Saturday, May 30, 2009

JOM BALIK KAMPUN G...

Dah lama ummi tak update... sibuk sgt... bdk baru lepas exam mid year... marking, analysis lagi... huh... tapi Alhamdulillah... dah diselesaikan sblm cuti.. maklumla nak bercuti sakan... hari tu dok berlumba dgn kak lin nak siapkan semua kerja... best betul duduk dgn org rajin cam kak lin... termotivasi tuk jadi rajin gak...
Afifah pun ummi tak sempat nak snap gambar dia... banyak cerita yg ummi nak tulis tapi tak sempat ni... Hari tu bawa gi konsert Rabbani kat sekolah punyalah lasak... huh.. tak terkejar ummi.. Bagi dunia ni Afifah yg punya... suka sgt dia berkawan dgn izzah n najihah (puteri2 tkg cerita)... frust tul ummi sbb tak sempat tgk Rabbani perform.. sempat satu lagu shj... dlm kul 1015 pm terpaksa le balik sbb Afifah dah out of control.. bkn setakat tak sempat bergambar, tgk diorg dekat2 pun ummi termiss.. takpelah Afifah, nanti besar kita gi tgk lagi kay.. InsyaAllah..
hari Rabu lepas afifah gi klinik makan ubat cacing... mmg kalau tak lasak bukan afifah namanya.. berpeluh gak ummmi berkejar2... Alhamdulillah, mudah je makan ubat tu cumanya misi praktikal tu tak berapa pandai.. sekali tekan masuk satu syringe tu ubat, mau tak terkeluar dari mulut afifah.. Apapun.. ummi syg sangat Afifah n besar nanti jgn lasak2 tau..

Selamat bercuti dan selamat balik kampung kepada semua kekawan...

Sunday, May 24, 2009

AFIFAH AND NURIN...

Minggu lepas ada kesempatan ke Ipoh... niatnya nak buat sedikit preparation tuk kawin mak ndak ana... yg dok peluk afifah kat atas tu... sempatla afifah bermain sakan dgn nurin n kimi, sepupu dia.. Mak ndak ana dah nak kawin bulan jun ni...

We're girls gang... Tengok tu afifah nak turun dari ummi.. tak nyempat2... kalau nak main jangan le sesiapa yg ambil dukung.. tak maunye...
Time makan2...
Makan sambil main... jenuhle mak long mengemas.. afifah kalau makan selerak satu rumah..
On the way balik singgah jap kat Batu gajah... sempatlah afifah poss atas gelongsor... Sesekali jumpa adik beradik best jugak!!

Wednesday, May 20, 2009

ALHAMDULILLAH... BERKAT DOA MAK TOK...

(Jangan marah ye kepada sesiapa yg tak suka entry ni... bknnya nak mengada nak tunjuk kat semua tapi tujuan utama nak arkibkan untuk afifah besar nanti...)

TERIMA KASIH ATAS UCAPAN TAHNIAH YG DITERIMA DARIPADA SEMUA KEKAWAN SEPERJUANG.. SPECIALLY KAK LIN (WARISKU MINGRAWA) , TUKANG CERITA N KAK YAM.... JUGA SPECIALLY DARI DADDY AFIFAH, KEDUA MAK DAN AYAH, MAMA DAN ABAH...
Memang satu keputusan yang diluar jangkaan ummi... teringat lagi lepas keluar dari dewan peperiksaan sekitar Mac lepas, niat yg pertama nak beli buku tebal yg berharga RM 60... sebabnya memang tak boleh jawab langsung... malam sebelum exam curi2 baca nota photostat yg kak zue (my beloved sis) bagi... tu pun afifah nak jerit2 panggil ummi dari bawah (kononnya.. ummi study kat bilik atas).. satu apa pun tak masuk otak.. last2 call mak tok...

"mak, esok bacakan Yassin kat Kak In na... nak exam, kul 9 pagi sampai 12 tgh.." ummi telefon kat mak tok la...

"InsyaAllah.. takut terlupa la, kalut2 dgn budak2 ni..." maklumla cuti sekolah.. 2 org cucu dia balik kg.. sibuk la sikit melayan diaorg..

