Wednesday, May 13, 2009

A glass of water....

Kisah kat bawah ni adalah kisah benar dan sekadar utk bercerita... takde apa2 niat tersembunyi...

Di suatu tengah hari sewaktu tengah bersantai kat bilik guru... melepaskan lelah seharian mengawas pelajar2 exam...


"Cikgu, saya nak bagi tau satu benda.." kata seorang pelajarku.

"Ha.. ape?"jawabku dengan nada yg bengis... ceewah.. mcm bengis je aku ni..

Bebudak ni mana boleh nak dimanja2.. dah besor2...


"Takde... saya nak bagi tau cikgu saya nak keluar jap.."

"Ha.. buat apa lak?"jawabku dengan buat2 terkejut... maklumla bdk ni tinggal asrama.. nak fly ke dia ni?

"Tak.. adik saya kat hospital.. accident.. saya nak pi melawat dia.. Tapi saya bagi tau cikgu dulu." Maklumla aku ni guru kelas dia.. aku dah pesan ke bdk2 kelas.. kalau nak buat jahat bagi tau aku dulu...


"Dah minta kebenaran warden?" aku terus menyoal.. dia geleng kepala..

"Dah minta kebenaran HEM?" aku tanya lagi... dia geleng lagi..

"Ok lah.. saya call PK HEM jap... minta bawa awak keluar" aku pun terus je telepon PK HEM dan OK je jawapan dia... as long as cikgu bawa masuk balik...

Aku terus je capai handbag dan terus bawa bdk kelas aku dan seorang lagi kawan dia ke hospital...

Sebelum sampai dia siap bagi tau kat aku..


"Cikgu, jgn cerita yg buruk2 ttg saya kat mak sy tau.."

"Hem.. yelah.."

Sampai kat hospital, aku pun beborak la dgn mak dia... Cukup time (setgh jam je..) aku pun bawa diaorg balik... On the way nak balik, ada satu ayat yg menarik terkeluar dari mulut pelajar ku ni..

"Cikgu, terima kasih.. nanti saya belajar rajin2.. pas tu saya kerja besar.. saya beli kereta besar.. saya akan bawa cikgu ronda2..." tersentuh juga hati aku... sama ada kereta ku tu mmg kecil ataupun dia ikhlas nak balas jasa aku..(kononla berjasa)..

Sebenarnya, aku tak kisah pun nak bawa dia ke hospital tu... kalau aku sendiri pun mesti tak sedap hati nak exam bila teringat adik kat hospital.. lagipun dia budak baik.. ketua kelas aku .. so, mmg tak kisah pun...

Dekat nak sampai gate sekolah, kwn dia yg meneman tu lak yg minta aku stop jap nak beli ais blandded kat tepi jalan... Haa.. ok jelah.. Anak muridku tu beriya nak belanja aku rojak tapi tak tergamak lak..

"Tak payah lah..." aku beriya menolak.

"Tak kira, saya nak belanja juga cikgu."

Itu yg dapat title kat atas tu..

A glass of water... air limau masin... ni perli suruh aku kurus ke ni?... bagi air limau... (lawak je..).. mungkin ini boleh jadi bukti kemenjadian murid kot...
apa2 pun yang menariknya, hubungan guru dengan murid ni macam hubungan mak dgn anak atau hubungan kakak dgn adik.. mcm2 peristiwa yg menyakitkan hati... ada juga yg menyejukkan hati... tetiba teringatkan adik2 yg sedang berjuang menuntut ilmu di bidang masing2... Semoga mereka berjaya mencapai cita2 masing2... INSYAALLAH..

7 comments:

hazlin said...

disebabkan batuk je maka ku tak sudi air tu. kalau tidak... harus terus sekali sedut je....

ain said...

menjadi guru ni mmg mencabar kan. ngan kerenah murid2 yg berbagai ragam lg. Masah prestasi pelajaran lg. nasib le akak ni just cikgu kat umah, kalu takkkk...mau jd tarzan le dok terjerit2.hihi

mamalieyna said...

bestnyer jd cikgu..apapun byk cabarannya jgk kan.. kena byk bersabar..

p/s dulu bercita2 nak jd cikgu, tak tercapai la lagi...

Tukang cerita said...

heheheee...
i cikgu yg bergelar 'kakak' frever...
tak rela student anggap sebagai emak..

:P

diniedinar said...

dulu pernah jd guru ganti. walaupun sekejap tp rasa mencabar sgt..

Selamat Hari Guru!!!

ummi afifah said...

*OO.. patutla tak nak bile sy offer hr tu, kak lin
*macam tu la realitinya kak ain
*takpe mamalieyna, jd cikgu anak2
*tkg cerita...understood da..
*TQ diniedinar

Tukang cerita said...

Selamat hari guru Ummi afifah...
:)