Thursday, August 27, 2009

AFIFAH MERAGAM...


RAGAM YG PERTAMA: afifah suka sgt outdoor activity, mcm budak2 lain la... tapi sekarang ni musim yg tak sesuai utk buat outdoor activity so, kalau ada peluang pintu terbuka je berkejaran la afifah berlari..'check surat'...

Bila dah keluar tu susah la nak dipujuk masuk rumah... macam-macam tektik yg ummi guna tak menjadi... kebetulan ada rancangan tv favourite afifah..."TOM TOM BAK".. dengar je suara uncle nil tu berlari la dia masuk... saje je ummi kuatkan..
kushuk tengok tv sambil menyepahkan carpet ABC nye....
Ha... siap menari lak.. alamak camna nak jadi ustazah ni sayang.... selain tom tom bak afifah suka tgk mari bertaranum... tu pun siap menari juga time pelajar2 tu bertaranum... belum faham lagi apa bezanya kedua2 rancangan tu...

RAGAM YG KEDUA: Hari ni ummi bawa afifah ke klinik utk timbang berat n cucuk 1 thn stgh... dah 1 tahun 6 bulan afifah ni... ifah belum bangun lagi, maklumla lepas sahur tadi melayan daddy.. pas tu tidor sampai tak ingat le... jenuh dikejut..kul 930 afifah baru bgn.. siap2 sambil pujuk naik kereta.. sampai kat klinik, mula2 masuk afifah nampak mcm tak selesa je... lepas timbang terus je melulu ke pintu nak balik dah... jenuh ummi pujuk masuk balik dalam klinik nak jumpa nurse.. pastu gi tempat cucuk... masuk2 je dia dengar sorg budak meraung kena cucuk mulalah afifah peluk ummi erat2... pas tu turn afifah... syahdu je dia tgk nurse yg nak cucuk dia tu.. pas mkn ubat polio, nurse pun bg 1 suntikan kat drumstik afifah, meraung satu klinik mujur tak ramai org.. pas tu nurse bg ubat demam, terus je afifah capai ubat tu n stop nangis... siap boleh jalan sambil pegang botol ubat dia tu..

sampai rumah terus je bg ubat demam, lepas 6 jam bg lagi... badan afifah mcm dah nak panas... afifah mula meragam nak ummi dukung je.. sakit bekas cucuk tu agaknya.. merengek2 sambil pegang drumstik dia, bekas kena cucuk.. harap2 afifah tak demam ye sayang sebab esok kita nak balik kampung... semoga afifah dijauhi segala penyakit dan membesar dengan sihat...

Sunday, August 23, 2009

SELAMAT BERPUASA...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


SELAMAT BERPUASA ummi ucapkan kepada semua teman-teman serta pengunjung blog UMMI AFIFAH.. sedikit tazkirah untuk renungan kita semua..

HIKMAH PUASA RAMADHAN

Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas

"Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (S.al-Baqarah:183)

PUASA menurut syariat ialah menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa (seperti makan, minum, hubungan kelamin, dan sebagainya) semenjak terbit fajar sampai terbenamnya matahari,dengan disertai niat ibadah kepada Allah,karena mengharapkan redho-Nya dan menyiapkan diri guna meningkatkan Taqwa kepada-Nya.

RAMAHDAH bulan yang banyak mengandung Hikmah didalamnya.Alangkah gembiranya hati mereka yang beriman dengan kedatangan bulan Ramadhan. Bukan sahaja telah diarahkan menunaikan Ibadah selama sebulan penuh dengan balasan pahala yang berlipat ganda,malah dibulan Ramadhan Allah telah menurunkan kitab suci al-Quranulkarim,yang menjadi petunjuk bagi seluruh manusia dan untuk membedakan yang benar dengan yang salah.

Puasa Ramadhan akan membersihkan rohani kita dengan menanamkan perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terthindar dari sifat tamak dan rakus, percaya pada diri sendiri, dsb.

Meskipun makanan dan minuman itu halal, kita mengawal diri kita untuk tidak makan dan minum dari semenjak fajar hingga terbenamnya matahari,karena mematuhi perintah Allah.Walaupun isteri kita sendiri, kita tidak mencampurinya diketika masa berpuasa demi mematuhi perintah Allah s.w.t.

