Thursday, February 5, 2009

Renungan buat insan bergelar isteri...

Layan jap lagu dari kumpulan Kopratasa ni.. tajuknye.. PERMATA BUAT ISTERI.. Seni kata yg puitis dan penuh peringatan buat semua insan yg bergelar isteri.. luahan hati seorang insan bergelar suami...

Telah ku siapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini
tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteri ku..

Juga buat renungan kita bersama terutamanya diri ku sendiri... Semoga sentiasa diberi ruang dan peluang oleh Allah SWT dlm usaha menjadi isteri yg solehah...
Keperibadian Isteri Yang Solehah
- Taat dan Berbakti Kepada Suaminya
- Berbakti Kepada Ibu Mertuanya dan Memuliakan Keluarganya
- Mesra dengan Suami dan Sentiasa Berusaha Mencari Keredhaannya
- Tidak Memecahkan Rahsianya
- Berdiri disisinya dan Berkongsi Pandangan Dengannya.
- Membantu Suami Mentaati ALlah
- Menguasai Jiwa Suaminya
- Berhias Untuk Suami
- Menemui Suami didalam kegembiraan dan Bersyukur
- Berkongsi Kesedihan dan Kegembiraan Suami
- Menundukkan Pandangan Selain Untuk Suami
- Tidak Menceritakan Keadaan Wanita Lain Kepada Suami.
- Mewujudkan Ketenangan, Kerehatan dan Kedamaian Dalam Rumahtangga
- Bertoleransi dan Memaafkan
- Keperibadian Yang Kuat dan Bijaksana

semoga hati ini ikhlas dalam berbakti kepadanya demi Yang Esa... InsyaAllah..

3 comments:

ain said...

tak susah pun kan nak jadi isteri soleha tapi biasalah pompuan ni nafsunya 9, akalnya 1. so nafsu yg control akal.hihi

Ummu Mishkah said...

memang suka sgt2 lagu ni...
Moga kita semua ni isteri solehah buat suami kita...

ummi afifah said...

tul ain.. bkn senang nak control nafsu..

ummumishkah,..sama2 lah kita berusaha.. InsyaAllah