Saya amat tertarik dengan artikel yg di tulis di blog iMOTIVASI ni, tentang 3 tanda kekotoran hati. Hati yang bersih terpancar pada sinar cahaya wajah dan dapat dikenalpasti dari tutur kata, perbuatan, perilaku dan pemikiran yang bersangka baik setiap masa.
3 tanda kekotoran hati…
1. Dengki
Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini bijak bersandiwara.
2. Tamak
Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang di sekelilingnya.
Orang yang tamak tak pernah bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara sekalipun, tak kira dengan walau caranya haram.
3. Banyak Bercakap Seolah-olah Dia Tahu Semua Perkara.
Biasanya orang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting.
Oleh itu, dia akan banyak bercakap, sangat banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak perkara dan mahu memberitahu minda orang bahawa dia boleh bercerita pasal apa saja.
Tapi, dia tak pernah ambil tahu sama ada apa yang dia ceritakan itu bohong, khabar angin atau fakta.
Kita perlu berhati-hati dengan orang sebegini, kerana mereka bijak membuat fitnah dan pandai berlakon. Dia pandai membuat fakta dan biasanya, lebih banyak bercakap daripada bertindak melakukan apa-apa.
Muhasabah diri kita. Andai sikap sebegini ada pada kita, ubah segera hari ini juga!.
Pilih untuk menjadi orang yang cemerlang.
Cemerlang dari segi sikap, perangai, tutur kata dan fikiran.
Cemerlang dunia dan akhirat..INSYAALLAH...
5 comments:
orang2 seperti ini ramai disekeliling kita sebenarnya. Kita ingatkan mereka inilah kawan, rupa2nya api dalam sekam..
p/s...have a great weeknd.
betul tu ain.. have a great weekend too...
kita mesti selalu cuba untuk membaiki diri dan mendengar komen orang tentang kita... bukan mudah untuk menyenangkan orang lain sebab kadang2 maksud kita lain tapi dia anggap lain....
suka bangat n3 spt ini...
wahhhhh...byk gambar afifah atas tu...
bleh wat terapi kan tgk muka anak2 nih...
tul kak yam..so,i'm ready 4 any teguran..
tkg cite> aa.. cool je rasa..takde dosa..
Post a Comment