Saturday, February 28, 2009

HAPPY 1ST BIRTHDAY AFIFAH...

Dalam kesibukan ummi dengan tugas seharian, tak sempat nak celebrate birthday afifah dengan meriah dan ramai2... in house celebration shj... Ummi belikan kek coklat moist favourite afifah... Ni pula wajah birthday girl yg tak sabar2 nak merasa kek dia.. tak sempat daddy baca doa dia dah calit coklat toping tu dgn jari telunjuk...
Dah bersiap sedia nak kerjakan kek tu...
Akhirnya, lepas daddy baca doa, afifah dibantu dgn daddy, memotong kek 1st birthday dia..

Afifah, doa ummi sentiasa mengiringi tumbesaran afifah...
Suara ceria mu sayang, pengubat segala penat jenih membesarkanmu....
Suara tangisan mu sayang, membuat hati ummi gundah gulana....
Kehadiranmu, anugerah Illahi yg tiada ternilai...
Kasih sayang ummi dan daddy hanya untukmu selamanya...
Semoga afifah akan menyayangi ummi dan daddy sebagaimana kami menyayangi mu...



Thursday, February 26, 2009

ANUGERAH ILAHI YG TIADA TERNILAI..(part2)

Sambung lagi cerita afifah sebelum 1 tahun... ni dua item yg tak dapat dipisahkan drpd afifah... botol susu kecil dan kain busuk dia... kalau tak de dua ni jawapnya tak tidur la.. jumpa botol ni sure dia nyut..nyut..nyut.. pas tu lali dan tertidur la dia...
Ni gambar afifah tengah merangkak... satu rumah di trasure... pantang jumpa apa2 barang semua ditarik, dipunggahnye... paling pantang jumpa, paper.. koyak2 and sure masuk mulut...

Kalau dia jumpa benda yg dah suka, kita panggil buat tak layan je... khusyuk tul.. jgn le diambil brg yg afifah pegang, mau menjerit sekuat hati ni...

Ni afifah tgh posing sambil menerap... tak de istilah penat dia kalau dpt menerap... jaga kul 2, 3 pg pun terus menerap... jenuh ummi terbalikkan semula...

ha.. mulut ternganga bila tgk something yg menarik.. ni time 2 bln lebih... rambut sejemput je... lambat naik.. bhgn tgh je yg naik setompok..

bila jln2 tak de istilah meragam, sbb afifah suka sgt naik car... ni kerja daddy la tu... bkn apa elakkn chy matahari...
Apapun, afifah anak yg tak byk ragam... Alhamdulillah, sentiasa sihat dan ceria dgn aksi2 yg sure menghiburkan ummi dan daddy... Nurafifah amanah Allah kepada Ummi n Daddy, semoga ummi dpt mendidik afifah menjadi hamba Allah yg beriman dan insan yg seimbang dari segala aspek... InsyaAllah...





Sunday, February 22, 2009

ANUGERAH ILAHI YG TIADA TERNILAI..(part1)

