Nurafifah... satu nama yg siap menunggu kelahiran tuan empunya.. nama tu kami dah panggil dia waktu 8 bln dlm kandungan lagi.. maklumlah, hampir 3 tahun menanti kelahiran zuriat tersayang ni... walaupun alahan ummi time mengandungkan afifah amat memeritkan, berbaloi rasanya dengan kelahiran pelengkap hidup kami suami isteri ni... disebabkan semua makanan yg masuk akan dikeluarkan balik (tak boleh makan langsung hingga 7 bln), afifah pun lahir dengan berat 'on the line', 2.04 kg..so, sekejap ja rasa sakit bersalin... dlm pkl 2 am, sakit 10 minit sekali.. ummi ingat sakit perut biasa je.. tak leh lelap mata (mlm 22 Feb 08) ... dlm kul 7 telefon tkg cerita (rujuk tkg ubat da..).. pas tu mandi , dan sakit dah 5 minit sekali... terus ke hospital seri manjung.. dlm kul 8 am periksa jalan dah buka 2 cm.. masuk wad.. kul 1030 am bgn dari katil, dah turun air dan darah... check jln, 6 cm.. terus ditolak ke labour room.. 11.30 am jam kat bilik tu.. bunyi bising kelam kabut di bilik2 sebelah.. ummi sorang2 tgh tunggu... masa bergerak perlahan.. dlm 1200 pm ada nurse bidan tu dtg.. rupa2 nya ummi kenal dia.. Alhamdulillah.. dia yg uruskan semua... trima kasih kak enon.. tepat jam 1255pm, dalam suasana yg penuh ketenangan, nurafifah binti mohd ridzuan selamat dilahirkan kedunia fana ini... time dia lahir keadaan dlm wad tu sunyi sepi... lepas je pukul 1 mula sibuk balik.. dengar je tangisan dan dakapan pertamanya, hilang semua sakit tadi... dah tak tau mcm mana rasa sakit bersalin.. afifah mmg seorg yg bersemangat tinggi, daripada first time dia menyusu (dlm labour room), ada suatu ikatan yg tak tergambar dgn perkataan.. sebab tu la ummi syg sgt pada afifah... mungkin itu perasaan yg dirasai olek mak tok sewaktu melahirkan ummi dulu.. juga perasaan semua ibu2 di dunia ini.. jgn la dipisahkan anak itu walau sedetik, pasti tak keruan jadinya.. Afifah terus membesar, selepas sebulan, berat dia dah 4.00 kg... alhamdulillah, tiada penyakit atau gangguan yg mengganggu dia.. jarang menangis dan dah pandai senyum dalam usia 2 minggu... ini catatan awal... nanti ummi cerita lagi proses tumbesaran afifah sebagai anak yg riang dan sentiasa bersemangat waja..
6 comments:
kena jaga btoi2...didik btoi2...
susah nak dapat kan?
~anak tunggal kah?~
:)
semoga Iffah membesar menjadi anak yg solehah. Happy buffday in advance!
bila pulak afifah nak dapat "kawan" baru?
mesti afifah terharu bila baca artikel ni suatu masa nanti...
Jgn lupa jadi anak yang baik yer nak!!
perasaan tersentuh bila baca kisah ibu2 melahirkan anak ni... sya ni baru nak tempuh pengalaman pertama..on the way..memang tak sabar sgt! hrp2 semuanya berjalan lancar..aminnn...
**buat masa ni tunggal la..
**thanx aunty ain(drpd afifah)..
**kawan boleh dicari, kak lin..
**InsyaAllah, ummumishkah..
**InsyaAllah mama lieyna,smg slmt bersalin nanti & dikurniakn zuriat yg comel...
Post a Comment