFE... Tuan empunya blog ni lebih mesra dipanggil Baiti.. Ummi baru je terjumpa blog dia.. Harap-harap boleh jadi kawan ye... Seorang mommy yang sangat menyayangi Iris Haseena Bt Nor Azizee.. Working mom yang suka shoping dan pandai berfesyen... Juga mempunyai ramai kawan..(buktinye tgk list blog friends kat blog dia...mmg ramai..) Yang paling special tentang blog Baiti ni ialah dia punya heading..nice dan warna blog yang very sweet and harmony...

Jom ramai-ramai kita join contest ni...mudah je...

Thursday, September 3, 2009

GELAGAT AFIFAH TIME DEMAM..

Lepas balik dari kampung, 31 ogos, Afifah demam lak... sibuk la sikit ummi kena layan afifah lebih2 sikit.. nak berkepit dgn ummi je... tidur pun tak lena... sebab tu tak nyempat melawat kawan2 lain... sorry ye semua.. InsyaAllah lepas ni ummi akan buat kunjungan... gambar kat atas tu afifah buat muka herot... sempat ak ummi catch... time tengah demam ni afifah tak nak makan nasi.. tu yg bungkus roti kat atas riba.. asalkan dia mau makan ummi biarkan je afifah sepah.. bersepah takpe pas tu boleh kemas...
Merah bibir afifah sebab demam... hari selasa hari tu la yang demamnya... tgh hari ummi cepat2 pergi ambil ubat... doktor cakap biasa le lepas jalan jauh... afifah dapat ubat demam n vitamin sebab afifah tak selera makan... hari ni Khamis, Alhamdulillah dah baik demam afifah...
Afifah dah boleh tersengih semalam, so ummi sangat2 lah lega terasa... Alhamdulillah... tapi afifah tak nak minum susu dalam botol susu.. dia nak pakai cawan n straw... alamak macam2 lak perangai afifah bila dah semakin cerdik ni... yg ummi perasan tengah deman n lepas demam ni afifah dah dapat sebut banyak perkataan... susu, cuci, cicak, kakak, bukak, dll... harapan ummi agar afifah akan terus sihat dan cepat belajar ye sayang...

pss.. cepat besar tau sbb mak ndak ana dah nak masuk line lak pas ni....