Pejam celik, pejam celik... lagi 3 hari lagi... 3 hari lagi genaplah umur permata hatiku 1 tahun... rasanya cepat pula masa berlalu.. saja la nak mencatat semua kenangan bersama afifah sebelum umur 1 tahun... rasa syg benar kalau2 terlupa..
Nurafifah... satu nama yg siap menunggu kelahiran tuan empunya.. nama tu kami dah panggil dia waktu 8 bln dlm kandungan lagi.. maklumlah, hampir 3 tahun menanti kelahiran zuriat tersayang ni... walaupun alahan ummi time mengandungkan afifah amat memeritkan, berbaloi rasanya dengan kelahiran pelengkap hidup kami suami isteri ni... disebabkan semua makanan yg masuk akan dikeluarkan balik (tak boleh makan langsung hingga 7 bln), afifah pun lahir dengan berat 'on the line', 2.04 kg..so, sekejap ja rasa sakit bersalin... dlm pkl 2 am, sakit 10 minit sekali.. ummi ingat sakit perut biasa je.. tak leh lelap mata (mlm 22 Feb 08) ... dlm kul 7 telefon tkg cerita (rujuk tkg ubat da..).. pas tu mandi , dan sakit dah 5 minit sekali... terus ke hospital seri manjung.. dlm kul 8 am periksa jalan dah buka 2 cm.. masuk wad.. kul 1030 am bgn dari katil, dah turun air dan darah... check jln, 6 cm.. terus ditolak ke labour room.. 11.30 am jam kat bilik tu.. bunyi bising kelam kabut di bilik2 sebelah.. ummi sorang2 tgh tunggu... masa bergerak perlahan.. dlm 1200 pm ada nurse bidan tu dtg.. rupa2 nya ummi kenal dia.. Alhamdulillah.. dia yg uruskan semua... trima kasih kak enon.. tepat jam 1255pm, dalam suasana yg penuh ketenangan, nurafifah binti mohd ridzuan selamat dilahirkan kedunia fana ini... time dia lahir keadaan dlm wad tu sunyi sepi... lepas je pukul 1 mula sibuk balik.. dengar je tangisan dan dakapan pertamanya, hilang semua sakit tadi... dah tak tau mcm mana rasa sakit bersalin.. afifah mmg seorg yg bersemangat tinggi, daripada first time dia menyusu (dlm labour room), ada suatu ikatan yg tak tergambar dgn perkataan.. sebab tu la ummi syg sgt pada afifah... mungkin itu perasaan yg dirasai olek mak tok sewaktu melahirkan ummi dulu.. juga perasaan semua ibu2 di dunia ini.. jgn la dipisahkan anak itu walau sedetik, pasti tak keruan jadinya.. Afifah terus membesar, selepas sebulan, berat dia dah 4.00 kg... alhamdulillah, tiada penyakit atau gangguan yg mengganggu dia.. jarang menangis dan dah pandai senyum dalam usia 2 minggu... ini catatan awal... nanti ummi cerita lagi proses tumbesaran afifah sebagai anak yg riang dan sentiasa bersemangat waja..


Tuesday, February 17, 2009

ROTI PITA BERINTI DAGING...

Dalam kesibukan dengan tugas2 seharian, sempat masak makanan yg ringkas je untuk santapan family tercinta.. berdua je.. ringkas pun takpe, janji konyang... apa aje yg ada dlm freeze tu je yg campak2 dlm kuali... so jadi la resepi ni... tuk yg sibuk2 boleh la try.. mudah dan ringkas....

Roti di panaskan dalam oven.. 5 minit.. siap...
bahan untuk inti... daging cincang, bawang putih dan besar.. kentang, sayur campur, serbuk cili dan serbuk kari...
Cara2... tumis bawang... masukkn kentang, dan daging cincang... masukkn sikit je air supaya daging empuk.. masukkn serbuk kari dan cili.. masukkn sayur campur.. masak sehingga hampir kering.. Lastly.. ready to serve.. masukkn daun salad dan inti ke dalam roti pita...

Nyum... nyum.. easy to cook and healthy meals..



Sunday, February 15, 2009

INFO PEMAKANAN BAYI...

Pada usia satu tahun, anak kecil sudah boleh memakan makanan yang sama dimakan oleh ahli keluarga yang lain. Semasa memasak, sebahagian kecil makanan yang sama boleh diasingkan untuk anak sebelum anda memasukkan cili dan rempah ratus yang lain. Semasa waktu makan, anak kecil juga sudah boleh duduk di kerusi dan makan di meja bersama-sama anggota keluarga yang lain.
Tempoh perpindahan ke meja ialah tempoh yang mengelirukan bagi anak kecil. Pada waktu ini, usia mereka dalam lingkungan satu tahun. Pada usia ini, biasanya selera makan anak-anak akan menurun. Kekurangan selera makan ini kerap kali merisaukan ibu bapa.