Memang dah jadi tabiat baik mak ummi (mak tok) kalau anak dia nak periksa dia akan setia baca Yassin n berdoa... Dah la ada 7 orang... tu belum masuk menantu 2... pas ni cucu2 pulak... mak tok pun dah tak buat apa2.. dok rmh sorang2 tu la aktiviti dia...tok ayah sibuk kat kedai... sayang mak...

Hari Isnin lepas orang dah sibuk2 SMS result PTK... semua dah SMS ummi je tak... semua kekawan dah bengang dgn ummi sbb tak nak SMS (termasuklah Tukang Cerita)... yg paling beriya tu Kak Shitah n Fatihah... siap nak sponsor kredit tuk ummi.... tapi ummi diam je... dah seram sejuk tapi nak tunggu slip juga.. baru la real debaran tu...

Esoknya, Selasa, pagi2 lagi ummi dah sampai sekolah..bdk pejabat, Megat nama dia tengah edarkan slip keputusan... cuak betul.. dalam hati confident dapat 3-2... sampai bilik guru, tak bukak lagi... biaq je atas meja...

fatihah n Kak shitah dah bising2...
"hai.. dah dapat slip, tak nak buka ke.."
"oklah..."ummi pun bukak la... Bismillahirrahmanirrahim....


Ni la keputusan ummi... ummi pun terkejut... macam mana boleh straight lulus 4-4... Alhamdulillah..setinggi rasa syukur...anugerah yg amat tidak ternilai dari Yg Esa..

Mungkin doakekawan, yg tak putus menyebut ummi dapat 4-4... ummi tak confident n siap cakap kalau dapat 4-4 buat laksa la ummi... kak lin siap nak jadi saksi lagi...

Kalau org tanya rahsia... takde pun... tapi yg lain sikit, time ummi drive nak gi exam n masuk dewan, ummi mmg fokus nak dapat 4-4, walaupun tak masuk pun time baca buku mlm tu.. Mungkin time tu Malaikat mendengar dan Allah SWT memperkenankan... Alhamdulillah...

Terima kasih, Ya Allah.... Juga kepada kedua org tua ku... yang tak henti berdoa... utk ayahanda, ini hadiah utk ayah... tiada hadiah yg boleh mengembirakan ayahanda selain berita kejayaan anaknya... ayah selalu cakap aku akan jadi pengetua suatu hari nanti... alamak tidak!!!... besar tangungjawab tu...

**bonda dan ayahanda tersayang

Juga kepada 2 org yg paling kucintai.... kusayangi... rezeki ini untuk kita kongsi bersama... daddy n afifah... semoga hidup kita akan sentiasa diRahmati Allah SWT dan sentiasa dikurniakan rezeki yg diberkati...


**dady and afifah

Kepada kekawan STESMA... cayyoo!!! bulan ogos ni score ye... tukang cerita, boleh naik P3 same2... kak lin n kak yam, kearah menjadi pengetua cemerlang... tunggu laksa kedah mai bilik guru na...

**p/s.. TAHNIAH UTK KAK LIN YG DAPAT 4-3 DAN TUKANG CERITA YG DAPAT 3-4...

Tuesday, May 19, 2009

ALKISAH...Botol bucuk Afifah...

Ni sebab takde kerja lain, sebab kekeringan idea la ni.... gobek2 pic folder terjumpa gambar yg menarik ni... usia botol ni sebaya dgn Afifah... hampir setahun 2 bulan... wajib ada time nak tido.. kalau takde, alamatnya tak tido... botol ni berkawan baik dgn kain busuk dia... tak de kain tak pe lagi... afifah tarik je selimut ummi... tapi no kompromi untuk botol busuk...

Al kisah suatu hari ummi tgk gigi atas Afifah dah nak tumbuh... so ummi cadangkan kat daddy, jgn bagi botol tu dah takut nanti jongang lak anak dara ummi ni... daddy ok jelah... Ummi pun dgn penuh perasaan pun tercakap,"haa.. botol busuk ni patut hilang ja, baru Afifah tak jumpa dan stop hisap.."

Malam tu, time nak tido, mmg sah2 dah hilang!! Mula2nya buat tak kisah sbb mmg tak nak bagi.. tapi mengelijat Afifah tak nak tido... pusing kiri, pusing kanan, macam cari benda hilang.... seksa juga le menepuk... buai pun tak nak... time tu daddy dah bengkek je... seluruh rumah kami mencari botol ajaib ni... malang sekali dah tak dijumpai... disebabkan keletihan, tertido jugalah Afifah...

