Friday, May 1, 2009

Mengalir jua air mata ini...

Dah masuk hari yang ke dua mata ini bergenang dgn air mata... betapa perasaan paling sedih sebagai seorang insan bernama ibu, ummi, mak, mama, dapatku fahami dan rasai... Hari Rabu 29 April, sewaktu hari hampir melabuhkan tirainya, dalam menanti lembaran hari yg baru, rakan setugasku telah kehilangan puteri tunggal kesayangannya... Puteri yg bakal menjengah usia 2 tahun Julai depan, telah pergi meninggalkan ibu dan ayah yg amat menyayanginya.. dan pastinya syurgalah tempat kembalinya disisi yg Maha Menyayangi, Allah SWT.. sesungguhnya Allah Maha menyayangi apa yg kita amat sayangi...
Cuma ummi tak boleh nak letakkan diri yg lemah ini ditempat sahabat ummi ni... betapa terseksanya jiwa bila memori2 indah sentiasa terbayang di minda... betapa diri ini merindukan gelak tawanya... hanya insan yg benar2 kuat imannya shj yg akan mampu berdepan dgn ujian yg maha hebat ini...
Kesedihan ini ummi berkongsi dikongsi dgn daddy... daddy pun tak dpt nak melindungi air mata lelakinya... Sesungguhnya, dunia ini hanya sementara.. kebahagiaan ini hanya pinjaman... anak yg amat kita sayangi ini bknlah hak milik kekal kita... semuanya pinjaman dari Allah SWT yg maha Esa... Entah bila pinjaman ini akan diambil balik...
Hanya satu sahaja yg kekal abadi.. Allah SWT.. hanya padaNya kita menghambakan diri... Mengagungkan dengan sepenuh jiwa dan raga.. dengan keyakinan teguh terhadap Allah SWT, segala ujian di dunia ini pasti mampu ditanggung oleh kita..
yang pastinya bayi kecil kesayangan semua insan yg melihatnya, milik sementara sahabat seperjuanganku, akan menghiasi Syurga nan Indah... semoga beliau dikuatkan iman, dalam menghadapi kehidupan mendatang...
Kepada yg masih dipinjamkan Allah SWT segala nikmatNya didunia ini, bersama-samalah kita tingkatkan taqwa dan iman kita kepada Yg Kekaal abadi, Allah SWT...
AL-FATIHAH buat Batrisya..

8 comments:

Ummu Mishkah said...

al-fatihah
kita yang masih berpeluang bergelar ibubapa, maka curahkanlah kasih sayang sepenuhnya buat permata hati...

Anonymous said...

al-fatitah
semoga ibubapa arwah tabah menghadapi dugaan ini...

siti_m said...

sama kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah anak siti hajar

ain said...

Al-fatihah. Semoga sahabat ummi tabah dgn dugaan ini.

Unknown said...

al-fatihah utk sahabat ummi, semoga dorang tabah... mama pun sedih dgn kehilangan puteri tercinta sahabat ummi tue.... ummi faham perasan yerk...

ummi afifah said...

*InsyaAllah ummu mishkah..
*begitu jua hendaknya kak ima..
*tu je yg mampu kita bantu kak yam..
*harap2 n didoakan mcm tu la kak ain..

Fara_Adura said...

Aduh..sedihnye..banyakkan sabar yer.Kalo fara, xtau le kuat ke idak..huhu..:(

Al fatihah buat arwah..

Ain said...

al-fatihah dan takziah untuk keluarga sahabat ummi. Semoga mereka terus tabah menempuh hari2 mendatang.