PANDUAN PEMAKANAN ANAK KECIL
Usia antara 1 hingga 4 tahun amat kritikal kerana pada waktu inilah kanak-kanak membentuk sikap terhadap makanan dan menjadi asas pada tabiat makan sepanjang hayat mereka. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan supaya :-
1.
Memberikan makanan yang seimbang daripada kumpulan makanan asas, iaitu susu, bijiran, daging dan sayur-sayuran. Tidak semua hidangan memerlukan makanan daripada semua kumpulan berkenaan. Bagaimanapun, perlu ada keseimbangan antara makanan itu dalam tempoh sehari.

2.
Memulakan jadual pemakanan anak anda dengan menyediakan tiga hidangan berat sehari dan hidangan ringan di antara hidangan berat itu. Bagi hidangan ringan, ibu mungkin sekadar ingin memberikan susu ibu atau susu segar sahaja.
3.
Selepas usia setahun, kuantiti pemakanan bayi lazimnya berkurangan, termasuk pengambilan susu hariannya. Perkara ini adalah normal. Ibu bapa tidak perlu terlalu risau sekiranya ia berlaku. Keadaan ini tidak membahayakan bayi selagi dia membersar dengan baik dan mendapat makanan yang mencukupi.
4.
Sewaktu anak-anak mula memakan makanan lain, pengambilan susu (sama ada susu ibu atau susu segar) semakin berkurangan. Bagi menambah selera makan anak-anak terhadap makanan lain, ibu bapa dinasihatkan supaya memberi susu ibu atau susu segar selepas waktu makan, BUKAN SEBELUM waktu makan.



BERAPA BANYAK YANG PERLU DIMAKAN ?
Keperluan pemakanan yang berkhasiat dan khusus untuk anak kecil boleh di andaikan seperti yang berikut :-
-2 atau 3 cawan susu : selain susu, ibu bapa boleh menggantikan makanan lain yang sama khasiat dengan susu. Contohnya yogurt, keju, puding dan sebagainya.
-4 hidangan sayur atau buah-buahan : sebagai panduan, satu sudu kecil untuk kanak-kanak setahun bersamaan dengan satu hidangan. Setiap satu hidangan perlu mempunyai kandungan vitamin C dan vitamin A yang tinggi.
-4 hidangan roti dan bijirin : kanak-kanak mungkin banyak memakan makanan daripada kumpulan ini. Ia tidak memudaratkan selagi kanak-kanak turut memakan makanan dari kumpulan lain, walaupun dalam kuantiti yang paling minimum. Setiap hari, berikan bijirin yang diperkuat dengan zat besi.
-2 hidangan daging, kacang, telur atau mentega kacang. Hidangan yang mengandungi khasiat protein yang baik perlu ada setiap kali waktu makan.
PENTING
Setiap hidangan perlu mempunyai protein, roti atau bijiran, sayur atau buah-buahan dan susu.



Rujukan: http://www.geocities.com/ibudanbayi/pemakanan_bayi.htm

Monday, February 9, 2009

AFIFAH BERAKSI...

Afifah and pampers tak leh dipisahkan.. kalau nampak plastik pampers je mula ditariknye.. kalau kita amik simpan mau dijeritnye sampaila serak suara dia...

Satu lagi kasut dia ni... pantang jumpa.. pegang tak lepas.. nampak macam ada sebelah kaki tu.. sape punya kaki tu?... tuan kasut tu la... tak nyempat2.. ummi nak snap jap...

Lastly... penat2 main... jumpa botol susu... nyut...nyut... mata dah nak pejam... terlelap... baru ummi bleh buat kerje rmh yg berlambak tu...
Breakfast hari ni dgn mee goreng... time rajin la ni... afifah, no..no.. tak leh makan ni... pedas.. afifah makan bubur nasi ye...

Sunday, February 8, 2009

TUKAR SELERA..

Semalam..Sabtu.. pagi2 dah pikir apa nak masak hari ni... saja nak ubah selera.. awal2 pagi dah pergi Marbawi.. cari bahan.. sampai je kat kedai tu belilah beberapa items.. lepas tu on the way balik rmh singgah lak kat satu kedai ni.. terjumpa pulak daun selom... nampak fresh je.. teringat lak daging dlm freeze.. so dtg la idea 'KERABU DAGING DAUN SELOM'... ni la hasilnye..