2 hari lepas tu, nampaklah Afifah tertonggek2 kat bawah kerusi kat dpn TV... bising je mulut dia dok Ukk..Ukk.. rupa2nya, dia dah jumpa botol tu!! bawah kerusi disebalik langsir... Alamatnya, tak jadilah program memisahkan dia dgn botol bucuk tu...

Saturday, May 16, 2009

JASAMU KU KENANG...


Short Bus
New MySpace 2.0 Layouts


SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU SMTSM (terutama yg membaca ucapan ni) DAN GURU2 DI MALAYSIA...
"You're special... "
Juga semua ibu2 yg juga menjadi guru dirumah... yg telah mendidik anak masing2 dgn adab sopan termasuklah adab menghormati guru...

Ucapan TERIMA KASIH CIKGU...nak dedicate kan pd:

Semua guru2 di:
SK MERGONG, ALOR SETAR, KEDAH(1986-1988)
SK KUAH, LANGKAWI, KEDAH(1989-1991)
SMK SULTANAH ASMA, ALOR SETAR, KEDAH (1992-1994)
MRSM JASIN, MELAKA (1995-1996)
MATRIKULASI SMSTSSS, BKT MERTAJAM (1997-1998)
FAKULTI PENDIDIKAN, BIOLOGI & MATEMATIK USM (1999-2002)

TANPA USAHA MURNI SEORANG GURU, TIDAKLAH SAYA BERGELAR GURU HARI INI..

Wednesday, May 13, 2009

A glass of water....

Kisah kat bawah ni adalah kisah benar dan sekadar utk bercerita... takde apa2 niat tersembunyi...

Di suatu tengah hari sewaktu tengah bersantai kat bilik guru... melepaskan lelah seharian mengawas pelajar2 exam...


"Cikgu, saya nak bagi tau satu benda.." kata seorang pelajarku.

"Ha.. ape?"jawabku dengan nada yg bengis... ceewah.. mcm bengis je aku ni..

Bebudak ni mana boleh nak dimanja2.. dah besor2...


"Takde... saya nak bagi tau cikgu saya nak keluar jap.."

"Ha.. buat apa lak?"jawabku dengan buat2 terkejut... maklumla bdk ni tinggal asrama.. nak fly ke dia ni?

"Tak.. adik saya kat hospital.. accident.. saya nak pi melawat dia.. Tapi saya bagi tau cikgu dulu." Maklumla aku ni guru kelas dia.. aku dah pesan ke bdk2 kelas.. kalau nak buat jahat bagi tau aku dulu...


"Dah minta kebenaran warden?" aku terus menyoal.. dia geleng kepala..

"Dah minta kebenaran HEM?" aku tanya lagi... dia geleng lagi..

"Ok lah.. saya call PK HEM jap... minta bawa awak keluar" aku pun terus je telepon PK HEM dan OK je jawapan dia... as long as cikgu bawa masuk balik...

Aku terus je capai handbag dan terus bawa bdk kelas aku dan seorang lagi kawan dia ke hospital...

Sebelum sampai dia siap bagi tau kat aku..


"Cikgu, jgn cerita yg buruk2 ttg saya kat mak sy tau.."

"Hem.. yelah.."

Sampai kat hospital, aku pun beborak la dgn mak dia... Cukup time (setgh jam je..) aku pun bawa diaorg balik... On the way nak balik, ada satu ayat yg menarik terkeluar dari mulut pelajar ku ni..

"Cikgu, terima kasih.. nanti saya belajar rajin2.. pas tu saya kerja besar.. saya beli kereta besar.. saya akan bawa cikgu ronda2..." tersentuh juga hati aku... sama ada kereta ku tu mmg kecil ataupun dia ikhlas nak balas jasa aku..(kononla berjasa)..

Sebenarnya, aku tak kisah pun nak bawa dia ke hospital tu... kalau aku sendiri pun mesti tak sedap hati nak exam bila teringat adik kat hospital.. lagipun dia budak baik.. ketua kelas aku .. so, mmg tak kisah pun...

Dekat nak sampai gate sekolah, kwn dia yg meneman tu lak yg minta aku stop jap nak beli ais blandded kat tepi jalan... Haa.. ok jelah.. Anak muridku tu beriya nak belanja aku rojak tapi tak tergamak lak..

