Tuesday, September 13, 2011

AFIFAH with water colour...

Afifah memang dok geram lama dah nak try water colour ummi ni... tapi tak sempat lak nak bg afifah try...
Time ummi tengah sibuk2 layan tetamu datang rumah... ummi tak perasan afifah buat apa.. tengok2 dah siap keluarkan warna ummi dan palletnya skali.. semua warna pilihan dah dipicit letak atas pallet tu... pandai lak guna.. afifah selalu tgk dlm cannel 610 tu.. org melukis...

Ummi tak payah ngajar lebih2... dia dah pandai pun.. so, let go je lah...

Nanti ummi framekan lukisan water colour pertama afifah ye.... Good girl...

Wednesday, September 7, 2011

RAYA 2011....afifah 3 tahun 6 bulan...

Afifah tersenyum manis... kat depan tu.. atas dokong ummi... besaq2 pun nak berdokong... ada sebabnya... sebab takut ke Pak Ndak (yg baju biru/hijau) tanpa alasan yang kukuh... ntah kenapa ntah tak leh tengok pak ndak...

Gambar hari raya pertama... belum cukup korem lagi tu... takde 3 org dlm gambar anak & menantu tok ayah dan mak tok tersayang... cucu2 dah ada semua... 4 orang...

Afifah family dengan tok ayah dan mak tok... Semoga keduanya bahagia selalu disamping anak2, menantu2 dan cucu2 yg aktif2 belaka...
SELAMAT HARI RAYA ... MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Thursday, August 11, 2011

Something new about AFIFAH...

Dah lama sangat tak update cerita Afifah... Gambar Afifah pun dah lama tak masukkan... maklumlah ummi dah mcm merajuk skit sbb afifah dah rosakkan kamera ummi.. apapun salah ummi gakk...
So, tetiba je rindu nak story mory ttg afifah yang dah berusia 3 tahun 6 bulan ni... Gambar kat atas tu cartoon kegemaran afifah yg terbaru...SUPER WHY... ok juga lak cartoon ni... banyak ajar english education... Kekadang ummi lak yg terlopong nengok cartoon bi.. ummi ingat afifah teringin nak gown princess tu tetapi yang tak disangka2....

Ini yang diminta beli oleh afifah..."ummi... nanti beli kasut roda kat pipah ye..."
Afifah minta beli kasut roda mcm cartoon yg nom 2 dr kiri tu pakai... siap demokan kat ummi lagi camne lari dengan kasut roda tu...sangat menggerunkan ummi... sebab apa... takut jatuh maa... camne ni..serba salah ummi... setiap hari afifah tanya..."ummi..kasut roda tu nak beli kat mana?..." alamak iffah... nanti calar balar la lutut awak tu... rasanya kasut raya afifah kena cari yg ada roda la...kesian pulak...

Monday, June 6, 2011

Rahsia disebalik tulisan...

by: http://www.esempoi.com/artikel/tips-kehidupan/rahsia-melalui-tulisan-dr-fadzilah-kamsah/

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana


Wednesday, March 30, 2011

AFIFAH vs BELON BUIH.....

Lama benor ummi tak update blog... sibuk sgt dak juga... malas yg lebih.... Sedar tak sedar afifah dah pun 3 tahun... cepat membesar dah puteri ummi ni... Alhamdulillah, semakin aktif, ceria dan macam2 ragam... kadang-kadang nak tergelak pun ada tengok telatah afifah... kekadang rasa cam nak mengamuk... lebih2 lagi bila afifah terbalikkan bakul mainannya... satu rumah diaturnya... kalau atur elok2 takpe, ini siap baling lagi...huh...

Ummi memang kena banyak bersabar dalam melayan karenah afifah ni...Nak kena tunjuk mana yang betul, mana yang salah.... Tapi yang menyejukkan hati tu, setiap kali afifah buat salah, afifah sure cakap "sorry ummi..."... Tiap kali ummi buat-buat merajuk, afifah sure pujuk, "Nape ummi, sorry ye..." Itu la antara dialog2 afifah, tapi bila time afifah jerit, tolonglah tutup telinga... kalau tak sure boleh pecah gegendang....

Afifah suka sangat main belon buih.. pantang jumpa org jual... pernah time 2 tahun dulu dia terminum sabun tu... gabra tul ummi.... nasib baik takde ape2... tiap kali dia nak main ummi tak leh lepas pandang... sekarang dah pandai tiup, kalau tak ummi la tukang tiup..."Ummi, kate fuhhhh..." kata afifah bila minta ummi tiupkan belon tu...

Sekarang ni afifah dah tunjuk minat dgn buku...pergi kedai runcit pun minta nak beli buku... tapi buku yang ummi belikan tak pandai nak jaga... Apapun, ummi doakan afifah terus sihat, ceria dan cerdik ye sayang.... Semoga Allah merahmati kita bersama....