Very simple.... mcm buat kerabu biasa..
Bahan-bahan:
  • daging yg telah direbus dipotong nipis
  • daun selom dipotong kecil
  • bawang besar dipotong nipis
  • cili besar+sikit belacan+garam(ditumbuk)
  • kerisik dan air limu kasturi
  • semuanya secukup rasa... gaul je la..
    Petang lak... kuih pau kacang merah... beli kat marbawi daa... tak mampu nak uli tepung sendiri..tambahan 3 org je nak mkn.. so beli frozen je...afifah n daddy suka betul...

Thursday, February 5, 2009

Renungan buat insan bergelar isteri...

Layan jap lagu dari kumpulan Kopratasa ni.. tajuknye.. PERMATA BUAT ISTERI.. Seni kata yg puitis dan penuh peringatan buat semua insan yg bergelar isteri.. luahan hati seorang insan bergelar suami...

Telah ku siapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini
tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteri ku..

Juga buat renungan kita bersama terutamanya diri ku sendiri... Semoga sentiasa diberi ruang dan peluang oleh Allah SWT dlm usaha menjadi isteri yg solehah...
Keperibadian Isteri Yang Solehah
- Taat dan Berbakti Kepada Suaminya
- Berbakti Kepada Ibu Mertuanya dan Memuliakan Keluarganya
- Mesra dengan Suami dan Sentiasa Berusaha Mencari Keredhaannya
- Tidak Memecahkan Rahsianya
- Berdiri disisinya dan Berkongsi Pandangan Dengannya.
- Membantu Suami Mentaati ALlah
- Menguasai Jiwa Suaminya
- Berhias Untuk Suami
- Menemui Suami didalam kegembiraan dan Bersyukur
- Berkongsi Kesedihan dan Kegembiraan Suami
- Menundukkan Pandangan Selain Untuk Suami
- Tidak Menceritakan Keadaan Wanita Lain Kepada Suami.
- Mewujudkan Ketenangan, Kerehatan dan Kedamaian Dalam Rumahtangga
- Bertoleransi dan Memaafkan
- Keperibadian Yang Kuat dan Bijaksana

semoga hati ini ikhlas dalam berbakti kepadanya demi Yang Esa... InsyaAllah..

Bismillah al-Rahman al-Rahim

1. Copy badge "2008 cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkn di blog anda


Terima kasih untuk ummi mishkah yang bagi award ni... jenuh juga lak nak menjawab ni..


2. Link / n citer kan kembali siapa yang memberi award ini kpd anda.


Ummu Mishkah.. mother of three.. suka English Style..


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta /hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag)
Me, Noor Azreen Aridi..Anak kepada Hj Aridi bin Abu dan Hjh Chek Pian bt Mat..

As a heart for my beloved hubby, Mohd Ridzuan Ramli..

Ummi yg penyayang kpd Nurafifah Mohd Ridzuan..

Seorang guru yg berdedikasi dlm melaksanan tugas mendidik anak bangsa..walau sesekali bersungut dgn tugas yg berlambak..

Seorang kakak yg tegas tapi lembut hati kepada 5 orang adik..ewah..

Suka membaca.. buku atau artikel motivasi specially..

Suka menjahit.. walaupun ambil masa berbulan juga nak siap satu baju..ikut mood da..

Suka memasak... resepi ringkas2 ja..

Suka sgt melayan karenah afifah and daddy..

Hamba Allah yg amat bersyukur dengan segala nikmat yg dikurnia Allah SWT..Alhamdulillah


4) pilih 5 penerima award seterusnya n nyatakan di blog anda.


1)maz 2)kak lin


3)UmmiRosma 4)kak yam 5)tukang cerita


5)jgn lupe melawat blog kawan anda yg telah di tag n menyatakan dia telah telah di tag.