"Tak payah lah..." aku beriya menolak.

"Tak kira, saya nak belanja juga cikgu."

Itu yg dapat title kat atas tu..

A glass of water... air limau masin... ni perli suruh aku kurus ke ni?... bagi air limau... (lawak je..).. mungkin ini boleh jadi bukti kemenjadian murid kot...
apa2 pun yang menariknya, hubungan guru dengan murid ni macam hubungan mak dgn anak atau hubungan kakak dgn adik.. mcm2 peristiwa yg menyakitkan hati... ada juga yg menyejukkan hati... tetiba teringatkan adik2 yg sedang berjuang menuntut ilmu di bidang masing2... Semoga mereka berjaya mencapai cita2 masing2... INSYAALLAH..

Monday, May 11, 2009

HAPPY MOTHERS DAY...

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua rakan2 yg mengnali secara realiti mahupun rakan2 maya... Semoga hari2 yg mendatang dimurahkan rezeki oleh Allah SWT, sentiasa bersyukur didalam nikmat Islam dan Iman...
Ibu Mithali, Ibu yg sejati...
Kasih sayangmu, kasih yang suci,
Pengorbananmu disanjung tinggi,
Jasamu tetap disanubari...

Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU... MAK TOK TERSAYANG...

SELAMAT HARI IBU...
teristimewa buat mak... dan mama...
semoga kedua2 nya diRahmati Allah SWT selalu..
Buat mak tersayang, maklah tokoh ibu mithali..
Teringin sangat nak calonkan mak ibu mithali peringkat kebangsaan..
tapi, tiap2 tahun mmg mak akan sentiasa menjadi tokoh dihati Kak in...
Ya Allah, Ya Tuhanku.. Engkau Rahmatilah mak dan ayah ku..
Engkau sayangilah mereka, sebagaimana mereka menyayanyiku semasa kecil...
doakan kak in dapat jadi ummi kepada Afifah yg mithali
sebagaimana mak menjadi mak kepada kak in...

Thursday, May 7, 2009

Bertudung juga anak ummi...

baru2 ni saje try pujuk afifah pakai tudung time keluar berjalan.. bukan apa, selalu tgk budak kecik pakai tudung ni, comel sangat... macam sofea baby mama adura tu...cheewah..
bila ummi cakap, "afifah, kalau nak naik car, kena pakai tudung dulu.." terus je afifah capai tudung dan minta ummi pakaikan.. cepat2 ummi pakaikan... afifah hulur tangan minta ummi dukung... nak keluar le tu... apa lagi, kejutkan daddy yg tgh tidur selepas zohor n pergi jalan2...

Jalan2 sampaila pulak kat kedai mamak... afifah menunggu ummi suapkan makanan dengan penuh kesabaran...
sedap betul sehingga menjilat jari...
Ni lah wajah comel afifah yg tiap kali nak keluar dah boleh pakai tudung... so, balik2 tudung ni je la... nanti ummi belikan yg lain lak..




Sunday, May 3, 2009

JALAN2.. MAIN AIR..

Sempena cuti hari pekerja Jumaat lepas, saje la bawa Afifah pergi main air.. maklumla Taman Tema Air kat Lumut ni mmg dekat sgt dgn rmh.. dalam 3 KM je..sampai situ dlm kul 10 am... tak de org langsung.. cuma satu family je yg tgh bersuka ria.. ok le tu.. kalau ramai2 pun mcm tak best je.. bknnye apa, takut la byk org, byk lak virusnya.. sesampi je afifah check dulu daddy beli apa buat bekal...
Mula2 masuk dlm air mcm takut2 gak.. maklumla, afifah tak biasa, first time ni nak main air...

Lepas 5 minit je... dah pandai bergerak sendiri.. berani lak tu...

