Sunday, April 26, 2009

AFIFAH BERTUDUNG...

sekarang ni susah betul nak letak apa2 kat atas kepala nurafifah... ikat tocang, getah ditarik.. letak sepit rambut, sepit ditarik... ummi letak tudung, cepat2 ditariknya.... pakai la tak sampai satu minit... cepat2 ummi snap... comel tgk baby girls pakai sepit rambut, tudung... pas ni nak try pakaikan tudung time keluar jalan,afifah nak tanggal tak ..

Tapi ada satu benda yg afifah suka sangat letak kat kepala dia..
Ummi punya skaf... mmg suka sgt la bila terjumpa skaf ummi... beriya suruh ummi pasangkan kat rambut dia... apapun ummi doakan afifah membesar sbg muslimah yg sejati... besar nanti jgn tak nak pakai tudung tau...


Tuesday, April 21, 2009

BANYAKNYA AWARD DARI KAK AIN...


sesambil takde idea buat entry, nak tampal semua award yang kak ain dapat dan share utk semua pengunjung blognye termasuklah saya...


















thanks kak ain... sebab sudi share semua award ni... terima kasih daun keladi...





Sunday, April 19, 2009

THE POWER OF +VE MIND..

Hujung minggu mcm ni best kalau dapat explore alam maya ni dan cari beberapa bahan yang boleh memotivasikan diri sendiri.. tgh2 round terjumpa artikel ni.. sgt menarik.. ummi selalu baca penulisan shueqry kat blog i-motivasi dia tu.... ni sekadar nak share penulisannya..

Fikiran positif akan lebih power bila Anda ada matlamat. Matlamat tu samalah dengan target, sasaran, cita-cita, azam atau kemahuan. Semua perkataan berlainan, tapi maknanya sama.
Matlamat adalah sesuatu yang kita mahu capai. Target tu sama jugak meaning dia, sesuatu yang kita mahu capai. Bila fikiran kita negatif, ia akan membuat kita jauh dari apa yang menjadi target kita. Mengapa? Fikiran negatif kerja dia memusnahkan apa yang nak kita bina. Kita nak bina kecemerlangan, kehebatan, kejayaan.
Ada tak orang yang berfikiran negatif berjaya dalam hidup? Tak ada. Dalam sejarah, tak pernah ada.
Bila fikiran kita positif, ia akan membuat kita dekat dengan apa yang menjadi target kita. Fikiran ada kuasa tarikan.
Bila kita berfikir tentang sesuatu, ibarat kita berdoa pada Allah supaya ia dimunculkan dalam hidup kita.

Doa bukan setakat melalui perkataan sambil menadah tangan, apa yang kita fikir selalu itu pun boleh dikira sebagai satu doa. Apa yang kita cakap selalu dalam hati, itu juga dah jadi macam satu doa. Bila kita fikir yang positf, macam kita minta pada Allah supaya apa yang positif tu datang pada kita, maka akan bertambah cemerlanglah kita.
Sebab itulah saya kata fikiran positif kerja dia membina. Bila kita berfikiran positif, susah cemanapun matlamat kita tu nak dicapai, kita akan terdorong untuk jadi rajin berusaha. Makin kita ransang diri kita dengan kata-kata positif, makin naik semangat kita dibuatnya. Itulah power fikiran positif.

Fikiran negatif membuat kita jadi malas berusaha. Kekadang rasa macam usaha kita tak berhasil, sebab dalam fikiran kita anggap yang negatif. Makin kita ransang diri kita dengan kata-kata positif, makin turun semangat dibuatnya. Kesan dari itu, matlamat kita hanya sekadar matlamat tanpa ada usaha nak merealisasikannya di alam sebenar.

Nak jadi pekerja cemerlang di tempat kerja atau di dalam organisasi kita, fikiran mesti dibentuk jadi positif. Anda boleh melatih fikiran supaya menjadi positif dengan melatih diri sentiasa bersangka baik.
Bersangka baiklah pada sesiapa saja, pada apa jua situasi, apa jua perkara dan apa jua benda. Ubah diri, bina peribadi. Siapa tahu, mungkin kejayaan berpotensi besar untuk menjadi hak milik Anda.

Berfikiran positif adalah satu pernyataan yang kerap kali kita dengar.... sbg guru, selalu je nasihatkan murid agar berfikiran dalam menetapkan matlamat dan berusaha mencapai matlamat tersebut... kadang2, matlamat dalam diri sebagai seorang pendidik anak2, anak bangsa, terlupa dengan kesibukan dunia...

Saturday, April 18, 2009

AFIFAH FIRST WORDS...

Melentur buluh biar dari rebungnya... org tua2 selalu cakap mcm tu... kalau tgk bdk2 skrg ni malas membaca sbb diorg lebih suka hobi yg lebih menarik mcm main game... utk jinak2kan afifah dgn hobi membaca ummi suka belikan buku2 yg menarik utk dia... bkn ngajar dia membaca cuma biar dia ada perasaan suka dan minat dgn buku...

sekali je ummi tunjuk contoh mcm mana nak baca dia terus rampas buku ni dari ummi... dan terus dia beraksi membaca mcm gambar atas tu...

Tak cukup sambil duduk, berdiri pulak... pas tu berjalan... pendek kata, tgk TV pegang buku nak makan pun pegang buku tu dan nak tidur pun cari lagi buku tu... utk mengelakkan buku tu 'terkorban' ummi terpaksa ambil simpan... apa lagi, melalak sakan... pas tu pujuk dgn roti, terus lupa dgn buku tu..

