Monday, July 27, 2009

jalan-jalan KL:part 2

Sempat jalan-jalan sekeliling Putrajaya... Macam best je bandar terancang macam ni... ada satu bangunan yg menarik hati.. ISTANA KEHAKIMAN... Mahkamah kot tu.. kiri-kanan bangunan ada tertulis dua perkataan BUAT KERJA... menarik tu...
Pergi jemput Pak Su Afifah kat Sekolah Alam Shah. Dia form 5 dah nak SPM tahun ni... ehmm..pelajar harapan sekolah tu.. keluarga lagi-lagi lah... nampak muka comel afifah nangis.. itu kes dah letih sangat + nak buas dalam kereta... tak dapat apa yg dihajati, nangis... bab jalan tu tak payah cakap.. asal lepas je, jenuh pak teh kejo.. Bila jalan dgn ramai 'pengasuh' ni best juga.. Nurin n Kimi dah besar, lain cerita la kak zu...

Ni sempat singgah solat Maghrib kat masjid Putrajaya.. tok ayah dah tak kelihatan sebab tak sabar2 nak masuk masjid... ambil2 gambar ni tak layan dah... tu sapa yg dok picit mulut afifah tu.. nak kena ha... tu la pak ndak afifah... new family member...Best betul dapat kumpulan satu family n jalan2... on the way balik Lumut singgah Teluk Intan.. ada menara condong ni... tak sempat poss.. ramai orang di hari ahad...

ps: sorry ye mak ndak ana, gambar u kawin tak dapat tangkap... camera mogok tak diberi makan...



Ummi sibuk lagi...

Ummi tengah sibuk lagi... ntah sibuk dengan ape ye? Sebenarnya ummi tengah sibuk buka cawangan lain... he..he.. bukan cawangan apa, tambah koleksi blog.

Firstly...

Bukannya apa ummi tak nak campur cerita @ idea yang terlintas di otak ummi dengan kisah anak ummi tersayang Afifah.. Nanti jemputlah semua kekawan ke blog ummi yang kedua ni ye..:

http://tintaseorangguru.blogspot.com

kalau nak kongsi pengalaman mendidik atau nak luahkan perasaan tak puas hati silalah.. InsyaAllah kita sama-sama jadi pendidik pada diri sendiri, anak-anak serta orang disekeliling kita... Segala catatan di sana adalah idea yg melimpah ruah dalam otak ummi ni. Lagipun nak belajar menulis dan asah bakat sikit dalam dunia penulisan. Ummi suka membaca, so kalau tak keluarkan balik macam nak pecah je otak ni..

Secondly,

Jemputlah ke blog bisness ummi... FEED YOUR BRAIN... Menjana Idea Memecah Kebuntuan dengan VITAMINS FOR BRAIN... ni addressnye:

http://geniusmindnsoul.wordpress.com

Sekadar berkongsi penemuan ANAK MALAYSIA MUSLIM yang mampu menyeimbangkan diri kita dari segi emosi, intelek, jasmani dan rohani. Membantu kita dalam menghadapi stress dengan anak-anak, kerjaya dll. Juga baik untuk anak-anak kita yang sedang membesar. Maklumlah gaya hidup sekarang yang amat mementingkan kecemerlangan. Pastikan anak kita tidak ketinggalan disamping tidak stress dengan gaya hidup semasa ini..

Bezanya Genius xtra ni dengan ubat-ubat lain ialah adanya penggunaan Alhayat Teknologi. Ok, jemputlah baca lagi di blog yg tertulis kat atas tu ye..

THANK YOU...

Semoga setiap usaha kita diredhai Allah SWT...

Tuesday, July 21, 2009

jalan-jalan KL:part 1

Wajah ceria Afifah bila time jalan-jalan. sanggup bersengkang mata dalam kereta tak nak tido.. Hari sabtu lepas, mak ndak ana disambut mertuanya di KL. So, kami bertolak pada hari jumaat. Bukan main seronok lagi Afifah, ummi lagilah berganda2 seronoknye..
Botol bucuk tu dah digonggong afifah, tandanya dia dah ngantuk.. walaupun mata dah layu je dia tetap luaskan mata, lawan tak nak tido.. mcm biasa, daddy keluar jap dia yg take over the car...
Bukan main... siap melompat-lompat lagi... Punggah sana, punggah sini....
Last2 jumpalah 'spek' daddy ni... siap saruk kat leher tu... Mamam lak kat tgn sebelah lagi. Jerit bila ummi tak bagi...
Bila ummi tolong pakaikan, tersengih2 ketawa.... syokle tu.. besar 'spek' dari tuannye la sayang!! Nanti ummi sambung cerita lagi...

Friday, July 10, 2009

LEPAS MAIN KEMAS TAU...

Ummi tgh busy sesangat seminggu dua ni... banyak tugas yg perlu diselesaikan. bila seharian behempas pulas, masuk kul 10 mlm je mata dah nak tutup... dah tidur jgn haraplah nak bangun. Afifah pula dah semakin aktif dan amat2 menghiburkan ummi. Walaupun penat ummi layan je keletah dia.. kadang2 ummi terlelap depan tv ditepuknya muka ummi suruh tgk TOM-TOM BAK dengan dia.. terkejut ummi, hilang terus mengantuk tu.. nasib baik daddy rajin dok melayan afifah. selalu je ummi ternganga mulut tidur, dua beranak tu dok bergusti lagi... sedar2 kul 5 pagi, dah tergolek Afifah kat hujung kaki ummi... kul berapa tidur pun tak tau.. soalan favourite ummi tuk daddy waktu pagi, "pukul berapa fifah tidur semalam?".. dah penat daddy menjawab, yg pastinya setiap malam ummi yg berdengkur dulu...

Ummi tgh nak train afifah kemas rumah, tapi setiap kali afifah tengok ummi kemas, dia sibuk nak sepahkan... gambar kat atas tu time mood afifah rajin...
"Afifah, lepas main masuk dlm bakul ni ye..." tu le ayat ummi... angguk2 je lah afifah, tapi tak faham pun..

Saturday, July 4, 2009

HEALTH CARE FOR AFIFAH...

lepas mandi pun bawa keluar dr bathroon... berus n ubat gigi dia.. bukan main bersemangat lg afifah dgn hobi barunya ni...
ni bukan gaya berus gigi tapi menggigit berus gigi...takpelah asalkan suka je dia mengosok gigi yg malas2 nak tumbuh... sambil bersiap pun gosok gigi lagi...
ni last2.... tak tahan dah dgn kesedapan strawberry tu.. sblm aksi yg lebih menakutkan ummi pun amik simpan...
ni la rupa toothbrush and paste afifah... RAYA JUNIOR... berus gigi pink lagi...
ni pula mmg kita semua kenal... warisan zaman berzaman... tuk meningkatkan vitamin, mineral n antibody dlm bdn afifah ummi bg afifah mkn scouts emulsion... walau pun sambil geleng-geleng kepala tanda tak nak, afifah ttp sruppp... tiap2 hari satu sudu....