Ayat puasa itu dimulai dengan firman Allah:"Wahai orang-orang yang beriman" dan disudahi dengan:" Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa."Jadi jelaslah bagi kita puasa Ramadhan berdasarkan keimanan dan ketaqwaan.Untuk menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah kita diberi kesempatan selama sebulan Ramadhan,melatih diri kita,menahan hawa nafsu kita dari makan dan minum,mencampuri isteri,menahan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia,seperti berkata bohong, membuat fitnah dan tipu daya, merasa dengki dan khianat, memecah belah persatuan ummat, dan berbagai perbuatan jahat lainnya.Rasullah s.a.w.bersabda:

"Bukanlah puasa itu hanya sekedar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor."
(H.R.Ibnu Khuzaimah)

Beruntunglah mereka yang dapat berpuasa selama bulan Ramadhan, karena puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita senantiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh kerana itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.

Wednesday, August 12, 2009

Al kisah H1N1..7-3-7....

hari ni ummi start CUTI KHAS... kerana wabak INFLUENZA A H1N1 dah menular ke sekolah ummi... beratus2 pelajar ada simptom, berpuluh lagi suspek, dan 2,3 orang dah POSITIF H1N1.. Jadi pihak pengurusan telah mengambil langkah drastik dengan pemantauan daripada kementerian Kesihatan memutuskan untuk menutup sekolah. Semua pelajar asrama telah pulang ke kampung masing2... Ummi nak ambil peluang ni untuk melakukan banyak kerja2 yg tertangguh... Ummi akan mulakan dgn langkah2 menangani wabak H1N1 dan jangan dilupakan demam denggi... so, ummi nak jadi inspektor kesihatan dulu pagi ni... Ummi pun nak share beberapa langkah2 wajar yg perlu diambil sebagai 'prevention' antaranya:

AMALAN KEBERSIHAN DIRI:
  • TUTUP MULUT DAN HIDUNG SEMASA BERSIN ATAU BATUK..BUANG TISU YG DIGUNAKAN.
  • BASUH TANGAN SELEPAS BATUK ATAU BERSIN.
  • ELAK BERKONGSI TANDAS (nasib baik ada 3 tandas..hee..hee) atau peralatan peribadi.
  • PASTIKAN PENGUDARAAN RUMAH BAIK.
Selain itu sebagai ibu bapa sentiasalah memantau tahap kesihatan anak kita. Suhu badan anak perlu sentiasa direkodkan.
Elakkan keluar rumah, kalau terpaksa keluar, gunakan penutup hidung dan mulut.
Sebaik-baiknya kurangkan bertemu dengan rakan atau saudara mara. So, bertemu dalam alam maya sangat digalakkan!!He..he..

Ok sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT melindungi kita daripada sebarang wabak penyakit agar kita boleh terus beribadat kepada-Nya... InsyaAllah...

"MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT"

Tentang angka 7-3-7 tu ramai rakan sesekolah ummi arif... Langkah menangani wabak H1N1 peringkat sekolah.. cuti 7 hari, sekolah 3 hari, cuti sekolah lak 7 hari...

Sunday, August 2, 2009

AKTIVITI AFIFAH di hujung minggu....

Bangun awal tau... pukul 7 dok sibuk minta mamam kat ummi... maklumlah tak boleh tengok org makan... ummi breakfast dia pun nak... tak mandi pun takpelah... mamam dulu ye... botol bucuk tak lepas tau... breakfast jam n bread je...
Lepas mandi ummi sibuk uruskan tong sampah kat dapur... 5 minit kemudian.... camni lah aktiviti afifah... hangin tul ummi... mana lak dapat botol bedak tu??? salah siapa, salah ummi gak.. buat apa nak marah afifah, marah la diri sendiri... so, terselanatlah afifah dari leteran ummi... bagi peluang la...
Ni ha... macam nak berenang je dalam lautan bedak tu... habis satu persalinan....
Ni la muka budak comot... tangan cepat betul... pantang jumpa, ada je aktiviti nak buat...