Sunday, January 24, 2010

SARAPAN PENTING UNTUK ANAK...

Seperti yg semua sedia maklum, sarapan adalah diet seharian yg amat penting dan tidak boleh diabaikan... Sejak kecil kita perlu melatih anak supaya suka bersarapan... Sarapan yg berkhasiat membolehkan anak2 kita memberi tumpuan terhadap aktiviti sepanjang harinya.

Ummi nak kongsi info daripada majalah Saji... yang bertajuk: Menu sarapan untuk anak.

1. MAKANAN BERKANJI

Khasiat: Membekalkan tenaga
Sumber: Nasi dan roti

Pelbagaikan menu sarapan si manja anda dengan menyediakan menu yang menarik. Sediakan sama ada roti bakar, sandwich, bubur nasi ataupun nasi goreng untuk mereka.

2. BIJIRIN SARAPAN PAGI

Khasiat: Mengandungi tenaga, vitamin dan mineral

Bijirin sarapan pagi merupakan menu yang mudah disediakan. Namun, anda harus peka terhadap kandungan pemakanannya. Pastikan ia tidak mengandungi terlalu banyak gula dan garam. Sekiranya anda kreatif, anda boleh campurkan bijirin ini bersama kismis dan hirisan buah-buahan. Pasti ianya akan lebih menarik.

3. SUSU DAN HASIL TENUSU

Khasiat: Kaya dengan kalsium
Sumber: Susu, dadih dan keju

Hasil tenusu penting untuk si manja anda dalam membentuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

4. BUAH-BUAHAN

Khasiat: Kaya dengan vitamin

Pengambilan buah-buahan untuk sarapan pagi adalah baik untuk si manja anda. Seeloknya, anda sediakan jus buah-buahan segar untuk menarik perhatian mereka.

Setiap hari ummi akan bekalkan afifah dgn sarapan.. kalau hujung minggu waktu yg sgt best bila dapat bersama2 sarapan dgn afifah n daddy...

3 comments:

Maiyah said...

mmg byk khasiat n bleh membantu tumbesaran mrk..

ibu_Arifa said...

setuju, nak kena latih diorg ni agar suka bersarapan.

Hazlin Nazri said...

biasa sarapan jam 8..