Seronok bukan main bila ummi percikkan air kat dia.. maklumla afifah mmg suka sgt main air time mandi dlm blk air..
tapi 10 minit kemudian afifah dah bosan naik pelampung.. ummi lak kena pegang sbb dia nak buat kuak lentang... berkocak sakan air tu.. lagi syok bermain..
Pas tu ummi bagi dia bermain dgn pasir.. hampir je nak dimasukkan dlm mulut... tak cukup rasa dgn tangan nak juga rasa sedap tak pasir tu..
main air 20 minit je pas tu ummi naik dan keringkan afifah... lama2 bahayakan peparu nanti.. tgk tu masih menjeling kat kolam tu...
Dahaganya bukan main... sroot..sroot.. diisapnya air kosong tu.. saje ummi bg afifah minum byk air kosong utk elakkan suhu bdn dia naik..
Lapar sungguh tu.. 2 ketul roti habis dimakan...
Ni la antara panorama taman air ni...

Dlm kul 11.00 am kami pun bertolak balik.. sbb daddy nak prepare gi solat jumaat.. tak leh le lama2.. lama2 pun tak de ape nak buat... 5 minit kemudian sampaile balik ke rumah...

Friday, May 1, 2009

JALAN2... CARI BARANG...

Dua hari lepas ummi n daddy bawa afifah gi shopping barang dapur... setakat ni senang juga la bawa afifah kat pasaraya ni sbb bila letak je atas troli tu, mmg duduk diam la dia.. belum pandai minta itu dan ini.. sementara nunggu daddy belek2 barang, ummi sempat snap gambar afifah..
Dah balik rumah, ada la 'gift' utk afifah sbb jd good girl... solivite... sblm ni bagi vitagen, sebotol je abis. tu pun afifah buat mcm tak sedap je...
tapi kali ni lain.. sedap pula... bagi sebotol, senafas je disedutnya... afifah minta lagi satu botol, ummi pun bagi la.. habis 2 botol sekaligus! sama ada mmg sgt sedap ataupun penat pergi bershopping tadi... bila afifah minta utk botol yg ke tiga, no..no..no.. afifah kena mamam nasi lak...
Lastly, tinggal 2 botol ni selepas 2 hari, walaupun ummi angkut 2 set solivite ni.. seingat ummi, ada 10 botol.. nasib baik tak sakit perut, afifah..


Mengalir jua air mata ini...

Dah masuk hari yang ke dua mata ini bergenang dgn air mata... betapa perasaan paling sedih sebagai seorang insan bernama ibu, ummi, mak, mama, dapatku fahami dan rasai... Hari Rabu 29 April, sewaktu hari hampir melabuhkan tirainya, dalam menanti lembaran hari yg baru, rakan setugasku telah kehilangan puteri tunggal kesayangannya... Puteri yg bakal menjengah usia 2 tahun Julai depan, telah pergi meninggalkan ibu dan ayah yg amat menyayanginya.. dan pastinya syurgalah tempat kembalinya disisi yg Maha Menyayangi, Allah SWT.. sesungguhnya Allah Maha menyayangi apa yg kita amat sayangi...
Cuma ummi tak boleh nak letakkan diri yg lemah ini ditempat sahabat ummi ni... betapa terseksanya jiwa bila memori2 indah sentiasa terbayang di minda... betapa diri ini merindukan gelak tawanya... hanya insan yg benar2 kuat imannya shj yg akan mampu berdepan dgn ujian yg maha hebat ini...
Kesedihan ini ummi berkongsi dikongsi dgn daddy... daddy pun tak dpt nak melindungi air mata lelakinya... Sesungguhnya, dunia ini hanya sementara.. kebahagiaan ini hanya pinjaman... anak yg amat kita sayangi ini bknlah hak milik kekal kita... semuanya pinjaman dari Allah SWT yg maha Esa... Entah bila pinjaman ini akan diambil balik...
Hanya satu sahaja yg kekal abadi.. Allah SWT.. hanya padaNya kita menghambakan diri... Mengagungkan dengan sepenuh jiwa dan raga.. dengan keyakinan teguh terhadap Allah SWT, segala ujian di dunia ini pasti mampu ditanggung oleh kita..
yang pastinya bayi kecil kesayangan semua insan yg melihatnya, milik sementara sahabat seperjuanganku, akan menghiasi Syurga nan Indah... semoga beliau dikuatkan iman, dalam menghadapi kehidupan mendatang...
Kepada yg masih dipinjamkan Allah SWT segala nikmatNya didunia ini, bersama-samalah kita tingkatkan taqwa dan iman kita kepada Yg Kekaal abadi, Allah SWT...
AL-FATIHAH buat Batrisya..