Ni sudut bacaan afifah (kononnya la)... kalau ruang tamu org lain penuh dgn perhiasan rumah, rumah ummi ni penuh dgn 'harta'2 afifah... flash card tu ditampal dkt dinding... sambil2 bermain, tunjukkan afifah picture2 haiwan beserta bunyinya... afifah cukup best belajar mcm tu... ummi tampal tinggi sikit, atas kepala afifah.. kalau tak... 'terkorban'...

Minggu lepas, ada bawa afifah ke Makmal Sains sekolah Ummi... ni la aksi dia.. mula2 tgk.. pas tu sentuh sikit2.... dan akhirnya...

Dicabutnya nota kat dinding makmal tu... nasib baik di' laminate' kan... seronok dia main tarik, tampal dengan ummi... (afifah tarik, ummi tampal)...





Wednesday, April 15, 2009

AFIFAH KE SEKOLAH UMMI...

semalam ummi ada course belajar Penggunaan Eduweb kat sekolah, so saja bawa Afifah bersama-sama untuk belajar komputer.. bukan main seronok lagi dia... nasib baik ada video upin, ipin, diam la..
selama 2 jam boleh tahan lak dia... time jamuan, makan juga dia mee goreng yang tak pedas.. ok.. kalau jadi good girl mcm ni, ummi boleh bawa lagi la...

Sunday, April 12, 2009

BABY CUTE CONTEST by mama aqish...

Apa yg menarik tentang Afifah??
  • afifah baby yg cute... sentiasa tersenyum, walaupun terjaga dari tidur jam 3 am..
  • afifah baby yg cerdas... sgt peka dgn sekeliling.. cepat meniru aksi2 di TV..
  • afifah baby yg penyayang... suka sgt kiss baby2 lain kalau diberi peluang..
  • afifah baby yg kuat makan... pantang nampak org pegang makanan atau duduk di meja mkn mulalah dia terkedek2 datang...

Apa sebab Afifah patut menang??

  • sebab Afifah mmg cute...
  • ni first time Afifah masuk contest...
  • ummi mmg tgh nak belikan tight untuk dia cause skirt dia dah pendek... kalau dapat jd model tuk tight ni lagi best..

p/s: entry ni sekadar utk masuk contest ni je...semua baby kat dunia ni pun cute...

sesape berminat boleh klik kat sini: http://damiaqish.blogspot.com/2009/04/baby-cute.html

BALIK KG LAGI....

Lama dah tak mengupdate blog. Sibuk sangat.. banyak kerja yang perlu dibereskan ditambah dengan badan yang tak cukup rehat... nak bgn tgh malam pun tak pernah sempat... afifah sekarang dah tak bangun tengah malam so, ummi punyalah lena tidur... hujung minggu lepas langsung tak update cause balik kg menjenguk orang2 tua kat kg... Bapa mertua baru lepas operation hati, belum sempat ziarah time operation tapi daddy n ummi ambil CRK hari isnin lepas.. boleh spent lebih masa dengan dia.. kesian tok abah, sekejap je nikmat sihat dia ditarik... dah setahun lebih dia menderita masalah ketumbuhan. sebelum ni kat usus, sekarang dah sampai hati.. bila operation hati, doktor tgk hati dah teruk, tak boleh buang lagi ketumbuhan tu.. sekarang daddy n adiknya belikan ubat hati Al-Jabbar, seperti yg dicadangkan doktor.. mahal juga harga dia sekotak RM 1500, untuk 50 hari makan. Duit tak pe boleh dicari, kasih sayang kpd tok abah tiada ternilai... Semoga tok abah cepat sembuh... Ni gambar afifah kat rumah tok ayah n mak tok pula... 10 minit je dari rumah tok abah n tok mama... sambil menemankan tok abah sempat juga balik rmh ummi kat kg.. ada baju baru tuk afifah, sepupu dia Nurin fauzana yg belikan.. cantik betul pilihan bdk 3 tahun ni..
Afifah bukan main suka, ada mickey mouse n minnie mouse kat baju tu...
Bermulalah hobi dia.. naik turun tangga kat rmh tok ayah... nasib baik ada 2 anak tangga je.. Mak tok mulala bising... "dulu buat rmh ingat anak2 dah besaq.. tak ingat ke hala cucu pulak.." semua cucu dia yg seramai 3 org ni suka sangat tempat ni... kadang2 tempat ni yg membuatkan diorg menangis teresak2....
Lepas penat main balik tidur rmh tok abah lak... bangun tidur pagi2 lagi afifah dah 'kerjakan' adam, sepupu dia sblh daddy...
Adam pun apa kurangnya, dah semakin aktif dan pandai berkawan... lagi 5 bln lawan lari la diorg.. Isnin pagi2 dah bertolak balik Lumut.. rasa tak selesa ambil CRK ni... teringat bebudak yg gembira dalam kelas bila cikgu bercuti... sempat snap gambar sepanjang perjalanan (keluar je tol Cangkat Jering)... tgk la slide show tu... kita pun dah tahu pemenangnya...

Friday, April 3, 2009

Kenangan pertama....

1. AFIFAH POTONG RAMBUT.... susah betul nak trim rambur depan afifah yg dah menjulur ke mata... daddy nak bawa ke salon, ummi ckp apa la.. buat sendiri je,, ni la jadinya..
sekali pandang oklah... 2, 3 kali nampak lagi comel lak..

2. AFIFAH DAH LAJU BERJALAN... genap je 1 tahun 1 bulan, afifah mula bertatih... seminggu je terus laju.. Alhamdulillah..


sekarang dah tak larat lak ummi nak kejar... asyik memanjat sana, sini..

berkejaran dalam rumah la.. kat luar blm lagi.. biar betul2 stabil..

3. DAH PANDAI MELAWAK.. nak sangat pakai anak skaf ummi....

4. DAH PANDAI BAWA SKUTER... tengok aksi tu.. mengerikan..