Sunday, January 24, 2010

SARAPAN PENTING UNTUK ANAK...

Seperti yg semua sedia maklum, sarapan adalah diet seharian yg amat penting dan tidak boleh diabaikan... Sejak kecil kita perlu melatih anak supaya suka bersarapan... Sarapan yg berkhasiat membolehkan anak2 kita memberi tumpuan terhadap aktiviti sepanjang harinya.

Ummi nak kongsi info daripada majalah Saji... yang bertajuk: Menu sarapan untuk anak.

1. MAKANAN BERKANJI

Khasiat: Membekalkan tenaga
Sumber: Nasi dan roti

Pelbagaikan menu sarapan si manja anda dengan menyediakan menu yang menarik. Sediakan sama ada roti bakar, sandwich, bubur nasi ataupun nasi goreng untuk mereka.

2. BIJIRIN SARAPAN PAGI

Khasiat: Mengandungi tenaga, vitamin dan mineral

Bijirin sarapan pagi merupakan menu yang mudah disediakan. Namun, anda harus peka terhadap kandungan pemakanannya. Pastikan ia tidak mengandungi terlalu banyak gula dan garam. Sekiranya anda kreatif, anda boleh campurkan bijirin ini bersama kismis dan hirisan buah-buahan. Pasti ianya akan lebih menarik.

3. SUSU DAN HASIL TENUSU

Khasiat: Kaya dengan kalsium
Sumber: Susu, dadih dan keju

Hasil tenusu penting untuk si manja anda dalam membentuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

4. BUAH-BUAHAN

Khasiat: Kaya dengan vitamin

Pengambilan buah-buahan untuk sarapan pagi adalah baik untuk si manja anda. Seeloknya, anda sediakan jus buah-buahan segar untuk menarik perhatian mereka.

Setiap hari ummi akan bekalkan afifah dgn sarapan.. kalau hujung minggu waktu yg sgt best bila dapat bersama2 sarapan dgn afifah n daddy...

Saturday, January 16, 2010

AFIFAH....at hot spring....

Ni wajah bebas afifah... beberepa minggu kepas ummi n daddy sempat bawa afifah mandi air panas kat Felda Sg kelah, Sungkai... seronok bukan main lagi afifah dapat berlari-lari...
Bab main air lagilah happy... tak mau nak dipegang... siap nak ikut berenang bila nampak ada budak besar berenang2 dekat dgn dia... tu yg bahaya sikit, ummi blm ajar skill berenang lagi la afifah...
Takes turn dgn daddy menjadi life guard afifah....
Air panas yg ditumbuhi cendawan gergasi...
Ramai gak orang wei...
adea yg bertingkat... siap berasap2 lagi...
Boleh letak depan halaman rumah ni...
Lepas puas mandi air panas bawa afifah ke air sejuk lak... lagi la seronok dia... siap ajak ummi naik gelongsor tu.. ummi takut da... daddy la bawa afifah naik and ummi standby kat bawah, sambut...
Gua tempat rehat...
Balik je daripada aktiviti mandi manda ni, esoknya afifah tak sedap badan... lepas ambil ubat demam Alhamdulillah terus baik... Rupanya demam boleh cakap 'seronok'...

Saturday, January 9, 2010

AFIFAH DI TAHUN 2010....

ALHAMDULILLAH... dapat juga menulis di blog ini untuk tahun 2010... risau2 je kesibukan membataskan segala aktiviti... Ummi masukkan gambar2 afifah di awal tahun 2010... nanti bulan februari genaplah afifah 2 tahun.. dah besar anak ummi ye...
Makin besar makin menghiburkan ummmi n daddy... sampaikan rasa tak boleh duduk kalau terpaksa berpisah sekejap dgn afifah... Dalam cuti sekolah hari tu ummi terpaksa tinggalkan afifah dlm tempoh 3 hari sahaja, tapi perasaan tu susahnya nak cerita... buat apa pun serba tak kena... rasa kekosongan sangat... uhh..
Tengok gelagat anak2 ni mmg menghiburkan kan... ada je idea si comel ni setiap hari yg selalu buat kita tersenyum, walaupun kekadang menaikkan darah juga...
Tapi yg pastinya, tiada tandingan lain seronoknya perasaan, selain seronok melihat si kecil kita tersenyum riang... Semoga tahun 2010 ini akan membawa sinar yg kebih bermakna dlm hidup ummiafifah sekeluarga... INSYAALLAH..