Wednesday, August 12, 2009

Al kisah H1N1..7-3-7....

hari ni ummi start CUTI KHAS... kerana wabak INFLUENZA A H1N1 dah menular ke sekolah ummi... beratus2 pelajar ada simptom, berpuluh lagi suspek, dan 2,3 orang dah POSITIF H1N1.. Jadi pihak pengurusan telah mengambil langkah drastik dengan pemantauan daripada kementerian Kesihatan memutuskan untuk menutup sekolah. Semua pelajar asrama telah pulang ke kampung masing2... Ummi nak ambil peluang ni untuk melakukan banyak kerja2 yg tertangguh... Ummi akan mulakan dgn langkah2 menangani wabak H1N1 dan jangan dilupakan demam denggi... so, ummi nak jadi inspektor kesihatan dulu pagi ni... Ummi pun nak share beberapa langkah2 wajar yg perlu diambil sebagai 'prevention' antaranya:

AMALAN KEBERSIHAN DIRI:
  • TUTUP MULUT DAN HIDUNG SEMASA BERSIN ATAU BATUK..BUANG TISU YG DIGUNAKAN.
  • BASUH TANGAN SELEPAS BATUK ATAU BERSIN.
  • ELAK BERKONGSI TANDAS (nasib baik ada 3 tandas..hee..hee) atau peralatan peribadi.
  • PASTIKAN PENGUDARAAN RUMAH BAIK.
Selain itu sebagai ibu bapa sentiasalah memantau tahap kesihatan anak kita. Suhu badan anak perlu sentiasa direkodkan.
Elakkan keluar rumah, kalau terpaksa keluar, gunakan penutup hidung dan mulut.
Sebaik-baiknya kurangkan bertemu dengan rakan atau saudara mara. So, bertemu dalam alam maya sangat digalakkan!!He..he..

Ok sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT melindungi kita daripada sebarang wabak penyakit agar kita boleh terus beribadat kepada-Nya... InsyaAllah...

"MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT"

Tentang angka 7-3-7 tu ramai rakan sesekolah ummi arif... Langkah menangani wabak H1N1 peringkat sekolah.. cuti 7 hari, sekolah 3 hari, cuti sekolah lak 7 hari...

18 comments:

siti_m said...

cuti nie apa rancangan?? duk umah je ke?

yana said...

best gile cuti..suka la tu..

Na Shari said...

Elok la tu... Semuanya bermula dari rumah :)

NzA said...

slmt brcuti....jgn g mana2 ye cz bebudk sgt senang brjangkit..take care...

mamaarifakeemaisy said...

betul3x...mencegah adalah lebih baik...baik praktikkan langkah2 pencegahan tu..bukan susah pun kan3x.. :)
*dlm senyum kambing (paper) ari ni berdialog, sekolah ditutup sbb H1N1 pastu ramai cikgu yang seronok..! seronok ke kalau dpt wabak ni..huhu..tak patut tul tuduh camtu kan3x..

Tukang cerita said...

TC dok umah kena kuarantin...
Tukang ubat lak kena kerja sampai 11 malam...
seronok ker?
:(

♥MAMASYAZA♥ said...

memang menakutkan sekrg ni....tapi apa nak buat ... kita dah lakukan segala langkah2 seperti yg dinasihatkan oleh kem. kesihatan...makin ramai yg meninggal..risau sgt

Ain said...

JANGAN LUPA BANYAKKAN MAKAN EPAL HIJAU DAN BUAH ORENN UTK TINGKATKAN ANTIBODI BADAN KITA...

SELAMAT BERCUTI....

alamanda said...

best apenye cuti H1N1 nih. nak kluar pon rase cam tengah mengkhianati negara. huk huk huk. dan kesian biler ingatkan ramai anak murid termasok anak sendiri yg saket. percutian yg menghibakan..... hanya cikgu je tau ni. espesyeli cikgu sekolah rendah. tiap hari dtg sekolah tengok muka budak merah padam, tengok meja kosong banyak... teros hati berdoa....panjangkan lah umur anak anak ini.... sgt hiba biler tau saspek adalah murid tahap 1. semoga semuanye cepat pulih kan ummi. jaga diri dan anak-anak serta keluarga..... salam perkenalan.

zieha said...

HINI?..hee..menakutkan.skrg nie elok dok rumah je..utk keselamatan

ummi afifah said...

rumah je kak ct..

best n tak best yana oii...

betul tu na...

thanxs nza..afifah mmg dikuarantinkan...

seronok apenye mamalieyna, risau ada la.. entah blajar ke tak kat rmh tu..

ummi afifah said...

mamasyaza...berdoa dgn Allah shj...

tq mama sarah 4 the reminder..

salam perkenalan ummu hanis.. bersam2 lah kita berdoa...

ummi afifah said...

betul tu zieha

Unknown said...

betul ckp ummi mencegah dr baik dar merawat... seronok dapat cuti cam nie kan..

Mommy Lyna said...

salam ummi,

semoga baik2 la hendaknya ye. mmg kita yg risau kalo mlibatkn ank2 ni kn.

Hazlin Nazri said...

Salam,
Selamat berpuasa untuk Azreen sekeluarga.
semoga Ramadhan ni menjanjikan keberkatan buat kita yang berpuasa.

Ummu Mishkah said...

masih cuti lagi ker ni? kami pun duk risau ni.. maklumlah kerja kat library ni... tempat tumpuan students, cuma masih bernasib baik sbb tak jaga info desk.. bhgn teknikal jer tapi risau tetap risau!

mamapp said...

take care.. semoga kite dijauhkan dari wabak ini